10 : D

206 42 21
                                    




+

"Minho! Dia dekat mana sekarang noona?" Heeseung berlari sekeliling rumah seperti budak kecil yg tercari-carikan abangnya, aku menggelengkan kepala.

"Amboi dia panggil kau noona tapi dia tak panggil aku hyung. Aku- ei" Minho yg berada disofa itu mengacah penumbuknya ke arah Heeseung.

"Dia ada dekat sofa tu" Aku membalas soalan Heeseung tadi, dia berlari anak ke arah sofa.

"Kat sini eh?" Soal adik Minho sekali lagi, dia menundingkan jari ke arah sofa di mana Minho sedang duduk.

Aku menganggukkan kepala, dia dengan terujanya mula menyepak dan menumbuk udara. Aku dan Minho menggelengkan kepala kerana kelakuannya itu.

"Heeseung, kau nak kerja tak?"

Dia menganggukkan kepalanya laju.

+

"Hea kau kan tak sedap badan, rehat lah dekat rumah tu. Heeseung boleh mintak kerja esok kan?"

Aku memekakkan telinga sahaja, membiarkan Minho terus membebel. Kami bertiga melangkah masuk ke dalam cafe di mana tempat aku bekerja.

Bos kelihatan sedang duduk sambil bermain telefon pintarnya. Air kopi dingin dihirupnya.

"Helo bos, selamat petang" Aku berjalan menghampiri bos kemudian aku menunduk hormat dihadapannya.

"Eh Hea buat apa datang sini? Bukan kamu dah ambil cuti ke?" Bos menyoal pelik, dahinya berkerut seribu.

Aku tersenyum lalu merangkul bahu adik Minho yg sedang berdiri ditepi aku. Dia yg terlebih tinggi dari aku itu terpaksa sedikit membongkok.

"Saya cuti tapi saya bawakan bos pekerja baru. Saya dengar bos perlukan pekerja baru kan?"

Bos tersenyum sehingga menunjukkan giginya yg tersusun rapi, gembira dapat pekerja baru. "Ni ke orangnya? Nama kamu siapa?"

Heeseung menunduk hormat sebelum memperkenalkan dirinya. "Saya Heeseung, 16 tahun. Adik Hea noona"

Aku membuat muka bila dia menyebut nama aku. "Eh kamu bukan tinggal seorang ke?" Tanya bos hairan.

Aku menggaru kepala yg tidak gatal. Lupa pula bos mengetahui fakta yg aku ni tiada keluarga. "Panjang ceritanya, dia dah jadi macam adik saya sendiri"

Dia sekadar menganggukkan kepalanya. "Tapi saya tak ambil pekerja yg bawah umur masih sekolah macam ni"

"Saya dah berhenti" Jawab Heeseung pantas, dapat dilihat melalui matanya yg dia sedih.

"Ah i see, kalau macam tu tak ada masalah. Kamu boleh masuk kerja esok"

Kami bertiga menepukkan tangan secara serentak, gembira Heeseung diterima. "Terima kasih bos! Saya akan bekerja keras" Bilang Heeseung dengan yakin.

"Bagus. By the way Hea, lepas ni kamu tak perlu panggil saya bos lagi. Panggil je eonnie, and kamu pun Heeseung. Boleh panggil saya noona"

Aku dan Heeseung mengangukkan kepala dengan ragu. Macam pelik tak panggil dia bos.

"Ah lupa, nama saya Hwang Yeji"

Mulut aku agak terbuka luas, baru tersedar yg tak tahu nama bos sendiri. "Ohh saya baru tau hehe"

+

Aku mengerling jam yg melekat di dinding, jarum sudah menunjuk ke arah angka 9. Aku memindahkan pandangan kepada Heeseung yg sedang tertidur nyenyak di atas sofa empuk itu.

"Awal lagi ni baru pukul 9 malam. Tapi Heeseung dah tidur"

"Dia selesa kot dekat sini sebab makcik tu dah tak ada" Minho menjawab.

Aku memutarkan tubuh untuk menghadap Minho, aku menatapnya agak lama.

"Kau kenapa?"

Aku tidak membalas dengan perkataan tetapi aku menjawab soalannya melalui tindakan, aku memegang tangannya lalu aku tarik. Paksa dia ikut aku.

Sampai diatas bumbung aku melepaskan tangannya, hembusan angin yg dingin menyentuh kulit aku. Aku memeluk tubuh.

"Kenapa kau bawa aku pergi sini?"

"Oh iya, dalam mimpi aku haritu kau tikam aku dekat sini" Jelasku, dia menganggukkan kepalanya faham.

"Tapi aku rasa kau tak tahu, grim reaper selalunya akan menyampaikan pesanan melalui mimpi" Balasannya berjaya buatkan aku meremang, aku mengelus belakang tengkuk.

"Jadi, maksudnya aku akan mati-" Belum sempat ayatku habis dia sudah memotong.

"Eh kenapa cakap macam tu, kita masih tak pasti apa sebenarnya mesej yg dia cuba sampaikan" Katanya dalam satu nafas buatkan aku tak tahu nak balas apa. Aku cuma menganggukkan kepala.

"Tapi aku memang tak sedap hati, sejak grim reaper munculkan diri didepan aku banyak benda terjadi. Aku mimpi yg bukan-bukan, dia selalu cakap benda pelik dan paling mencurigakan sekali kemalangan berlaku di depan aku. Aku tak rasa semua ni cuma satu kebetulan"

"Exactly!" Dia membalas setuju tapi tak sampai 10 saat reaksinya berubah.

"Tapi dia nak apa sebenarnya?" Soalnya lagi, aku menjongket bahu tanda tak tahu.

Sebelum duduk aku menyentuh lantai terlebih dahulu untuk memastikan habuk tiada. Keluhan berat aku lepaskan. Stres memikirkan apa sebenarnya mesej yg malaikat maut itu cuba sampaikan.

Minho turut duduk di sebelah aku lalu melepaskan keluhan ringan.

"Mungkin betul lah, dia nak aku mati? Lagipun aku tak kesah mati" Aku mengatakannya tanpa perasaan takut langsung.

Minho membalas dengan laju sampai aku tak boleh mencelah dimana-mana. "Jangan cakap macam tu boleh tak? Kau kena hargai hidup kau, percaya lah cakap aku kau akan bahagia satu hari nanti. Tolong lah hargai diri kau, kau cantik, bijak, comel, berbakat, cantik, cantik ah apa pun ingat lah ada orang yg perlukan kan dan sukakan kau. Contohnya aku-"

"Eh aku pun nak berca- ha?" Aku terdiam kerana terlalu terkejut dengan ayat terakhirnya tadi. Mulut kami berdua sama-sama tertutup rapat.

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang