ㅤ
ㅤ
ㅤ
+Akhirnya mereka tiba ke rumah dengan selamat begitu juga dengan 3 ekor kucing milik Minho. Hea mengatur pernafasannya sebentar. Tak lama kemudian dia ketawa terbahak-bahak mengingatkan situasi kelakar tadi. Terhinjut bahu si Minho melihatnya tertawa sendirian.
"Weh kau nampak tak mak cik tadi lari macam mana? Macam ni HAHAHA" Hea lari setempat meniru gaya Puan Lee berlari tadi.
Minho sekadar membalas dengan senyuman.
"Mesti kau sayang sangat dekat kucing kau ni kan? Sampai sanggup pecah masuk rumah dia" Ujar Hea sambil melepaskan 3 ekor kucing kesayangan Minho itu. Dia melambaikan tangannya tatkala kucing-kucing tersebut berlari masuk ke dalam rumah.
"Ya aku memang sayang sangat, aku pencinta kucing. Kau apa tau"
"Heh, kau cinta apa lagi selain kucing?"
"Kau, Yoon Hea"
Minho sendiri tergamam sebaik sahaja mengatakan itu. Entah benda apa yg merasuki dirinya sehingga mampu mengeluarkan ayat begitu dengan tenang.
Hea membeku di situ. Gadis itu tdak memberikan sebarang reaksi membuatkan Minho berasa malu. Minho menggaru kepalanya yg tidak gatal sambil tersengih dungu.
Setelah lama mendiamkan diri akhirnya Hea membalas. "Kau ni, sengaja nak buat aku malu ke apa ni? Dah lah bye !"
Hujung bibir Minho mengukir senyuman akibat tingkah lakunya itu. Mana tidaknya, gadis itu berlari masuk sambil menekup wajahnya.
Sayangnya, senyumannya pudar selepas beberapa saat. "Eh, kau kena sedar Minho. Jangan buat dia jatuh cinta" Dia menampar kedua-dua belah pipinya berkali-kali cuba untuk menyedarkan diri sendiri.
Sejujurnya, Minho tak mahu menunjukkan perasaan sebenarnya terhadap Yoon Hea. Tiada niat juga memberikannya layanan yg sangat manis. Tiada niat untuk memikatnya. Jika diberikan peluang lagi, dia ingin menunjukkan seakan-akan dia tidak menyimpan perasaan pada gadis itu.
Semuanya demi kebaikan Yoon Hea sendiri.
Tapi entah lah, kebelakangan ini ada terasa seolah-olah sesuatu yg menarik dan memaksa dirinya untuk melakukan sesuatu yg akan bisa membuatjan Hea jatuh cinta pada dirinya.
"Kejap, ini kerja malaikat maut tak guna tu ke?" Dia membuat spekulasi sendiri. Matanya melihat sekeliling mencari kelibat Christopher.
"Kenapa aku baru terfikir? Aku yakin ini kerja dia sengaja buat aku macam ni supaya Hea jatuh cinta dekat aku. Gila"
Minho menggenggam penumbuk menahan amarah. Dia tak boleh terus macam ni. Membuatkan Hea jatuh cinta padanya sama saja dengan membunuhnya.
+
Hea keluar dari biliknya secara senyap-senyap. Khuatir akan terserempak dengan Minho. Kali ini dia merancang untuk bekerja sendiri. Masih malu dengan kata-kata Minho tadi.
"Kau nak pergi kerja ke?"
Hea terlompat kecil dek kerana terperanjat. Langkahnya terhenti serta merta. Dia memutarkan tubuh menghadap Minho, senyuman palsu ditayangkan. "Ah, yes. Jum lah haha"
"Hm, kau rancang nak pergi tanpa aku ke?" Soal Minho dengan nada sedih.
"Heeseung! Kalau kamu nak makan nanti masak sendiri tau!" Hea sengaja mengelak soalan Minho tadi.
"Ala kau ni, malu lagi ke?"
"Diam lah"
Minho menahan tawanya.
+
Sudah hampir menjadi rutin harian bagi Hea untuk berdiri di tepi jalan menunggu lampu isyarat berubah warna. Minho yg berada di sisinya itu mencuri pandang wajahnya. Dia tersengih sendiri.
"Kau dah berani ke melintas ni?"
"Em, sebenarnya aku masih takut" Hea tersengih, dia masih trauma dengan kejadian tempoh hari.
"Tak apa, aku ada" Ucap Minho lembut, dia mencapai tangan gadis di sampingnya itu.
Tangannya digenggam lembut, ini bukan kali pertama jantungnya berdetak pantas disebabkan Minho. Dia membuang pandangan ke tempat lain, menyembunyikan pipinya yg memerah.
"Kau pandang mana tu Hea. Pandang depan, sekarang masa untuk melintas"
Belum sempat dia membalas, Minho sudah terlebih dahulu menarik tangannya. Hea hanya mampu membuntutinya dengan diam.
Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju ke arah Hea. Minho yg perasan akan itu terus bertindak. Sebelah tangannya ditempatkan pada pinggang Hea lalu ditariknya gadis itu masuk ke dalam pelukannya.
"Gila, pemandu tu gila ke memandu waktu pejalan kaki melintas?" Marah Minho tak puas hati.
Sempat dia membelai kepala Hea sebelum meleraikan pelukan. Kedua-dua tangannya menangkup muka gadis itu, memaksa dia untuk memandangnya. "Kau okey ke?" Soalnya risau setengah mati.
Hea menganggukkan kepalanya teragak-agak. Fikirannya berada di tempat lain.
Minho segera menarik Hea untuk pergi ke tempat yg selamat. Mereka berdua menuju ke bangku yg tersedia berdekatan dengan kawasan itu.
"Aku rasa ini pun rancangan Christopher tu lah. Kau tak patut kerja ni, Hea. Kau kena stay dekat rumah. Terlalu bahaya untuk kau keluar hari ini. Kita tak tahu apa yg dia akan buat lagi"
Panjang lebar Minho membebel penuh risau tapi gadis itu tidak bergeming sama sekali. "Hea? Kau dengar ke tak ni? Apa kata kali ni kau tak kerja?"
Balasan yg keluar daripada mulut Hea tidak sama seperti yg dia harapkan.
"Minho, aku rasa aku jatuh cinta pada kau"
Minho terdiam seribu bahasa. Matanya membuntang memandang Hea tak percaya. Tak boleh jadi ni, memang tak boleh!
Dia bangun.
"Kau dah kenapa? Macam mana kau boleh sukakan aku?"
Hea kelihatan sangat bingung mendengar soalan kasar yg meluncur daripada mulut Minho tadi. "kau layan aku baik sangat and kau ambil berat fasal aku. Tak pernah lagi orang layan aku baik macam ni. Kau tahu kan, aku tak ada sesiapa kecuali kau? Macam mana aku boleh tak jatuh cinta dekat kau?"
"Aku baik sikit pun kau terus catch feeling? Macam ni lah perempuan, aku tak sukakan kau langsung Hea. Jangan sukakan aku" Dalam sekelip mata saja Minho yg manis tadi hilang.
Kali ni Hea tidak puas hati. Rasa seperti dipermainkan.
"Apa masalah kau ni? Yg sweet dekat aku siapa? Yg mengaku sukakan aku dulu siapa? Yg pegang tangan aku, buat pickupline semua tu dulu? Kau kan? Kau perbodohkan aku ke?" Air mata Hea mula bertakung di tubir mata.
Rasa serba salah muncul di dalam hati Minho. Tak sangka Hea menyayangi dirinya sebanyak itu. Tapi dia memilih untuk diam membatu. Jawapan untuk soalan tadi akan menyakitkan Hea lagi.
"Oh, aku dah faham. Kau sengaja layan aku macam ni untuk ambil hati aku supaya aku boleh bantu kau? Aku dah agak dah, semua hantu sama je semua cuma nak pergunakan aku. Sepatutnya aku tak pernah percayakan kau" Hea membiarkan air matanya mengalir macam tu saja.
Jujur Minho rasa bersalah sangat sekarang ni tapi dia tiada pilihan lain. Dia sanggup melakukan apa-apa saja untuk membuatkan Hea membencinya sebelum terlambat.
+
Tbc
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Beautiful Destiny❞ + Lee Know
Fanfiction15+ Agak agaknya, apa yg akan terjadi apabila seekor hantu yg terdesak ingin hidup semula terserempak dengan seorang manusia yg sedang cuba membunuh diri? ❝Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik❞ 【 Insp...