04 : U

293 59 16
                                    




+

"Weh weh weh weh Seeun, tu orang ke hantu?" Tanya Sieun, dia menepuk bahu kembarnya sambil menundingkan jari ke arah Minho yg tak jauh di sana.

Seeun menekup mulutnya sebaik sahaja melihat Minho. "Uish seumur hidup aku tak pernah nampak macam ni. Dia dah mati kenapa ada aura manusia?"

"Itu lah masalahnya" Balas Sieun pula.

"Bila seseorang itu dah mati tapi dia masih ada keinginan yg kuat, rohnya akan berkeliaran di dunia selagi keinginannya tu tak dapat dipenuhi" Sampuk satu suara, Seeun dan Sieun pun tidak berani memandang wajah lelaki itu.

Entah kenapa tapi mereka berdua mula menggigil ketakutan.

"Tapi dia lain, keinginannya nak hidup semula sangat kuat itu lah penyebab dia agak berbeza" Sambungnya lagi.

"O-oh haha terima kasih dah bagitahu kami" Tergagap gagap Seeun membalas.

"Aku dah bagi peringatan kan, kalau kamu berdua tak balik ke tempat yg sepatutnya jangan munculkan diri depan aku lagi dan jangan buat masalah"

Dua kembar itu semakin takut.

"Tapi aku dengar daripada grim reaper yg lain, korang ada curi duit"

Dua hantu itu automatik sujud di hadapan kaki lelaki itu. "Maafkan kami, kami terpaksa!"

"Jangan masuk campur hal Yoon Hea dan Lee Minho kalau tak nak aku hantar korang berdua ke tempat yg sepatutnya"

"Baiklah! Kami faham! Ampunkan kami!"

Dua ekor hantu itu masih sujud sambil menangis tanpa air mata di situ. Hea berhenti melangkah ketika pandangannya menangkap dua ekor hantu itu sedang mencium tanah.

"Dah kenapa korang ni?"

Seeun mendongakkan kepalanya. Alangkah leganya dirinya ketika benda pertama yg menyapa pandangannya ialah Hea dan bukan lagi lelaki yg menakutkan tadi.

"Hea, fuh lega aku"

"Hantu pun pandai takut juga eh? Dah kenapa korang ni, dah macam orang nampak hantu je" Hea menggelengkan kepalanya tak faham.

"Kau tak faham. Tadi ada grim reaper, Christopher namanya. Dia menyeramkan" Jelas Sieun, dia memeluk Seeun yg berdiri di sampingnya itu.

"Itu ke grim reaper yg korang nak aku pujuk nanti?" Balas Hea serta menggulingkan biji matanya.

"Bukan bukan, gila kau? Memang kena halau lah jawabnya kalau minta bantuan daripada Christhoper. Kami nak pujuk grim reaper lain, Felix. Kami dengar dia ni baik hati, dia pernah tolong 1 roh ni hidup balik"

Hea mula berfikir hingga dahinya berkerut seribu, selama dia hidup di muka bumi ini kali pertama dia mendengar malaikat maut memunculkan diri di hadapan hantu. Dia mula rasa ada sesuatu yg tak kena walaupun malaikat maut itu bukan muncul dihadapan matanya sendiri.

+

Hea kelihatan sedang duduk bersendirian di atas rooftop. Tangannya bergerak melukis sesuatu di atas permukaan kertas putih di hadapannya.

"Kau dah dapat kerja ke?" Tanya Minho yg entah datang dari mana.

Jujur Hea terkejut. Bahunya terhinjut kuat menyebabkan lukisan yg dia usahakan selama hampir 2 jam itu rosak begitu saja. Mata dipejamkan rapat sembari meletakkan berus lukisan ke atas meja. Dia mengeluh berat dan memukul dahinya berkali kali melepaskan geram. Ikutkan hati mahu saja dia belasah hantu ni.

"Kau nampak tak lukisan aku dah rosak? Semua ni salah kau lah aduh" Hea mengubah posisinya untuk menghadap si Minho yg sedang tersengih.

"Kau nak apa lagi?"

"Tolong aku, please?"

"Aku tak nak. Dah lah jangan kacau aku"

Air muka Minho berubah menjadi serius. "Kau dah putus asa nak hidup, kan? Aku yg terdesak nak hidup balik ni sakit hati tengok kau macam ni tau, kalau ya pun bantu lah aku"

Hea menjelingnya, pensil yg baru dicapai tadi dihentakkan kuat ke atas meja. Hilang sabar. "Yes aku putus asa nak hidup tapi kau tak ada kena mengena dengan aku!

Aku benci semua hantu yg minta bantuan aku, aku tau bila aku dah mula sayang korang lepas aku dah bantu korang, korang akan tinggalkan aku macam tu je" Tidak teratur pernafasan Hea sekarang, terlepas pula semua yg terpendam selama ini.

Lidah Minho terkelu, dia sendiri rasa bersalah.

"Sedar sikit tempat kau, kau tak ada kena mengena dengan aku"

"Tapi-"

Hea terus beredar sebelum jejaka itu sempat menghabiskan ayatnya.

Minho hanya mampu mengeluh tapi jangan tertipu. Dia masih belum berputus asa.

+

Hea terjaga dari tidurnya sebaik sahaja jam penggera miliknya berbunyi. Tanpa basa basi lagi dia bingkas bangun lalu mematikan penggera tersebut. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini dia langsung bergerak menuju ke arah tingkap dan membuka langsir dengan luas. Tuala dicapai sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

Memang rajin Hea hari ini. Maklum lah, dia berjaya mendapatkan kerja kelmarin dan hari ini merupakan hari pertamanya.

Beberapa minit berlalu, Hea sudah pun selesai membersihkan dirinya. Terakhir sekali, dia mengikat rambutnya dibelakang. Beg yg berada diatas meja itu disandangnya dengan senyuman.

Dia mengunci pintu lalu mengikat tali kasutnya sebentar. Terasa satu jari mencuit bahunya daripada belakang. Hea menoleh, hampir terkena serangan jantung dirinya tatkala melihat Minho sedang tersenyum lebar di hadapan matanya.

"Kau lagi?! Kau nak apa?"

"Aku akan buat kerja kau dan kau boleh santai tanpa buat apa-apa. Tapi janji, kau kena tolong tolong aku balik. Macam mana?" Minho tersenyum sinis, dia tahu Hea mesti tak mampu nak tolak punya!

Hea terdiam sementara memikirkan tawaran itu.

Senang kerja dia bila Minho yg buat semua tu nanti. Hea rehat gaji masuk.

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang