ㅤ
ㅤ
ㅤ
+"Kau tak nak tolong aku jadi biar aku bunuh kau! Mati! Mati!"
Minho menjerit sekuat hati melepaskan semuanya sambil menikam aku.
"Minho tolong hentikan semua ni.. maafkan aku"
"Hea? Yoon Hea?!" Suara lantang milik Minho berjaya buatkan aku terjaga. Rupa-rupanya semua itu hanya mimpi. Sumpah demi tuhan nafas aku hampir terhenti tadi.
"Kau okey ke ta-"
Aku yg sedang ketakutan segera memeluk Minho yg berada di sisi katil, aku memeluknya erat dengan dahi yg berpeluh.
"Hea, it's okay kau cuma mimpi" Ujarnya perlahan, mengusap belakang aku lembut.
"A-ku takut. Semua tu seakan-akan nyata. Aku mimpi, kau bunuh aku" Aku membalas, air mata aku mula mengalir.
Takut dan lega dalam masa yg sama.
Minho segera meleraikan pelukan sebaik sahaja mendengar kata-kata aku tadi. "Kau biar betul?"
Aku menganggukkan kepala sebagai jawapan. Peluh dan air mata aku lap menggunakan jari jemari aku.
"Aku rasa semua tu macam betul-betul terjadi"
"Tak apa, semua tu cuma mimpi. Jangan risau sangat. Tidur lah balik esok kau kena kerja awal" Jelas sekali dia cuba untuk menenangkan aku.
Minho menarik selimut dan menutupi setengah tubuh aku. Dia cuba beranjak daripada tempat duduknya tetapi aku terlebih dahulu memegang hujung lengan bajunya membuatkan dia berhenti.
"By the way, kenapa kau ada dekat dalam bilik aku ni?" Aku menyoal dengan curiga.
Dia menarik tangannya kasar. "Aku dengar kau menjerit macam orang gila jadi aku datang lah aku risau dekat jiran sebelah nanti tak dapat tidur pula, k tu je" Balasnya dalam satu nafas, dia terus berlari keluar menembusi pintu yg berkunci.
"Dah kenapa"
Aku menggelengkan kepala, aku mula membungkuskan diri ke dalam selimut. Kali ni aku betul-betul nak tidur.
"Goodnight!"
Aku membuka selimut semula kelihatan Minho berada dimuka pintu sedang tersenyum manis ke arah aku.
"Sweetdream okay bye" Tambahnya lagi,
Belum sempat aku membuka mulut lagi dia sudah berlari lintang pukang. Aku tak tahu apa masalah dia tapi gelagatnya sekarang buatkan aku tersenyum.
Comel.
+
Aku mengerling jam dinding sekilas, nasib baik bangun awal walaupun semalam terjaga tengah malam. Pintu ditolak perlahan, membulat mata aku ketika melihat Minho berada di hadapan pintu. Dia tersenyum.
"Good morning! Semalam kau tidur nyenyak ke tak?"
Dengan senyuman yg dibuat buat aku menganggukkan kepala perlahan. Aku canggung sebenarnya dengan kejadian semalam, kenapa lah aku pergi peluk dia.
Aku segera mengikat tali kasut, dia pula mula menyanyi nyayi. Bagus betul mood dia hari ni.
"Oh? Aku nyanyi bising sangat ke?"
"Ha'ah sikit, kenapa kau gembira semacam ni?"
Dia mendekatkan wajahnya sambil tersenyum, aku mengundurkan diri. "Mesti lah, kau kan dah betul-betul nak tolong aku mesti lah aku gembira"
"Jum, apa kata kita pergi jumpa adik aku dulu?" Cadangnya pula, aku pun malas nak berperang dengan dia pagi-pagi buta ni jadi aku setuju saja.
+
"Adik kau dah berhenti sekolah ke?"
Minho menganggukkan kepalanya. "Dia kan dah tak ada sesiapa lagi, jadi dia tak mampu jaga diri apatah lagi soal sekolah. Dia fokus dekat diri sendiri je" Jelasnya.
Aku terdiam sebentar, adik Minho tak jauh beza dengan aku. "Adik kau buat aku teringat dekat diri sendiri"
"Eh kenapa?"
"Sebab kami orang yg berjuang sendirian untuk hidup. Disebabkan itu aku rasa aku nak jaga dia betul-betul"
Minho tidak membalas apa-apa lagi sebaliknya dia cuma memandang aku sambil tersenyum. Kenapa dari semalam dia pelik semacam-
"Aw!"
Tiba-tiba saja dia tergelincir akibat terpijak botol di atas tanah. Dia yg jatuh, aku yg terkejut. Siapa suruh jalan tak tengok depan.
"Siapa suruh jalan tengok aku je"
Minho sekadar tertawa mendengar sindiran daripada aku tadi. Dia terus menyambut tangan aku yg terhulur di hadapan wajahnya.
"Kesian lah kau ni! Yatim piatu! Abang kau pun dah mampus HAHAHA kesian!"
Suara sekumpulan pembuli menyentuh gegendang telinga aku, aku melepaskan tangan Minho dan langsung menghampiri mereka. Minho yg belum sempat berdiri itu tergolek semula.
"Sorry Minho!"
"Hoi! Korang pergi sekarang kalau taknak aku tampar seekor seekor muka korang tu"
Tak sangka, sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan budak-budak samseng tahi kucing itu melarikan diri masing-masing.
"Hei kamu okey?" Soal aku kepada budak lelaki yg dijadikan mangsa buli tadi. Ternganga luas mulut aku saat dia memalingkan muka.
"Adik Minho?"
+
Aku menghulurkan aiskrim kepada adik Minho, dengan santainya dia mengambilnya tanpa rasa ragu sedikit pun. Dia makan dengan gelojoh. Aku pun tidak berani memulakan perbualan melihatkan bagaimana caranya melahap aiskrim tersebut.
Aku memandang Minho sebagai signal meminta bantuan. Dia turut menepuk dahi melihat sikap adiknya itu.
"Em, adik okey ke?" Aku mengajukan soalan setelah dia selesai.
"Okey je. Tak kisah pun. Orang bodoh memang tak ada kerja. Asyik nak kacau hidup orang je"
Terkelu lidah aku mendengar jawapannya yg panjang lebar. Pendiam tapi bila buka mulut, pedas betul.
"By the way, noona ni Yoon Hea kan?" Soalannya itu mengembalikan rasa teruja di dalam diri aku.
"Wah kamu ingat? Saya kawan abang kamu"
"Oh K" Dia bangun kemudian menutupi kepala dengan baju hoodienya dan pergi meninggalkan aku begitu sahaja.
"Aku speechless Minho, aku ingatkan adik kau pemalu rupanya cuma dingin"
Aku tak rasa budak tu mudah untuk di dekati.
"Dia memang hehe"
Hea's pov end ━━
+
Tbc
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Beautiful Destiny❞ + Lee Know
Fanfiction15+ Agak agaknya, apa yg akan terjadi apabila seekor hantu yg terdesak ingin hidup semula terserempak dengan seorang manusia yg sedang cuba membunuh diri? ❝Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik❞ 【 Insp...