08 : U

236 44 32
                                    




+

"Tu ke yg kau nak aku jaga? Kau kata dia kecil lagi, aku tengok macam dah boleh jaga diri sendiri je" Tutur Hea tidak puas hati, hujung ayatnya berbunyi seolah olah menyindir.

Beberapa cawan dan pinggan yg berada di singki itu dicucinya dengan agresif, melepaskan geram. Dia masih tak puas hati waktu mendapat tahu bagaimana perangai sebenar adik lelakinya itu.

Koyak dia melayan.

"Betul lah dia kecil lagi, dia baru 16 tahun" Minho yg sedang duduk memerhatikan dirinya itu akhirnya membalas.

"Siapa nama dia?"

"Heeseung"

"Habis tu sekarang dia tinggal dengan siapa?"

"Dengan mak cik aku, mak cik aku jahat dari dulu tak suka dengan kami. Kadang-kadang makanan untuk kami pun tak ada, kena cari sendiri. Ibarat tinggal di rumah yg sama tapi urus diri sendiri. Jadi aku taknak dia terus tinggal dengan orang macam tu"

Perbuatan Hea terhenti serta merta, dia meletakkan cawan dengan saksama lalu memutarkan tubuh menghadap Minho. Tiba-tiba rasa serba salah muncul di dalam dirinya. Minho menjongketkan kening bertanya kenapa.

"Tak apa, aku boleh jaga dia. Jangan risau" Hea menunjukkan senyuman manisnya buatkan Minho terpana buat seketika.

Dia menyentuh dadanya, disebabkan sudah mati jantungnya tidak berdegup pantas seperti manusia lain ketika jatuh cinta. Tapi dia dapat merasakan sesuatu perasaan yg aneh.

Apa pun itu, dia tetap tersenyum. "Hea, kenapa aku percaya yg kau ni jodoh aku?"

Terbatuk-batuk Hea mendengar ayat manis yg meluncur keluar daripada mulut hantu lelaki itu. "Apa kau merepek ni Minho? Kau kan dah mati kenapa bahas fasal jodoh pula"

Minho menongkat dagu, menatap wajah cantik Hea. "Tapi aku yakin akan ada satu keajaiban dalam hidup kita nanti"

"Tapi kau kan dah mati?" Ulang Hea lagi,

Pipinya terasa membahang, dia menampar pipinya cuba untuk fokus bekerja. "Kau gila ke rasa macam ni dekat hantu tu? Tak apa, aku cuma terkejut" Kata batinnya lagi.

Minho ketawa perlahan memerhatikan reaksi Hea itu. Namun, entah mengapa dia tiba-tiba mengeluh berat. Dia membuang pandangan ke luar cafe, terkejut dirinya di saat melihat ada seorang lelaki sedang memerhatikannya tak jauh dari sana. Orang itu kelihatan berpakaian serba hitam dan dia yakin itu ialah malaikat maut yg sama mengganggu mereka tempoh hari.

"Minho, tolong aku buat kerja ni"

Dia mengalihkan pandangan ke arah Hea sebelum bangun menghampirinya.

Minho memandang ke luar semula, lelaki tadi sudah hilang entah ke mana. Agak pelik sejak akhir-akhir ini dia rasa seperti ada seseorang sering memerhatikan gerak geri mereka.

"Hea, kau tak rasa ke lately ni ada orang perhatikan kau?"

Hea sekadar menggelengkan kepalanya sebagai jawapan.

"Oh tak apa lah, mungkin aku yg overthinking"

"Eh tapi.." Hea meletakkan pinggan yg dicucinya tadi perlahan, dia berfikir keras hingga menimbulkan kerutan di atas permukaan dahinya.

"Kenapa?"

"Aku dah ingat, memang lately ni aku tak sedap hati rasa macam selalu diperhatikan. Sekarang pun"

Minho mengangguk faham, dia pasti ada sesuatu yg tidak kena. Kebelakangan ni banyak benda pelik yg terjadi, Hea mimpi Minho membunuhnya, mimpi malaikat maut, rasa diperhatikan dan paling penting sekali malaikat maut yg sama tadi baru sahaja memunculkan dirinya di hadapan mereka.

Seolah-olah lelaki berpakaian serba hitam itu meninggalkan mesej dan akan tetap terus memerhatikan mereka berdua.

+

Akhirnya Hea dibenarkan pulang ke rumah setelah gigih bekerja selama 8 jam tepat. Changbin yg baru tiba sejurus menyilangkan tangan di dada sambil memerhatikan Hea menyarung kot di tubuh kecilnya itu.

"Apa tengok-tengok?!" Kata Minho dengan nada samseng, dia sedikit mengangkat dagunya supaya kelihatan lebih menyeramkan.

Hea menggelengkan kepala sebelum menghampiri Changbin. "Kenapa?"

"Tak ada, aku just tunggu kau keluar so aku boleh cepat-cepat ganti"

Hea tersenyum palsu kemudian bergegas keluar tanpa mengatakan apa-apa lagi.

Meraka berdua mula berjalan menuju ke arah perhentian bas yg terletak tak jauh dari caffee. Hea memulakan perbualan selepas beberapa minit mendiamkan dirinya.

"Oh ya, Minho aku nak tanya"

"Hm?" Minho membalas lembut.

"Aku tau ini soalan bodoh, tapi kan aku curious tau. Waktu malam sebenarnya kau menghilang ke mana eh?"

"Somewhere"

Hea semakin ingin tahu usai mendengar jawapan ringkas daripada Minho itu.

"Ish"

Mereka berdua berhenti sementara menunggu lampu isyarat bertukar menjadi merah.

Tiba-tiba sebuah kereta mewah berwarna hitam meluncur dengan laju seolah-olah kehilangan kawalan. Parah, dalam masa yg sama ada seorang gadis kecil sedang melintas di jalan raya.

Mata Hea membulat melihat tindakan bahaya daripada budak perempuan tersebut. Dia ingin menyelamatkan nyawa si gadis kecil itu. Namun Minho sudah menghalang dirinya sebelum dia sempat membuka langkah.

"Lepas lah, budak tu- AAAH!"

Malang tak berbau, budak kecil tadi sudah terseret di jalan manakala kereta hitam itu pula menghempap lori di depan. Bunyi bising yg terhasil dan kejadian yg mengerikan sekarang membuatkan Hea terjerit dan menutup kedua-dua telinganya dengan tangan.

Minho menariknya ke dalam pelukan cuba untuk menenangkan wanita itu. Dia dapat merasakan dengan sangat jelas bagaimana tubuh kecil Hea sedang menggigil ketakutan.

Jari jemarinya bergerak mengelus kepala Hea ketika dia mula menangis tersedu-sedu. Riak muka Minho berubah menjadi serius saat malaikat maut yg memerhatikan mereka selama ini menghampiri mereka berdua.

"Berhenti buang masa kamu berdua" Itu lah ayat yg dia tinggalkan sebelum hilang.

"Kau nak apa sebenarnya! Cakap lah jelas-jelas bodoh!" Marah Minho, tapi lelaki tadi sudah lenyap.

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang