ㅤ
ㅤ
ㅤ
+Aku segera menuruni anak tangga dan menghampiri Minho. Mata aku masih fokus memandang telefon. Bahunya aku tepuk beberapa kali. "Minho, aku dah siap ni. Jom lah ambil kucing-kucing kau tu"
Aku mengerutkan dahi selepas perasan dia mengabaikan aku. Aku melihatnya geram, patutlah bukan main khusyuk dia baca buku. Kemarahan aku berkobar-kobar.
"Woi!"
Aku memukulnya dengan bantal.
"Ih apa ni, aku nak feeling macam manusia biasa pun susah. Nak rehat kejap pun tak boleh" Rengeknya sebelum menghempaskan buku ke atas meja dengan kuat, berpura-pura marah.
Malas melayan,
"Jum ambil kucing-kucing kau""Eh aku hampir terlupa. Jum!"
+
Kaki aku tidak diam terus bergerak menyepak batu-batu kecil di bawah bangku sementara menunggu bas. Mata aku pula meliar sekeliling, tiada satu orang pun disekitar sini kecuali aku dan Minho.
Pelik, sangat pelik. Ini kan tempat perhentian bas, selalunya mesti ramai orang berkumpul di sekitar sini apa lagi pada waktu pagi.
"Minho, pelik kan hari ni tak ada sesiapa dekat sini?"
Minho yg tadi sibuk memeluk tiang menghampiri aku sebaik sahaja mendengar aku menyoal. Dia duduk di samping aku. "Kan"
"Tapi pelik, aku tak rasa sunyi macam biasa. Kebelakangan ni aku rasa dunia ni indah dan perkara kecil pun buat aku happy. Kenapa ya?'
"Wah biar betul, setahu aku kau ni tak nak hidup"
Aku memberikannya tatapan galak. Dia tergelak kecil. "Tapi betul lah. Pelik macam mana semuanya boleh berubah dalam sekelip mata" Sambungku.
Belum sempat dia membalas bas sudah tiba di hadapan kami. Tanpa berlengah lagi, kami berdua segera menapak masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk di belakang sekali.
Semakin aneh melihatkan semua tempat duduk kosong. Tiada penumpang. Aku mula rasa tidak sedap hati.
Beberapa saat kemudian, tubuh aku terasa sangat kedingingan. Aku memeluk tubuh sendiri serta menggosokkan tangan. Cuaca hari ini bukanlah seteruk itu.
"Sejuk ke?" Minho bertanya, aku menganggukkan kepala sebagai jawapan.
Tanpa izin dia mula menggenggam lembut tangan aku. Aku terlalu terkejut hingga tidak dapat bergerak. Mematung buat seketika.
"Aku nak tolong hangatkan tangan kau walaupun badan aku sejuk hehehe"
"Laa kau tak bergerak langsung ni dah beku ke?" Tambahnya lagi. Namun kali ini dengan nada suara yg berbeza.
Aku melepaskan tangan aku dengan segera dan lekas menyembunyikan ia ke dalam poket. "Kau kan bukan manusia mesti lah sejuk, kenapa kau buat macam tu? Tak membantu langsung" Aku cuba menyembunyikan rasa malu dengan marah-marah macam ni.
"Eh kau fikir aku nak buat macam tu ke? Kenapa jadi macam ni?"
Minho membalas dengan tak jelas tapi berdasarkan reaksinya menunjukkan seolah-olah dia bukan orang yg sama menggenggam tangan aku tadi.
Aku mengerutkan dahi. Kadang-kadang dia seolah-olah sengaja memberikan aku layanan yg manis kemudian dia akan berperwatakan biasa balik. Aku rasa ada benda tak kena.
+
Aku mendarat dengan selamat di atas tanah, nasib baik tak ketahuan aku panjat tembok tadi. Mata aku memerhatikan sekeliling untuk memastikan yg ibu saudara Minho benar-benar belum balik.
"Mak cik kau ada dekat sini ke?" Aku bertanya separa berbisik sambil memanjangkan leher mencari kelibat orang tua tu.
"Eh mana lah aku tahu"
"Dah tu, pergi lah tengok. Manusia kan tak nampak kau, kan senang tu. Aku tunggu dekat sini kejap"
Malas menjawab lagi, dia terus bergerak masuk ke dalam rumah semata-mata memastikan keberadaan mak cik tu.
"Meow!" Seekor kucing yg berwarna oren berlari ke arah aku sambil mengiau.
Aku yg takut kucing mula panik. Aku cuba sebaik mungkin untuk mengelak dari kucing durjana itu tanpa menjerit. Dalam hati aku berharap Minho akan segera datang menyelamatkan aku. Rasa mahu menangis pun ada.
"Meow!" Tak, apa masalah kucing ni sebenarnya? Apahal dia manja sangat sampai nak dekat-dekat dengan aku?!
"Shuh! Shuh!" Aku cuba menghalau kucing tersebut namun gagal. Bahkan ia semakin mendekat.
Kali ni aku tidak dapat tahan lagi, aku teriak kuat lalu berlari satu pusingan di sekeliling perkarangan rumah milik puan Lee.
Minho berlari anak mendapatkan aku. "Hea kenapa ni?"
"Weh kucing tu kejar aku! Aku takut!"
Aku mengadu kepadanya. Refleks, aku memeluk lehernya sambil memejamkan mata. "Takutttt eeee" Aku mula merengek.
"Mana ada dia elok je kejar rama-rama dekat sana tu"
Mendengarkan itu aku segera meleraikan pelukan lalu melihat kucing tadi. Memang betul ia sedang mengejar rama-rama di sana. Memalukan sekali.
"Ha, mungkin rama-rama tu kebetulan terbang dekat belakang kau kot" Minho membuat tekaan sebelum ketawa terbahak-bahak seolah-olah kelakar sangat.
"Jangan lah gelak, aku pernah kena cakar masa budak-budak dulu tahu tak"
Aku ingatkan dia akan minta maaf tapi makin kuat pula dia gelakkan aku. Aku menyumpahnya di dalam hati.
"Chill, dia takkan bunuh kau pun. By the way, nama kucing tu doongie yg dua ekor lagi ada dekat dalam"
"Eh tapi mak cik kau tak ada ke?"
Minho menggelengkan kepalanya menandakan wanita tua itu tiada di rumah sekarang. Aku menghela nafas lega.
Tanpa basa basi lagi, aku dan Minho segera bertindak menangkap kucing-kucing tersebut. Usai sesi memasukkan para kucing ke dalam sangkar aku mulai mendaki tembok dengan hemat-cermatnya.
Aku berdiri diatas tembok sambil ketawa teruja. Menunjuk yg aku ni hebat orangnya. "Minho tengok aku, hebat kan?"
"Turun lah Hea, jatuh nanti" Dia menepuk dahinya sendiri.
Aku masih lagi tertawa kerana terhibur melihat riak mukanya yg sudah penat melayan karenah aku.
Tapi semua itu tidak seronok lagi apabila suara seorang wanita tua kedengaran menjerit memarahi aku. "Hoi! Apa kau buat dekat rumah aku ni ha?! Kucing aku?!" Tepat sekali, ianya ibu saudara Minho.
Tergamam aku ketika melihat dia semakin mendekat. Sejak bila dia jalan aku pun tak tahu. Aku segera lompat dan mengangkat sangkar tadi. Kami berdua berlari lintang pukang sambil terpekik-pekik di tengah-tengah jalan.
Entah lah, aku tak takut tapi aku rasa situasi sekarang ni kelakar.
Hea's pov end ━━
+
Tbc
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Beautiful Destiny❞ + Lee Know
Fanfiction15+ Agak agaknya, apa yg akan terjadi apabila seekor hantu yg terdesak ingin hidup semula terserempak dengan seorang manusia yg sedang cuba membunuh diri? ❝Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik❞ 【 Insp...