21 : N

193 42 26
                                    




+

17 tahun yg lalu,

Secara rasminya Christopher dilantik menjadi malaikat maut mulai dari hari ini. Seperti pemula yg lain, dia ditugaskan untuk memerhatikan seorang pesakit remaja yg menghidap kanser itu sehingga bertemu ajalnya.

Hari ini adalah hari pertamanya. Dia berdiri di sisi pokok sambil memerhati perempuan yg sedang duduk membaca buku itu. Kelihatan dua orang budak lelaki berkejaran dan tak sengaja melanggarnya. Bukunya jatuh mencium tanah.

Budak lelaki tersebut cuma bergelak ketawa dan sambung berlari tanpa meminta maaf. Christopher menggelengkan kepalanya. "Dasar budak-teka tak guna, mesti perempuan tu marah" Tekanya sendiri.

Namun, tekaannya salah. Gadis itu mengutip bukunya lalu tersenyum manis melihat dua orang budak lelaki tadi. Dia menggelengkan kepala dan menyebut satu perkataan.

"Comel?" Christopher membaca gerakan mulut gadis itu. "Budak kecil yg tak ada adab pergi langgar dia tu dia cakap comel?" Senyuman perempuan itu membuatkan dia hanyut buat seketika.

"Aku dah kenapa?"

Sejak dari itu, dia mula memerhatikan pesakit itu dengan keingingan sendiri. Dia suka dan teruja setiap masa yg dia habiskan buat melihat wajah gadis itu. Dia tidak sedar dia sudah jatuh cinta pada pandangan pertama.

+

Hari lain tiba, kali ini dia membuat keputusan untuk menyapa pesakit itu dan cuba berkawan dengannya. Gadis itu sedang sibuk menulis sesuatu dan sekali lagi dia dilanggar oleh budak yg sama tempoh hari.

"Haih, budak-budak ni" Dia mengeluh tapi tetap tersenyum, niatnya untuk mengutip pennya terbantut bila tangan seseorang sudah memegang pen tersebut terlebih dahulu.

Dia mendongak. Seorang lelaki yg berpakaian serba hitam itu menyapa pandangannya.. "Awak sia--" Ayatnya terpotong ketika Christopher menghulurkan pen ke arahnya.

Tanpa disoal lelaki itu memperkenalkan dirinya. "Hai, aku Christopher. Kau?"

"Oh, saya Minyoung. Thank you sebab tolong kutipkan pen tadi" Minyoung tersenyum mesra walaupun belum cukup mengenalinya.

Christopher dapat rasakan dengan jelas yg jantungnya berdegup dengan pantas sekali. Entah apa yg merasukinya tiba-tiba tergerak untuk menyatakan perasaannya. "Aku.. aku suka kau!"

"Ha?" Minyoung membalas keliru.

Christopher mengetuk kepalanya sebelum melarikan dirinya. Dia malu. Kenapa dia pergi cakap semua tu bila dia sendiri tak pasti?

+

Sejak kejadian dia mengaku sukakan gadis itu dia kembali memerhatikan Minyoung dari jarak jauh. Gila, dia kehilangan gadis itu. Rasanya dia terlalai sebentar tadi. Christopher mula cuak tapi tak lama selepas itu bahunya disentuh oleh Minyoung dari belakang.

"Hai! Cari saya ke?"

"Minyoung? Aku ingatkan kau hilang tadi?"

"Kenapa? Awak perhatikan saya ke?"

Christopher membuang pandangannya ke tempat lain,

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang