14 : I

198 42 24
                                    




+

Hea's pov  ━━

Aku menguap luas sambil menuruni anak tangga yg menghala menuju ke dapur. Sebelah tangan aku mula bergerak membuka peti sejuk manakala tangan kiri aku pula menggosok mata.

Maklum lah, baru bangun tidur.

"Noona, ada perempuan dekat luar nak jumpa kau katanya" Heeseung memunculkan dihadapan aku tanpa sebarang sapaan ataupun salam. Hampir tersembur air aku dibuatnya.

"Kau ni buat aku terkejut je"

Dia sekadar menjongket sebelah bahu sebelum kembali ke biliknya. Aku membuat muka geram sebelum keluar untuk melihat gerangan tersebut.

Langkah aku terhenti sebentar saat melihat Winter diluar pintu pagar, kenapa dia nak jumpa aku? "Kau?"

"Yes. Ini aku Winter, Kim Minjeong. Tolong buka pintu pagar ni boleh? Please.." Dia kelihatan sangat terdesak, matanya juga berair.

"Kau dah kenapa?" Soalku dengan dahi berkerut, tak faham betul dengan dia. Ini Kim Minjeong yg aku kenal?

"Cepat lah! A-aku takut" Aku tersentak tatkala nada suaranya meninggi secara. Lantas, aku membuka pintu pagar dengan malas.

Dia segera merempuh masuk lalu bersujud di hadapan aku. Aku cuba untuk mengundur namun apakan daya dia sudah terlebih dahulu memeluk kaki aku sambil menangis tersedu-sedu.

"Aku minta maaf atas semua kesalahan yg aku buat selama ni dekat kau! Tolong maafkan aku Hea, a-aku tak nak end up macam Karina! Aku tahu aku salah dan aku menyesal"

Pelukannya semakin erat membuatkan aku semakin tak selesa. Tapi macam mana dia tau Karina tu mungkin meninggal sebab aku?

"S-semalam aku mimpi kalau aku tak minta maaf dekat kau aku akan mati macam Karina. Jadi please maafkan aku!" Tutur bicaranya yg kedengaran tersekat-sekat dan gugup itu menunjukkan dia benar-benar takut.

Dia mimpi? Ini mesti kerja malaikat maut tu. Tapi kalau kerja dia. Kenapa dia tolong aku?

"Okey aku maafkan kau tapi jangan pernah lupakan semua yg kau buat dekat aku. Aku harap kau sentiasa menyesal macam ni" Aku meloloskan kaki daripada pelukannya.

"Macam tak ikhlas kan? Memang aku tak ikhlas pun, mungkin 50℅ aku maafkan kau 50℅ lagi tak. Jadi kemungkinan kau akan mati macam Karina pun 50℅"

Kejam? Aku cuma boleh memaafkan tapi tak boleh melupakan. Dia layak mendapat balasan sebegini.

"Hea jangan macam ni Hea. Tolong maafkan aku betul-betul, please" Dia sujud memeluk kaki aku sekali lagi, aku menghela nafas lalu menjeling ke atas.

"Aku tak nak. Jadi berambus sekarang!" Aku memaksanya bangun dan menolaknya keluar. Kemudian, aku segera mengunci pintu pagar.

"Hea maafkan aku dulu!"

+

Aku melangkah keluar dari bilik mandi, badan aku cuma bersarung tuala jadi memang terserlah lah kaki panjang putih melepak aku. Aku mula memilih baju dan seluar yg sesuai untuk dipakai ke kerja sebentar lagi. T-shirt putih biasa dan seluar hitam menjadi pilihan.

Sebelum memakai baju aku mengintip ke luar jendela dahulu. Aku sedikit terkejut saat melihat Winter masih berada di luar rumah.

"Gila, nampak sangat dia datang minta maaf bukan sebab menyesal tapi cuma takut mati"

"Tu ke musuh kau?"

Aku menoleh sebaik sahaja mendengar suara Minho, aku menganggukkan kepala dengan tenang mengiyakan soalannya. Pandangan aku jatuh pada Winter semula. "Ha dia lah, kawan Karina"

"Em, sorry" Ucap Minho secara tiba-tiba buatkan aku memalingkan sekali lagi. Dia menundukkan kepala sambil bermain jari.

"Kenapa?" Aku bertanya tak faham, kedua-dua kening aku hampir bertaut.

Dia diam tidak bergeming. Aku diam berfikir sebentar, beberapa saat kemudian mata aku membulat ketika ditampar oleh kenyataan. Gila! Kenapa aku macam ni! Aku baru perasan aku tengah pakai tuala je sekarang ni.

"Ahh!! Kau keluar sekarang!!" Aku menolaknya menjauh. Pantas aku menarik selimut untuk menutupi kulit tubuh aku yg terserlah.

"Sorry, tapi kenapa aku rasa malu? Aku kan bukan manusia-"

"Kau keluar cepat!!"

Sekelip mata saja dia menghilang, bagus lah. Aku menghembuskan nafas lega. Namun pipi aku terasa sangat panas seakan-akan hampir terbakar, gila.

Aku mula menampar pipi sendiri beberapa kali sambil menghadap cermin. Merah. Bukan sebab aku tampar tapi sebab tadi, rasanya aku dah gila.

+

Aku cuba sebaik mungkin untuk menjarakkan diri dengan Minho, tak mahu jalan beriringan dengan dia gara-gara hal awal tadi. Masalahnya, aku jalan perlahan pun dia ikut. Aku laju pun dia ikut.

Disebabkan tiada cara lain, aku memilih untuk berpura-pura mengikat tali kasut. Tapi aku tak sangka dia turut berhenti semata-mata menunggu aku selesai. Mulut aku terkumat kumit memaki diri sendiri, geram.

"Aku tak sempat nampak apa-apa tadi jadi stop buat macam ni"

Aku mendongak memandang wajahnya. Kata tak sempat nampak apa-apa tapi tanya soalan pasal malu, dia sangka aku bodoh ke?

"Aku tahu kau nampak. Kan?"

Dia menggelengkan kepala kemudian membuang pandangan ke sebelah kanan. Nampak sangat dia menipu.

"Penipu" Aku bangun lalu berlari mengejar Heeseung di sana.

"Hea tunggu lah aku! Aku tak nampak apa-apa lagipun chill lah bukannya kau bogel pun"

"Eh gila! Diam lah!"

Sekarang kami bertiga berdiri di tepi jalan sementara menunggu lampu isyarat bertukar warna. Masing-masing tidak bersuara. Heeseung yg tidak bersalah itu terpaksa berdiri di tengah-tengah antara aku dan Heeseung.

Akhirnya lampu isyarat berubah menandakan waktu sesuai untuk melintas. Terlalu ramai pejalan kaki lalu lalang sehingga menyebabkan bahu aku tertolak oleh seseorang. Aku berniat mahu menyumpah seranah orang itu tapi..

"Kenapa awak tak selamatkan saya dulu?"

Kaki aku melangkah dua ke belakang. Seluruh badan aku mula menggigil ketakutan. Mata aku juga membutang kerana terkejut.

Dia budak perempuan yg meninggal dengan tragis disebabkan kemalangan di sini beberapa hari lalu.

"K-kau nak apa?"

"Saya nak balas dendam, sepatutnya orang yg mati hari itu awak bukannya saya!"

Aku rebah ketika ditolak kasar olehnya, lutut aku mencium jalan dengan sangat kuat. "Ah!"

"Sekarang baru adil" Bilang gadis itu lagi,

Bunyi hon yg kuat mengganggu pendengaran aku. Jantung aku berhenti berdetak saat melihat sebuah kereta meluncur ke arah aku. Hidup aku akan berakhir macam ni ke?

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang