ㅤ
ㅤ
ㅤ
+Hea's pov ━━
"Pekerja baru, nama kau siapa? Yoon Heena?"
Aku memusingkan tubuh menghadap rakan sekerja aku yg bernama Seo Changbin. Ei suka hati dia saja cop nama aku jadi Heena.
"Yoon Hea" Aku memperbetulkan nama aku.
"Ha Hea! Aduh nama punya lah unik. Btw aku ada hal kejap kau boleh tolong gantikan aku tak? Kejap je lepastu aku datang balik"
Aku merenung Changbin tajam, menyumpah seranah di dalam hati.
"Boleh tak?"
Aku tersedar ketika dia bersuara semula, lama pula aku maki dia. Aku tersenyum palsu seraya menganggukkan kepala. Terus berbinar-binar matanya setelah mendapat respon daripada aku.
Apron yg melekat ditubuhnya itu dicampakkan ke atas meja. Dia tersenyum lebar seraya berlari keluar dengan girangnya."Thank you Hea!!" Tidak lupa juga untuk berterima kasih.
Pada akhirnya, aku hanya mampu mengeluh.
Minho yg sejak tadi sibuk memerhatikan aku menayangkan senyuman kemenangannya. "Jadi macam mana? Kau masih tak nak bantuan daripada aku ke? Banyak kerja kau tu, kena basuh pinggan lagi"
Aku pandang Minho dan singki silih berganti, ingatkan kerja dekat cafe tak susah sangat. Tapi Changbin tu-
"Tak payah. Aku tak nak. Kau duduk diam-diam je dekat situ"
+
Aku duduk tak bermaya, aku tewas dengan kerja semua ni. Tenaga aku yg banyak tadi dah lenyap ditelan masa. Kenapa tiba-tiba ramai pelanggan ni? Sengaja nak seksa aku ke apa?
Aku mengurut kaki aku yg sakit akibat asyik berjalan ke sana sini sejak tadi, tak sempat duduk.
"Benda boleh minta tolong buat apa susah-susah" Kata Minho, dia tersenyum sambil mengedipkan matanya berkali-kali.
Aku mengeluh.
"Okey, tolong aku. Aku tak tahan"
Minho bangun dengan reaksi terkejut, tangannya menekup mulutnya sendiri. Dia memandang aku tak percaya.
"Jadi maksudnya kau akan tolong aku balik lah ni?!"
Aku mengangukkan kepala terpaksa. "Ya, jadi pergi tolong basuh pinggan and gelas semua binatang yg kotor tu"
Dia dengan terujanya segera bergerak menyerbu singki.
Para pelanggan di dalam cafe itu terkejut beruk melihatkan beberapa pinggan dan gelas yg terapung di atas udara. Segelintir daripada mereka mulai merakam kejadian sekarang.
"Eh ini silap mata saya ya, korang boleh tengok for free"
Aku tersenyum bangga apabila semua orang terlihat sangat kagum. Aku dapat rasakan pandangan yg tajam daripada Minho.
+
"Hea, ini gaji kamu untuk hari ini. 27 ribu won" Bos aku tersenyum manis sambil menghulurkan sampul duit ke arah aku.
"Eh? Sehari terus dapat gaji? 27 ribu won?!"
Dia tergelak melihat reaksi aku yg berlebihan tadi. "Saya dengar kamu ni tinggal seorang diri jadi saya rasa saya patut bagi gaji kamu setiap hari. Lagipun kamu dah tarik ramai pelanggan dan buatkan cafe ni viral hanya dalam masa sehari jadi saya bagi extra sikit"
"Tak sangka kamu ada bakat macam tu ya? Untung saya dapat perkerja macam kamu ni"
Aku menekup mulut terharu, rasa mahu menangis pun ada. Baik betul bos aku ni dah lah cantik.
"Terima kasih bos! Saya akan kerja dengan lebih baik selepas ni!" Aku menunduk hormat, dia tersenyum manis sebelum beredar.
"Ini berkat aku minta kau gantikan aku tau hehe" Sampuk Changbin yg baru tiba, aku menahan ekspresi muka takut tak sengaja menunjukkan reaksi menyampah pula.
"Euw, ni berkat aku tolong Hea lah! Kau tak menyampah ke dekat mamat ni Hea?"
Tanya Minho sambil memandang Changbin tak puas hati, menyampah betul muka dia sampai buatkan aku tersenyum tipis.
"Jum lah" Balas ku singkat, Changbin pandang aku pelik.
"Uish kau ajak aku balik sama-sama ke?"
"Ha? Kau salah dengar kot, dah lah bye! Jumpa esok!"
Malas melayan. Aku segera berlari meninggalkannya, Minho terus mengekori aku ke mana saja aku pergi. Tak habis-habis menjerit minta aku untuk jalan dengan perlahan.
"Hea tunggu lah!"
"Ee bising lah kau ni! Siapa suruh ikut aku aduh" Aku berhenti berlari dan menunggunya mendapatkan aku, lambat betul. Kalau aku tinggal lagi, mesti nangis.
"Macam ni ke kau layan orang yg dah tolong kau?"
Aku menggulingkan anak mata tanda menyampah.
"Baiklah abang, terima kasih ya. Ala buat apa aku nak ucap terima kasih? Nanti aku balas juga kan? Kau bukannya ikhlas pun, puih!"
Sempat aku meludah sebelum tangannya hinggap di kepala aku, aku memegang kawasan yg dia baru ketuk sebentar tadi. Dasar hantu zaman sekarang. Adab tak ada.
"Eh tak guna punya jantan, layan perempuan macam ni. Tau lah kau tu hantu limited edition" Makin hari makin bertambah geram aku dekat dia.
"Sekarang jum lawat adik aku, aku nak kau kenal dengan dia start hari ni. Hari lain, kau cuba rapat dengan dia. Lepastu jadi kakak angkat dia, begitu"
Aku mengerutkan dahi cuba memproses semua yg dia sampaikan tadi, kakak angkat?
"Pertolongan apa yg kau nak aku buat ni?"
"Rapat dengan adik aku"
"Laa tu je ke? Kalau aku tau dah lama aku ikut cakap kau"
Dia senyum tipis, seakan-akan masih ada sesuatu yg dia rahsiakan daripada aku.
"Jum lah"
"Eh sekarang ke?"
"Ya lah"
"Aku penat ni baru habis kerja aduh"
"Tu masalah kau bukan masalah aku"
Aku mula memaki hamun dia tanpa suara tapi nak tak nak aku kena ikut jugak. Aku mula membuntuti setiap langkahnya, aku pun tak tahu dekat mana tempat adik dia.
Sepanjang perjalanan tu boleh pula kami berdua kehabisan topik. Suasana menjadi canggung. Selalunya bukan main tengking sesama sendiri.
Aku mengamati wajah sisinya, pelik betul kenapa dia nampak macam tak pernah mati langsung ya?
"Sorry kalau aku bunyi macam biadap tapi aku curious sangat macam mana cara kau mati eh?
Minho berhenti melangkah, air muka yg terlukis di wajahnya sekarang ni sangat sukar untuk di tafsirkan. Tapi yg pasti dia rasa tak senang hati.
"Ah sorry aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau pun-"
"Tak, itu bukan grim reaper ke?"
Aku memandang ke hadapan, kelihatan seorang lelaki yg tinggi dengan pemakaian serba hitam sedang berjalan menghampiri kami berdua.
Aku diam, entah mengapa aku rasa tak selamat dan tak sedap hati apabila malaikat maut terlibat di dalam hidup aku.
"Jadi ini lah rupa korang berdua, gunakan masa yg diberi ni dengan baik"
Malaikat maut itu pergi setelah berkata sedemikian. Minho dan aku berpandangan sesama sendiri. Masing-masing tak paham apa yg ia cuba sampaikan.
"Apa maksud dia?"
Ayat itu keluar serentak daripada mulut kami.
+
Tbc
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Beautiful Destiny❞ + Lee Know
Fanfiction15+ Agak agaknya, apa yg akan terjadi apabila seekor hantu yg terdesak ingin hidup semula terserempak dengan seorang manusia yg sedang cuba membunuh diri? ❝Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik❞ 【 Insp...