11 : E

220 42 26
                                    




+

"Ha?"

"Aish! Sepatutnya bukan macam ni" Minho menjambak rambutnya sendiri secara mengejut. Tidak cukup dengan itu dia mengetuk kepalanya berkali kali.

"Minho bertenang" Aku merentap pergelangan tangannya.

Dia duduk bersila di hadapan aku.

"Hea, kenapa kau buat-buat terkejut? Aku dah cakap haritu kan yg kau ni mesti jodoh aku. Mesti lah aku ada perasaan dekat kau"

"Hantu pun ada perasaan ke?" Monolog aku sendiri.

"Tak, aku ingatkan kau bergurau. Tapi betul ke kau ada perasaan-" Ayat aku terputus sebaik sahaja jari telunjuknya mendarat di atas bibir aku.

"Shh. Aku tak nak ungkapkan perasaan dekat tempat macam ni. Tak sweet. Tunggu hari sesuai aku confess lagi"

Minho bangun lalu membetulkan rambutnya dengan segaknya. Kemudian dia berlari masuk ke dalam.

Aku tak faham lah dia ni.

+

"Woi! Buka pagar rumah ni sekarang! Woi! Aku cakap buka lah! Pekak ke?!"

Aku terjaga disebabkan suara lantang milik seorang wanita tua bangka yg memekik berterusan tanpa henti. Dengan rambut yg kusut masai itu aku berjalan keluar.

"Ha! Keluar pun! Mana budak tu?!"

Aku menekup kedua-dua telinga aku. Kenapa kuat sangat suara mak cik ni. Berdesing telinga aku. "Bising lah ahjumma ni"

Aku menggosokkan mata cuba memastikan siapa mak cik ni sebenarnya. Rupa-rupanya ibu saudara Heeseung, patut lah macam pernah dengar suara sumbang ni.

"Oh ahjumma. Ahjumma ni tak penat ke asyik terjerit jerit. Masa first time jumpa pun ahjumma menjerit"

"Eh suka hati aku lah! Mana Heeseung?! Kau bagi dia dekat aku balik!"

"Aish, ini ahjumma paling bising aku pernah jumpa for real" Umpatku sambil mengorek telinga. Risau telinga aku berdarah.

"Ei cepat lah!"

"Baik ahjumma, sila tunggu sebentar ya" Aku sempat menjelingnya sebelum masuk memanggil Heeseung.

"Heeseung! Oh Hee- ha dah bangun rupanya" Heeseung mendekati aku sambil menggosok matanya. Masih mamai.

"Mesti lah, bising gila ahjumma tu"

Kami berdua berjalan menghampiri pagar rumah, Puan Lee masih sibuk membuat kecoh. "Ha situ pun kamu, Heeseung! Beraninya kau lari dari rumah macam tu?!"

Heeseung tidak membalas sebaliknya berpura-pura membuka pagar, sengaja mahu mempermainkan wanita tua ini. "Jemput masuk ahjumma"

Puan Lee mencuba menolak pagar tapi gagal, masih berkunci. "Kau permainkan aku ya?!"

Heeseung membalas. "Ahjumma, sorry saya tak kenal ahjumma ni siapa eh?"

"Lee Heeseung!"

Heeseung acah mengorek telinga kirinya, sama persis dengan apa yg aku buat awal tadi. "Ahjumma, sudah lah tu. Aku tahu kau suka aku lari dan tak ada kena mengena dengan kau lagi dah. Ahjumma buat semua ni pun sebab nak tunjuk baik dekat jiran sebelah kan?"

Reaksi Puan Lee berubah seakan-akan sudah ketahuan. "Sudah lah. Ahjumma bagitahu lah satu dunia ni yg Heeseung lari rumah dan taknak balik. Sekarang blah. Aku tak nak ada kena mengena dengan kau lagi" Itu lah ayat terakhir Heeseung sebelum masuk ke dalam rumah semula.

"Biadap! Aku dah besarkan kau sekarang tinggalkan aku pula! Tak sedar diri!" Makin kuat dia menjerit di luar.

"Lebih baik aku bersiap sedia pergi kerja daripada layan makcik ni.

+

Gigih aku mengelap permukaan meja selepas semua pelanggan keluar. Sekarang giliran aku dan Changbin untuk bekerja sehingga pukul 5pm, sebentar lagi giliran Heeseung dan beberapa pekerja yg lain pula.

"Hea. Jangan bagitahu bos tau, aku balik awal hari ni. Pening kepala" Ujar Changbin sambil memicit kepalanya berpura-pura sakit.

"Siapa cakap kau boleh balik? Kau fikir ni sekolah ke? Sekolah pun belum tentu bagi kau balik rumah. Selalu sangat menyusahkan aku. Kalau kau malas sangat nak kerja pergi lah duduk dekat rumah tu''

"Hea? Yoon Hea?" Aku tersedar ke dunia realiti kembali berkat suara Changbin tadi.

Nasib baik aku cuma membayangkan semua tu. "Okey, pergi lah rehat"

Dia pergi tanpa rasa malu setelah mendengar balasan daripada aku tadi. Aku mengeluh lalu mengetuk kepala sendiri. "Haish kenapa lah aku tak boleh balas 'tak' dekat permintaan orang lain?"

Minho menghampiri aku seperti ingin mengatakan sesuatu. Aku memandangnya dari atas hingga ke bawah sebelum menyoal.

"Kau nak apa?"

"Ya aku tak tahu malu tapi aku nak minta pertolongan kau sekali"

Dahi aku berkerut seribu. Aku dah tolong jaga adik dia tu tak cukup lagi ke? Rasa nak lempang pun ada. "Eish kau ni. Apa dia?"

"Aku ada bela 3 ekor kucing. Soonie, Doongi and Dori so-"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku sudah memotong. "So kau nak aku jaga? Hell no, aku takut kucing"

"Eh jangan lah macam tu, tolong lah aku. Dah lah 3 ekor tu ada dekat rumah makcik aku. Tak silap hari bulan nanti kena bunuh"

Aku senyap sebentar berfikir sama ada ingim membantunya ataupun tidak. Tapi, tiba-tiba aku terfikir sesuatu.

Aku tersenyum sinis. "Okey aku akan tolong kau tapi dengan satu syarat"

"Ha? Apa dia? Apa dia? Cakap je aku akan ikut semua"

"Semua?" Soal aku meminta kepastian, dia menganggukkan kepalanya.

"Nice, aku nak kau ganggu 2 orang perempuan ni sampai diorang berlutut minta maaf dekat aku"

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang