ㅤ
ㅤ
ㅤ
+3 tahun kemudian.
Heeseung menapak masuk ke dalam cafe bersama 3 orang kawan baiknya. Masuk macam cafe tu milik bapak dia, bising pula tu. Mengganggu ketenangan pelanggan yg lain.
Mereka berempat mengambil tempat duduk di belakang sekali. Salah seorang daripada rakannya itu memainkan lagu dengan kelantangan penuh.
Beberapa pelanggan keluar meninggalkan cafe akibat merasa terganggu. Berbeza pula dengan seorang pelanggan ni, dia menghampiri meja mereka dengan muka tak puas hati.
"Woi! Boleh perlahankan sikit tak lagu kau tu? Sumpah bising." Kata gadis itu sambil bercekak pinggang.
Heeseung ketawa sinis. "Kalau tak suka, keluar lah macam orang lain. Hak alah, bising lah kau ni"
"Kau cakap aku bising sedangkan geng kau yg bising? Kau fikir ni cafe bapak kau punya ke?"
"Bukan bapak tapi abang. Jadi, suka hati aku lah nak bising pun"
Gadis itu kelihatan sakit hati melayannya, hampir-hampir saja tangannya melekat dimuka lelaki itu nasib baik Minho datang. "Kenapa ni?"
"Ni ha diorang ni bising sangat macam duduk dalam rumah sendiri. Orang tegur terus nak ajak gaduh" Gadis itu membalas tak puas hati.
Heeseung bangun. "Eh kau yg datang macam nak gaduh dulu. Apa woi woi?! Aku pun ada nama tahu tak?"
"Memang pun kau ada nama, aku pun ada. Suka hati aku lah nak panggil kau woi"
Minho memicit kepalanya stres. "Bawa bertenang ya. Heeseung! Kau balik sekarang, kau kalau sehari tak buat pelanggan aku lari tak sah kan?" Akhirnya dia melepaskan kemarahan kepada adiknya itu.
"Cih. Macam lah tak ada cafe lain, puih! Jum geng" Heeseung bangun bersama 3 orang rakannya itu.
"Ha kejap. Siapa nama kau? Aku tak habis lagi ya" Dia menundingkan jarinya di hadapan wajah gadis itu.
"Ha nama aku Sieun. Kau fikir aku takut ke ek eleh muka pun macam tak mandi seminggu"
Niat Heeseung untuk membalas hilang saat melihat riak muka abangnya. Macam nak bunuh orang. Dia terus menunduk hormat. "Kami pergi dulu, hyung" Macam tu saja mereka berempat berlari keluar.
"Maafkan saya, lain kali saya takkan biarkan geng adik saya masuk." Ucap Minho.
Pantas Sieun duduk ke tempat asalnya. Malas mahu membalas.
Minho mengeluh kemudian sambung membuat kerjanya. Ya, memang benar cafe ini miliknya. 1 tahun lalu dia berhenti kerja di cafe milik Yeji dan membuat keputusan untuk membuka cafe sendiri.
Sekarang Heeseung sudah menjejak umur 19 tahun jadi boleh tahan banyak duit yg dia perlukan untuk mengurus adik lelakinya itu. Nasib baik dia sudah membuka cafe.
Tapi adiknya itu nakal tak boleh bawa bincang. Kadang-kadang dia rasa nak berhentikan kolej pun ada. "Haish, tak guna punya budak. Aku dah jaga elok elok tapi ini pula yg dia balas dekat aku"
Hidupnya baik-baik saja semuanya berjalan dengan lancar, tiada masalah. Namun, hatinya sentiasa rasa kosong tanpa Hea.
Sudah 3 tahun berlalu tapi dia tidak pernah mendengar apa-apa berita tentang mereka berdua. Chris hilang macam tu saja dan Hea mati dengan cara yg tidak adil.
"Kalau macam ni lah pengakhirannya. Aku akan percaya yg takdir tu benar-benar kejam."
+
Beberapa hari berlalu begitu sahaja,
Seperti yg disebut awal tadi, hidupnya berjalan dengan sangat lancar. Dia bangun pagi, bersiap-siap, membuka cafe, melayan pelanggan, Heeseung buat hal.
Tiada apa-apa istimewa yg terjadi di dalam hidupnya.
Setiap kali dia membuka matanya dia mesti berharap akan melihat figura orang yg dia cintakan itu. Malangnya, setiap kali dia membuka matanya semuanya sama sahaja. Dia melihat siling yg kosong dan begitu lah hari yg kosong berulang sekali lagi.
Penggera yg sudah ditetapkan di telefon akhirnya berdering, dia bangun lalu mematikan penggera. Minho merenggangkan tubuhnya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi.
Tak lama kemudian, dia keluar dari bilik air. Hari ni dia membuat keputusan untuk menutup cafe jadi dia tidak perlu bersiap-siap awal seperti kebiasaannya.
Niatnya untuk bermain telefon terbantut saat mendengar bunyi seseorang memasak datang dari bawah. Dia mengerutkan dahi. "Heeseung tak pergi kolej ke? Nak kena budak ni"
Dia bergegas menuju ke bawah bersiap sedia untuk memarahi adiknya itu. Tapi langkahnya terhenti saat melihat susuk tubuh seorang wanita sedang memasak. Dia mengenakan gaun putih seolah-olah perempuan yg akan muncul di dalam mimpi.
Aneh sekali, dia tidak panik ataupun terfikir untuk menghalau gadis itu.
'Aku bermimpi ke?' Monolognya.
Dia memberanikan dirinya untuk bertanya. "Kau siapa?"
Gadis misteri itu berpaling melihatnya saat mendengar soalan Minho tadi. Kedua mata Minho terbeliak memandang wajahnya. Dia terundur satu langkah ke belakang kerana terlampau terkejut.
'Nampaknya aku terlalu rindukan dia sampai masuk ke dalam mimpi. Tapi ini pun dah cukup buatkan aku bahagia sebab semua ni terasa sangat nyata'
Minho cuba untuk bertenang tapi semakin lama dia memandang wajah gadis itu semakin banyak air mata yg bertakung.
Tanpa dia sedari air matanya gugur. Minho terlalu rindukan kesayangannya itu sehingga tak mampu menahan air matanya.
"Kau dah bangun? Aku dah siapkan masakan ni" Dia tersenyum manis kepada Minho.
"Hea.. Aku rindukan kau. Aku tahu semua ni mimpi tapi aku bahagia sangat dapat jumpa kau" Luah Minho.
Air mata Hea menitis walaupun sedang tersenyum, dia mengelap air matanya.
"Ni bukan mimpi, Minho. Aku dah dihidupkan semula, Chris dah dihukum mati. Maafkan aku sebab ambil masa yg lama, aku minta maaf sangat-sangat sebab terlambat. Aku pun rindukan kau, Lee Minho"
Tanpa membuang masa lagi, Minho terus memeluk wanita yg dicintainya itu dengan erat sekali. Akhirnya mereka berdua menangis teresak esak di dalam pelukan yg hangat itu.
"I miss you"
"I miss you too"
Tak sangka kan, takdir tidak sekejam itu. Mereka berdua telah ditakdirkan untuk bersama jadi sudah semestinya pengakhiran hidup mereka berdua akan berakhir dengan bahagia.
Dua orang itu masih lagi menangis sambil berpelukan. Terlalu gembira sehingga tiada perkataan yg boleh menggambarkan perasaan itu.
Minho dan Hea menjalani hidup yg bahagia sehingga tua dan di kehidupan yg seterusnya.
+
Tamat.
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Beautiful Destiny❞ + Lee Know
Fanfiction15+ Agak agaknya, apa yg akan terjadi apabila seekor hantu yg terdesak ingin hidup semula terserempak dengan seorang manusia yg sedang cuba membunuh diri? ❝Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik❞ 【 Insp...