ㅤ
ㅤ
ㅤ
+Aku membawa langkah kaki keluar dari balai polis bersama dua ekor hantu yg tak diundang. Tak ada kerja betul asyik ikut aku.
"Yoon Hea~" Sieun memanggil nama aku dengan nada berleret cuba untuk membodek.
"Kau nak apa babi?"
Mereka ketawa terbahak-bahak, terhibur aku panggil babi agaknya. "Aku ni hantu tapi kena panggil babi" Seeun kelihatan berpura pura menangis.
"Kalau korang nak aku tolong sangat, sekarang ni bagi aku duit dulu" Aku menadahkan tangan meminta duit.
Seeun dan Sieun berpandangan sesama sendiri buat beberapa saat. Kemudian Sieun bersuara. "Kau buat lawak ke? Hantu zaman mana pula boleh ada duit ni?"
Aku menjelingnya. "Orang kan tak boleh nampak korang, tak ke senang korang nak mencuri tu?"
"Ya tak ya juga, kau tunggu dekat sini kejap"
Dua hantu perempuan kembar itu menghilang dalam sekelip mata. Baru keluar penjara terus buat masalah, Yoon Hea lah tu.
Tak lama selepas itu mereka berdua memunculkan diri dihadapan aku dengan membawa wang tunai di tangan. Bersinar sinar mata aku nampak duit.
"Bagi lah cepat" Aku merampas duit ditangan mereka, boleh lah minum soju lepas ni.
"Okey selamat tinggal" Aku mula berlari meninggalkan dua ekor hantu itu.
"Habistu bila kau nak tolong kami?!"
"Sabar lah nanti kalau aku jumpa grim reaper aku pujuk lah!"
Bodoh juga hantu ni dah tahu aku tak boleh nampak malaikat maut masih letakkan harapan tinggi dekat aku.
Hea's pov end ━━
+
Botol soju yg terakhir dihentakkan ke atas meja dengan kuat, mulutnya bergerak membisikkan sesuatu yg tidak jelas. Pipi wanita itu kelihatan semakin memerah kerana mabuk berat.
Dia bangun lalu mengangkat tangannya tinggi. "Ahjumma! Ni bayarannya okey?" Duit tadi diletakkan ke atas meja selepas itu dia pergi dengan berjalan terhuyung-hayang.
Sepanjang berjalan dia terus menyanyi, kadang-kala mengganggu orang yg lalu, merapu, bercakap seorang diri, macam orang gila pun ada. Dia sendiri tak tahu hendak ke mana. Hidupnya tiada arah tuju, tiada makna langsung.
Hea menghentikan langkahnya di jambatan, beberapa buah kereta yg lalu lalang langsung tidak dihiraukan. Dia mula menangis tanpa sebab. Seperti menghidap bipolar, emosinya turun naik setiap masa.
"Kenapa aku mesti wujud kalau hidup aku macam ni? Tak ada peneman, bagus mampus je lah! AHH!!" Dia teriak sekuat kuatnya, berharap dengan cara itu dia akan berasa lebih baik.
Tapi malangnya gagal, jiwanya terasa kosong, kesunyian, mindanya pula terasa lemas. "Aku terseksa hidup macam ni, aku sakit, sakit sangat" Dia menumbuk dadanya berkali kali. Namun rasa sakit di dada yg tidak dapat dijelaskan itu masih ada.
Rasa kosong tapi sakit.
"Aku memang hidup untuk terseksa je ke? Aku tak tahan!!"
Dia mula memanjat pagar keselamatan jambatan tersebut, dia berdiri disitu sebentar. Rambutnya beralun mengikuti rentak angin malam yg dingin, sesungguhnya rasa kekosongan dan kesepian itu hanya dia seorang saja yg faham.
Terseksa dan berputus asa.
Pandangan Hea bergerak perlahan memandang laut dalam yg terdapat di bawah jambatan itu. "Kalau aku lompat mesti aku lemas kan? Mati secara perlahan la-" Dia terdiam sebentar.
Tiba-tiba rasa takut untuk membunuh diri. Matanya menjadi segar dalam sekelip mata. Mabuk? Sudah hilang. Bayangkan kau lompat lepastu kau tak dapat bernafas dalam waktu yg lama, kau mati secara perlahan lahan.
"Ah aku tak berani. Tapi aku nak mati" Hea mengundurkan diri sedikit dan mula mencubit tangannya.
"Ah! ..sakit"
Dia mengetap bibir dan mula menangis teresak esak. Kalau cubit pun dah rasa sakit apa lagi kalau bunuh diri?
"Hidup pun sakit, mati pun sakit. Kenapa hidup aku macam ni?!"
"Aku benci semuanya, aku taknak hidup macam ni lagi"
"Aku nak mati!! Sesiapa tolong lah!!"
"Aku takut bunuh diri tapi aku nak mati.." Dia memukul kepalanya berkali kali.
"Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik" Sambung satu suara membuatkan gerak gerinya berhenti. Hea memutarkan tubuh menghadap orang itu.
Hea memerhatikan jejaka yg tidak dikenalinya itu. Rambut berwarna hitam gelap, mempunyai hidung dan mata yg sempurna. Iris dan anak matanya pula berwarna coklat gelap. Bibirnya kelihatan merah seperti buah delima. Dia akui ketampanan lelaki itu.
Nyaris saja Hea salah faham yg lelaki ini ialah seorang manusia dan bukan lah seekor hantu. Penampilan luarannya seolah-olah tidak pernah mati sama sekali.
"Eh kau tu dah mati, mati je lah alamak. Blah lah!" Dia menyeka air matanya lalu mengorak langkah meninggalkan hantu yg sedang terkejut itu. Rasa ingin membunuh diri terus hilang.
"Dia boleh nampak aku?"
Hantu itu terus mengekorinya. Hea mula merasa terganggu dan tidak selesa,
Dia berhenti berjalan membuatkan hantu tadi turut berhenti. Hea memutarkan tubuhnya. "Kau nak apa! Shuh shuh! Semak lah!"
"Kau boleh nampak aku? Wah biar betul? Nama aku Lee Minho, kau pula?" Dia memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis. Berbeza pula dengan Hea, dia memandang jejaka itu malas.
"Aku tak nak tahu pun, aku tahu korang cuma nak pergunakan aku. Bye"
"Eh tunggu tunggu, aku takkan pergunakan kau tapi aku nak minta tolong boleh?"
Hea mengeluh, baginya meminta bantuan itu sama saja dengan niat ingin mempergunakannya. "Bagi aku sama je, thank you dah buat aku berhenti bunuh diri tadi"
+
Tbc
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Beautiful Destiny❞ + Lee Know
Fanfiction15+ Agak agaknya, apa yg akan terjadi apabila seekor hantu yg terdesak ingin hidup semula terserempak dengan seorang manusia yg sedang cuba membunuh diri? ❝Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik❞ 【 Insp...