ㅤ
ㅤ
ㅤ
+Winter membongkok berterima kasih kepada juruwang setelah selesai membuat pembayaran. Dia membawa plastik yg berisi sayur sayuran itu keluar. Langkahnya dihentikan di tepi jalan sementara menunggu lampu isyarat bertukar warna.
Tanpa dia sedari Christopher sedang memerhati dari jauh. Malaikat maut itu sedang merancang sesuatu.
Winter melangkah cuba melintas tapi entah kebetulan ataupun dirancang plastiknya terbocor secara tiba-tiba. Beberapa biji tomato jatuh bergolek di atas jalan tar. Sebelum masa pejalan kaki tamat dia cepat-cepat mengutipnya.
Christopher tersenyum sinis sebelum menggerakkan sebuah kereta untuk melanggar Winter. Plastik yg dipegang Winter tadi terlepas daripada tangan kerana terlalu terkejut melihat sebuah kereta meluncur ke arahnya.
"Aku ingatkan nasib aku takkan berakhir macam Karina" Monolog Winter, dalam kepalanya sekarang ni tiada lain tiada bukan. Sepatutnya dia tidak pernah membuli Hea kalau tidak semua ni takkan terjadi. Fikirnya.
Winter memejamkan kedua-dua mata sedia menerima hukumannya. Sudah lama dia memejamkan mata tapi tiada apa-apa yg berlaku kepada dirinya. Mata dibuka perlahan, sumpah dia terkejut apabila semua yg dia nampak hanya lah langit yg membiru. Dia bingkas bangun kemudian melihat sekelilingnya dengan bingung. "Aku dekat mana ni?"
Sebenarnya, mereka berdua diperhatikan oleh Felix sejak awal tadi dan dia juga lah yg menyelamatkan Winter dari dilanggar kereta tadi. Dia menghentikan waktu lalu mengasingkan dunia mereka. Sekarang cuma ada Felix dan Christopher berdua sahaja di jalan raya tersebut.
"Kenapa kau rosakkan rancangan aku?!" Tengking Christopher. Suaranya sangat kuat membuatkan Felix sedikit mengerutkan dahinya.
Dia menghampiri Christopher kemudian menolaknya kuat dengan jari telunjuknya. "Kau tu yg bodoh sangat. Berhenti buat rancangan sendiri! Kalau tuan K dapat tahu kau akan terus dijatuhkan hukuman mati. Kau tahu kan?"
Christopher menumbuk pipinya kuat, Felix sedikit terundur. "Aku tak kisah! Yg penting aku nak hancurkan hidup diorang dulu sebelum aku mati"
Felix membalas tumbukan di pipi kanannya, sekarang gilirannya pula untuk menjawab. "Ini kali terakhir aku ingatkan kau, kalau kau tak jujur dekat Tuan K juga aku takkan teragak-agak untuk laporkan semua ni"
Felix mengembalikan mereka berdua ke dunia realiti semula. Kemudian dia terus meninggalkan Christopher tanpa memandangnya walaupun sekilas.
+
Sudah 8 jam lebih Minho kekal berdiri di sisi katil Hea langsung tak ke mana mana. Sejak semalam dia menunggu Hea sedar. Selagi Hea tidak bangun selagi itu lah dia akan terus berdiri disitu.
Perempuan itu menggeliat sedikit sebelum membuka matanya perlahan. Minho segera menghampirinya. "Hea, kau dah sedar. Aku minta maaf aku tak mampu buat apa-apa bila penyakit tu menyerang"
Hea menggelengkan kepalanya sambil tersenyum tipis. Dia kelihatan baik-baik sahaja. Minho menghela nafas lega. "Kau nak makan ke?"
Hea menggelengkan kepalanya sekali lagi. Kali ini Minho rasa tak sedap hati melihatkan tingkah lakunya yg seolah-olah berpura-pura baik-baik saja. "Kau nak cakap sesuatu ke?" Dia bertanya.
"Bunuh aku" Hea membalas, senyuman masih melekat di bibirnya.
Minho terdiam mendengar jawapan di luar jangkaannya itu. Dia melihat gadis itu tak percaya.
"Minho, aku tak sanggup terus macam ni. Penyakit ni seksa aku, bunuh aku secara perlahan-lahan. Aku sanggup kalau kau bunuh aku" Air mata yg ditahannya sejak tadi akhirnya tumpah juga. Hea sebenarnya takut dan tak tahan.
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Beautiful Destiny❞ + Lee Know
Fanfiction15+ Agak agaknya, apa yg akan terjadi apabila seekor hantu yg terdesak ingin hidup semula terserempak dengan seorang manusia yg sedang cuba membunuh diri? ❝Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik❞ 【 Insp...