Author POV
Hana membuang pandangan ke luar tingkap, cuba untuk menenangkan hatinya yang terguris. Untuk pertama kalinya, dia berasa cemburu terhadap perhatian Misya kepada Ika. Sebegitu cepatnya Misya melangkah keluar daripada bilik setelah mendapat panggilan daripada Ika.
'Adakah dia juga bertindak begitu apabila mendapat panggilan daripadaku suatu ketika dahulu?' desis hatinya disusuli dengan keluhan kecil.
Knock Knock
Pintu bilikku diketuk beberapa kali sebelum dibuka oleh seseorang.
"Hana!!" panggil rakan baharunya, Mina.
"ya?"
"Jom start discusss projek. Siap lagi awal lagi bagus. Boleh keluar jenjalan dengan tenang nanti" usul Mina. Hana membalas dengan anggukan lemah.
"buat kat sini je la atau hana nak buat kat bilik saya?" soalnya.
"Sini je la lagipun roommate saya takde kat bilik ni. Tak mengganggu sesiapa juga" jawab Hana.
"Oh, okey. Btw your roommate ke mana?" soalnya lagi. Hana hanya mengangkat bahunya memberi petanda bahawa dia tidak tahu walhal dia memang sedia maklum tentang keberadaan Misya.
"Your roommate is kinda cute and handsome at the same time" ujar Mina secara tiba-tiba sambil menyentuh gambar Misya yang tertampal di papan kenyataan bilik. Hana sedikit tersentak dengan pernyataan jujur rakannya itu. 'takkanlah...' hatinya terdetik.
"Why did u say that, mina?" tanya hana berhati-hati. Hana yang sudah mengetahui tentang seksualiti mina yang merupakan seorang biseksual itu berasa sedikit tercabar. Baginya, cukuplah Ika sahaja yang menjadi tentangannya.
"Just saying. Apa nama dia?"
"Misya" jawab hana perlahan. "Anyway, lets start before its getting too late" sambung hana. Dia cuba untuk mengalihkan perhatian Mina daripada terus menatap gambar Misya dan dia berjaya.
Mina merupakan rakan sekelas Hana bagi kelas English. Mereka tidak pernah berkenalan sebelum ini kerana kos mereka yang berlainan. Malah Mina juga tidak menetap di asrama sebelum ini, membuatkan mereka lagi sukar untuk berjumpa.
Perbincangan mereka mengambil masa selama dua jam sebelum diakhiri dengan ketetapan hari dan masa untuk perjumpaan mereka yang seterusnya.
"Hana, can i get misya's number?" - Mina
Belum sempat hana menjawab, pintu biliknya dibuka dari luar.
**********************************
Misya POV
Aku menatap wajah Ika yang sedang ralit menonton drama korea di dalam komputer ribanya. Fokusnya dia hinggakan aku pun diabaikannya.
"weyyo?" soalnya dalam bahasa korea. "Ada pape ke kat muka saya sampai awak pandang saya macam tu sekali?" tambahnya lagi.
"haah, ada something" usikku.
"Apa?"
"Beauty" responku pendek namun cukup untuk membuatkan wajah Ika menjadi merah.
"Cheesy sangat. Belajar mana tah" perli ika sambil menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya.
"Atleast buat hati awak bergetar la kan?"
"Tak langsung" balasnya seraya menolakku jauh darinya. Aku ketawa melihat reaksi wajah ika yang tampak begitu malu.
"Dah la, saya nak sambung tengok drama ni ha. Jangan kacau, pi main jauh-jauh. shoo" dia menghalauku. Aku terus berpura-pura sedih dan merajuk. "okey la, saya balik bilik dulu la kalau macam tu. Atleast dekat bilik ada la juga yang sudi berbual dengan saya".
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...