Hari kuliah seperti biasa. Tamat sahaja kuliah, aku terus berjalan ke asrama. Ketika aku masuk ke bilik. Hana sudah berada di dalamnya. Dia memandangku sekilas. Selepas kejadian hari tu, aku terus mengabaikan Hana. Aku sentiasa keluar daripada bilik dan kembali ke bilik semula apabila larut malam.
"Misya." panggil Hana. Aku mengabaikan panggilan tu. Setelah meletakkan beg dan menyalin baju, aku terus menapak keluar dari bilik. Bilik yang ku tuju ialah bilik teman rapatku iaitu Kristy. Hahaha. Nama asalnya ialah Qistina tapi aku memanggilnya kristy. Nama ala² barat sikit.
"Kristy oooo kristyyyy. Kau ade kt dalam tak?" aku memanggilnya sambil mengetuk pintunya bertalu-talu.
"woiiiiii, roboh pintuuuuuuu tu nantiiii" terdengar jeritan daripada dalam bilik tersebut.
Aku segera memulas tombol pintu dan menghulurkan kepala ke dalam biliknya. "asal kau ngintai² haa. Masuk je laaaa" katanya. Aku terus memasuki biliknya dan duduk di atas lantai biliknya.
"aku bosan lerr wei. Kau nak tido ke ni? Berseksian daa aku tengok" - aku
"penat laa baru balik kuliah, kau taknak tido ke? Asal datang sini?" tanya Kristy.
"Nak tido sini boleh tak? Aku baring atas lantai je. Cuma nk minta bantal kau satu" balasku.
"aikk, pelikk. Ni mesti kess gaduh ngn .."
Aku terus menyampuk "haa takde², aku nk tido je sini. Dah laaa, kalau ceni gak, aku balik bilik je laaaa"
"alololo, takyah nak merajuk ah. Aku taknak pujuk gak. Nah amik bantal ni" Kristy membaling bantal kepadaku. Aku terus menyambutnya dengan senyuman. "Maksyehhhh, kauulahhhhhh temannnn sejatiiii~~"
"shuhhhh, tidoooo je laaaa"
Aku tergelak. Segera aku membaringkan diri di atas lantai bilik Kristy dan cuba untuk melelapkan mata.
"weh, Hana suh balik bilik" kata Kristy.
Aku memandangnya sejenak. "cane dia tahu aku ade ngan kau? Dia pm kau ea?" tanyaku.
"tak lah. Dia mention kau dalam group whatsaps. Tengok laaa sendiri"
Aku segera membuka aplikasi whatsaps di telefonku. Group batch aku buka, nama Hana terpapar dalam chat tersebut. -Sesiapa yg nampak Misya, suruh dia balik bilik skrg- Hana.
Aku mengeluh. Teruk juga aku ni. Merajuk sampai ke sudah padahal benda kecil je. Aku meminta diri dengan Kristy untuk kembali ke bilik. Lets just settle it.
Sesampainya aku di bilik, Hana tiada di dalamnya. Aku terus berdiri dekat tingkap sambil melihat view sekeliling kolej. Almaklumlah bilik aku ni aras 7, so nampak lah pemandangan tu. Ketika tengah syok tengok pemandangan, aku mendengar pintu bilikku dibuka tetapi aku tak memalingkan muka untuk melihat siapakah gerangannya.
Tiba² aku merasakan ada seseorang memeluk aku dan meletakkan dagunya di atas bahu kanan aku. "Sori" katanya. Aku hanya mendiamkan diri. "Hana minta maaf sangat², jangan la merajuk lagi, sunyi bilik ni bila Misya selalu keluar" sambungnya lagi.
Aku memegang tangannya yang berada di perutku dan mula tersenyum. "org minta maaf gak" Hana meleraikan pelukan dan mencubit pipi pauku. "takyah nak merajuk lagi keyh". Aku hanya mengangguk.
Hana mula menaiki katilnya dan merebahkan badan. "Meh la baring sini, tidur dengan saya" Hana menunjukkan ruang kosong di sebelahnya. Aku teragak-agak. Hana terus menarik lenganku, jadi aku mengikut sahaja. Aku baring menghadap syiling. Nampak sangat menarik syiling tu. Kedudukan Hana yg mengiringkan badannya ke arah aku membuatkan aku menjadi lemas. Apabila dia sudah tidur, aku segera mengiring ke arah dia dan memerhatikan dia tidur.
Aku yakin yg aku memang betul² sayangkan Hana dan aku sangat berharap yg kami akan terus kekal sebegini. Walaupun Hana menyayangiku hanyalah sebatas teman, aku tetap menyukainya kerana layanan yg diberikan itu amatlah istimewa.
**********************************
Misya POVCuti semester telah bermula. Aku dan Hana masing² pulang ke kampung halaman. Sepanjang cuti itu, Hana selalu sahaja menghantar whatsaps kepadaku. Dia juga selalu menghantar video gif dirinya.
Misyaaa, buat ape tu? -Hana
Ya, tak buat ape pun.
Tengok tv je - aku-video- Hana
Aku membuka video tersebut dan melihat Hana yang melakukan gaya yang mampu membuatkan aku tersenyum hingga ke petang. Dalam video berdurasi 10 saat itu, Hana telah mengenyitkan matanya dan membuat flying kiss kepadaku.
Cantik - aku
Eh, saya mmg always cantik
Takpe la, nak keluar ni. Baii love u
- HanaOkey, baiii. Love u too -aku
Senyumanku makin melebar apabila melihat perkataan 'love u' tu.
'Iloveu so much more Hana, more than just friend and roommate' gumam hati aku. Tak sabar nak tunggu cuti habis, aku nak jumpa Hana lagi. Dah rindu sangat dah ni. Haih, angau teruks.
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...