Bab 31

2.2K 79 7
                                    

Misya POV

Aku menyusun barang-barangku dengan teratur di dalam almari. Setelah kembali ke kolej ini, aku telah membawa banyak pakaian dari rumah sehinggakan almari aku ini hampir penuh dan padat. Tapi, ianya padat dengan hoodies dan jeans sahaja kerana itulah pakaian kegemaranku, yang sering aku pakai.

Sedang aku ralit mengemas, kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Terpacul susuk tubuh hana di muka pintu bersama beg sandangnya.  Aku memandangnya sekilas, kemudian aku terus menyambung kerjaku tanpa menghiraukan hana yang berjalan menuju ke katilnya. Dari ekor mata, aku dapat melihat yang hana melabuhkan punggungnya di atas katil sambil menatapku dengan pandangan yang tidak dapat ku tafsirkan.

"Are you back for good?" soal hana.

"Ya" jawabku ringkas.

"Hmm. Dah makan?" Hana bertanya lagi.

"Belum, kejap lagi prgi makan dgn ika" aku menjawab dengan jujur. Tanganku semakin ligat mengemas, aku ingin segera keluar dari bilik ini. Suasana terasa awkward dan sepi.

"Misya..." panggil hana.

"Hmm" sahutku tetapi masih belum memandang hana.

"Kamu betul² dh move on daripada saya?" - Hana

Pertanyaan hana membuat aku terdiam. Tanganku juga berhenti berkerja. Lidah terasa kelu untuk berbicara. Namun aku gagahkan jua untuk menjawab pertanyaannya.

"Yes, ofcoz" suaraku seperti tersekat di kerongkong. Obviously aku dh move on kan. Aku suka ika sekarang, bukan hana. Hana is my past and ika is my present and future. Only her.

Aku menyelesaikan kerjaku lalu aku segera berdiri dan menutup pintu almari sebelum mengatur langkah untuk keluar dari bilik. Aku tidak betah lagi berada di dalam satu bilik yang sama dengan hana.

Belum sempat aku meraih tombol pintu, terasa lingkaran tangan di perutku. Hana memelukku!! Aku cuba untuk meleraikan pelukannya tetapi hana malah memperketatkannya lagi.

"Hana, what are you doing?" soalku gusar. Aku takut sekiranya Ika membuka pintu dan melihat kedudukan kami sekarang ini, pastinya dia akan salah faham dan kecewa denganku.

"Shuhh, listen for a while" hana berkata seraya meletakkan dagunya di atas bahuku. Hembusan nafasnya yang hangat itu mengenai leherku membuatkan jantungku berdegup kencang. Aku terkaku dan tanpa aku sedari, aku tidak lagi menghalang perbuatan hana terhadapku.

"Misya, saya nak minta maaf pasal sebelum ni. Saya dah banyak sakitkan hati awk. Saya always buat awak sakit hati dan terasa.  Saya minta maaf sangat tau. Saya rasa bersalah sangat" kedengaran suara hana yang ikhlas memohon kemaafan daripadaku.

Aku diam tidak berkutik.

"Can you give me a second chance? Saya nak tebus balik semua kesalahan saya." sambungnya lagi. Aku tidak memberikan reaksi apapun sama ada aku terima ataupun menolak permintaannya itu. "Diam tandanya setuju" bisik Hana di telingaku. Seusai berkata, dia terus menyembangkan mukanya ke leherku. Dapat kurasakan bibirnya menempel di batang leherku diikuti dengan ciuman yang lembut.

Aku terbuai dengan sentuhan Hana. Namun ketukan di pintu bilik segera menyedarkanku. Aku terus meleraikan pelukan Hana dan menjarakkan diriku secepat yang mungkin. Langkahku atur ke pintu dan membukanya. Terpacul muka Ika di hadapan pintu bilikku. Jantungku terasa terhenti apabila melihat Ika. Mujurlah dia tidak terus menerjah bilikku tadi.

"Dah siap kemas?" soal Ika. Aku mengangguk perlahan. Otak aku masih lagi memikirkan tentang hal yang berlaku sebentar tadi. Ika mengintai ke dalam bilikku dan matanya bertentangan dengan mata Hana yang masih lagi tidak berganjak dari posisinya tadi.

"Hai Hana" sapa Ika.

"Hai Ika. Dari mana, nak ke mana?" Soal Hana berbasa basi. 

"Dari bilik tadi. Ni nak ajak sayang saya pergi makan jap" jawab Ika tanpa berselindung. Raut wajah Hana mulai berubah apabila mendengar perkataan 'sayang saya' itu. 

Aku yang tidak mahu keadaan menjadi keruh terus menarik tangan Ika keluar daripada bilikku.

"Jom. Nak makan mana?" aku bertanya kepadanya. 

Ika hanya mendiamkan diri. Aku menggarukan kepala. Tak mungkin dia nampak apa yang berlaku tadi. 

"Pindah bilik saya" arahnya tegas.

"Haaa? Boleh ke? Ika ada roommate juga kan?" bertalu-talu soalan keluar daripada mulutku. Ika memandangku hairan. "Kenapa? Taknak berpisah dengan crush awak tu? hah?" Ika mulai berubah menjadi singa... yang comel.

Aku mulai cuak. "Bukan laa. Maksud saya, boleh ke tukar bilik tu? Kan penyelia asrama ni banyak songehnya. Kan tak pasal-pasal kita kena marah nanti" jelasku. Aku sendiri tidak tahu mengapa berat sekali untuk aku keluar daripada bilik itu. 

"Hmm. Fine. Nanti kita fikir cara lain. Kalau kita satu aras kan senang. Ni awak aras tiga, saya pula aras enam tuh. Jauhh!" dengusnya perlahan. Aku cuba memujuk Ika dengan melemparkan senyuman yang paling manis. Cuba untuk mencairkan hatinya.

"Ingat comel la tuh?" Ika memerliku dengan muka cemberutnya. Aku ketawa kecil melihatnya. Haih. Ika... kenapa kau comel sangat. Aku mencubit pipinya dengan lembut.

"Dah jom. Kita pergi makan. okey?" aku mengajaknya sekali lagi. 

"Okey..." sahut ika perlahan. Mukanya berkerut menandakan dia tengah berfikir. Entah apalah yang difikirkannya. Aku meraba poketku dan tersedar bahawa aku terlupa membawa phone dan walletku.

"Ehh japp. Saya lupaa ambil phone dengan wallet" aku menepuk dahiku perlahan. 

Tingg~ 

Pintu lif terbuka. "Awak turun dulu, saya pergi ambil jap. okey?" kataku.

"Taknak. Kita turun sesama. Saya tunggu sini" balasnya.

Aku mengangguk dan terus bergegas ke bilikku. Masa-masa macam nilah nak tertinggal barangnya. 

Aishhh~~~

Aku berhenti seketika di hadapan pintu bilik sebelum tanganku perlahan-lahan membuka pintu tersebut. Aku terus menapak masuk ke dalam bilik dan mencari phone dan walletku yang entah aku simpan di mana. Aku sendiri juga terlupa. 

"Cari apa?" Hana menegurku. 

"Phone ngn wallet" jawabku ringkas.

"Sini" Hana menunjukkan kedudukan phone dan walletku yang terletak elok di sisinya. Macam mana boleh berada di situ? Aku rasa aku belum naik ke katil lagi semenjak sampai tadi. Aku menghulurkan tanganku, cuba untuk meraih baranganku itu. Apabila kedua-dua barang itu berada dalam genggamanku, aku segera berpaling untuk keluar daripada bilik.

"See you later" - Hana

Aku tidak mengendahkan kata-kata Hana itu dan terus keluar tanpa berpaling ke belakang sedikitpun.


TBC

#HAI

Sori buat reader yang tertunggu-tunggu sambungan cerita 'Hurt' ni ya. So, nilah sambungannya. Maaf sebab menghilang buat seketika. Busy bebenauuu nih. Hehehe.

Thanks for the support ya gaiss. Me leb yugaiss.

Jangan lupa vote dan komen ya. Nak DM berkenalan pun boleh :)

Hurt Where stories live. Discover now