Author POV
~~A few days later~~*Phone ringing
'Sayang💖', Nama yg tertera di telefon bimbit Misya. Dia segera keluar daripada bilik, menuju ke lobi arasnya.
"Hello" - Misya
Suara esakan kedengaran. Misya berasa serba salah.
"awk okey?" - Misya
"Kau tanya aku okey ke tak? Kau yg buat aku macam ni. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Apa salah aku sampai kau minta break? Sampai hati kau. Hati aku sakit sangat, kau *****. Aku benci kau Misya" - Ira
"Org minta maaf, sangat. Org just nk awk happy. Awk selalu sedih sbb org tak reply ws awk. Tak call awk. Org taknak benda tu berulang lagi. Awk pun tahu, org sibuk dekat sini" - Misya
"Kan org dah cakap, org pilih awk. I choose u to be my happiness. Tolong la faham." - Ira
Tanpa berfikir panjang, Misya terus bertanya "Jadi awk nk getback?"
"Nak, nak sgt. Please" - Ira
"Ok. Org fhm. Org pun nak getback ngn awk, cuma kesibukan org menghalang niat org tu. Org minta maaf sgt sbb prnh minta break. Org tak patut minta putus ngn awk. Org syg awk, sgt. Sori tau" - Misya
"Okey, thank u sgt sayang. I lovee u soo much" - Ira
Misya POV
Aku berharap yg keputusan aku buat ini betul. Semoga aku akan terus bahagia dengan dia. Jujur, aku dah sayangkan Ira, sangat²."Kamu oncall ngn sape?" tanya hana apabila aku baru sahaja masuk ke bilik.
"takde sape, kawan" kataku. Sejujurnya aku taknak hana tahu yang aku ni bengkok. Sebab tak semua orang boleh terima yang roommatenya songsang.
Aku duduk di kerusi belajar sambil bermain phone. Berbalas whatsaps dengan kesayangan iaitu Ira. Tiba² Hana datang dari arah belakang dan memeluk aku. Mukanya diletakkan di leher aku. Terasa seperti dia mencium leherku. Aku terkedu dan kaku.
Jantung aku berdegup kencang. Aku tidak tahu mahu menolak atau membiarkan sahaja. Beberapa minit kemudian, hana berdiri dan tangannya mula bermain dengan rambut aku.
"Kamu buat apa tu? Study ke?" - Hana
Aku hanya mendiamkan diri, masih terkejut dengan keadaan tu.
"hei, kamu okey tak? Kenapa senyap je ni." Hana bertanya lagi.
"em, tak, tak buat pape pun, main phone je ni" kataku teragak-agak.
Hana hanya gelak dan berlalu ke katilnya. Hati aku merasakan sesuatu. 'Kenapa hana mcm ni. Haihh' aku berkata di dalam hatiku. Aku taknak berubah hati. Baru sahaja berbaik dengan Ira.
********************************
Setelah beberapa minggu berlalu. Aku mula menjadi sibuk dan tidak mempedulikan Ira lagi. Untuk kesekian kalinya, aku telah mengabaikan Ira. Dia juga seolah-olah tidak seperti dulu. Tidak mendesak aku seperti dulu.
"Misya, kunci kereta mana?" jerit kawanku. Ketika itu, kami berada dalam perjalanan balik ke asrama setelah bersiar-siar sepanjang hari. Kami telah singgah di masjid untuk menunaikan solat maghrib kerana masa semakin suntuk.
"Ada dengan aku, tunggu la woi. Gelap ni" jeritku semula.
"Ok, so sekarang ni kita balik la kan? Ke ada nak singgah mana² lagi?" kawanku, zack bertanya.
"nak cinggah mcd boyeh?" kawanku bernama Sya membuat suara comelnya. Aku hanya tergelak.
"untuk Sya smua boleh" jawabku.
"yeayyy, maksyehh misya sayey" kata Sya seraya memeluk lenganku.
"Eh, kau whatsaps dengan sape? Pakwe ea" Sya mengusikku
Aku segera menutup telefonku. "takde sape, kawan aku je ni ha. Kitorg berbalas chat je. Dah la, jom gerak. Seram tempat ni. Gelapp😐"
"Yela, baca doa dulu"
Nasib kawanku tidak sibuk untuk bertanya lebih lanjut. Kalau tidak, jenuh untuk aku menjawabnya.
Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Beberapa hari kemudian. Aku telah melihat sesuatu yang sangat melukakan hati aku. Aku tidak menyangka bahawa Ira sebenarnya telah menemui seseorang di tempatnya belajar. Seseorang yang telah menggantikan tempat aku untuk membahagiakan Ira. Daripada status whatsaps kawannya, aku dapat melihat Ira berpegangan tangan dengan perempuan tersebut. Aku memarahi Ira kerana curang tetapi tanpa aku sedari, aku sendiri yang telah membuatkan Ira mencari yang lain.
Disebabkan hal ini, aku dan Ira bergaduh sangat teruk. Aku telah mengeluarkan ayat dan kata² yang sangat tajam dan sinis. Kawan² Ira juga turut serta dalam perbalahan ini. Setiap seorang meluahkan apa yang terbuku di dalam hati melalui voicenote di whatsaps. Aku hanya mendengar dan memberikan respon yang menyakitkan hati. Akhirnya, api yang hampir terpadam mula menyala semula disebabkan oleh aku.
AKU PUTUS UNTUK KALI KEDUA DENGAN IRA.
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...