Misya POV
Aku memusingkan badanku. Mataku melihat ke arah kipas angin yang berputar laju di ruang syiling bilik. Sesekali telingaku menangkap dengkuran halus yang keluar daripada bibir hana. Perbuatanku ini membuatkan hana bergerak-gerak kecil, mungkin ingin mencari kedudukan yang lebih selesa.
Hana mendekatkan dirinya denganku hinggakan aku dapat merasakan deruan nafas hana di leher jinjangku. Kedudukan bibir hana yang terlalu hampir dengan leherku membuatkan hatiku berdegup kencang. Dari awal perkenalan sampailah sekarang, hana always berjaya buat aku jadi tak keruan. Bibirku menguntum senyuman tanpa aku sedari. Sungguh aku berasa sangat bahagia walaupun aku tahu ini hanyalah sementara. Aku menutup kelopak mata sambil tanganku memeluk hana seeratnya.
Few hours later~~
Aku terjaga apabila hana menolak tanganku perlahan. Dia kemudiannya menghadiahkan sebuah ciuman di bibirku sekilas sebelum mengatur langkah turun dari katil. Mukaku menjadi panas dengan tindakan drastik hana itu. Aku mencipingkan mataku untuk melihat pergerakan hana. Walaupun bilik berada dalam keadaan gelap, aku tetap dapat melihat hana kerana cahaya lampu koridor yang masuk dari lubang bawah pintu.
Gerak geri hana aku perhatikan dengan khusyuk. Dapat aku lihat tangannya meraba-raba dalam kegelapan itu, entah apa yang dicarinya pun aku tak tahu. Setelah beberapa minit, aku mendengar hana melepaskan keluhan. Dia pastinya tidak menemukan barangan yang dicarinya itu tetapi dia tidak pula membuka lampu, mungkin kerana tidak mahu lenaku terganggu.
"Buka ja la lampu" tegurku.
Hana sedikit tersentak apabila mendengar suaraku. "Kamu dah bangun ke?" soalnya polos.
"ya" kataku seraya bangkit dari baring. "Dari tadi lagi orang nampak hana duk cari-cari barang tapi sampai ke sudah tak jumpa" selorohku.
"Ohh..."
Aku berjalan ke arah suis lampu dan menekannya. Aku memejamkan mata beberapa saat dek silaunya cahaya lampu bilik ini.
"Thanks" ucap hana sambil membelakangkanku. Tangannya ligat mencari barang di dalam almarinya.
Aku membatu di belakang hana. "Hana" panggilku. Gambaran hana menciumku sebentar tadi bermain-main di fikiran. Aku mengusap leherku sambil kepala tertunduk malu. Darah merah laju menerpa mukaku. Aku menepis gambaran tersebut dan memori tentang hana menangis pula memenuhi mindaku.
"Are you okey now? Feel better?" aku bertanya dengan nada yang risau.
Hana membalas pandanganku. Riak wajahnya merah seperti sakit? atau malu? Aku yang risau akan dirinya terus meletakkan tapak tanganku di dahinya, ingin mengukur suhu badannya tapi tidak pula panas. Hana memejamkan mata dan menggenggam tanganku dengan lembut.
"Im okey" balasnya. "Thanks to you, I feel a lot better" hana menarik tanganku dan menciumnya dengan lama. Aku terpaku dengan tindakan hana. Jantungku semakin laju mengepam adrenalin ke segenap tubuhku.
Setelah beberapa minit, hana melepaskan tanganku. Matanya memandang tepat ke dalam mataku. Untuk seketika, aku terpesona dengan mata hana yang bersinar bagaikan kristal. Aku juga dapat melihat banyak luka yang tertanam di sebalik sinaran itu.
"Hana, let me heal you" laju kata-kata itu meluncur keluar dari bibirku.
"huh?" respon hana. Dahinya berkerut.
"Eh, em nothing la. Nak pergi mandi lu, bye" aku mencapai tualaku yang tergantung di belakang pintu dan terus melangkah keluar dari bilik. Aku menampar mulutku perlahan, tidak sangka apa yang berada di fikiranku boleh keluar dari bibir ini macam tu ja. Dalam masa yang sama, aku tersenyum sendiri apabila teringatkan tentang hana especially the kiss.
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...