Bab 3

3.7K 126 2
                                    

Misya POV

'Kita break' - aku

'Tapi kenapa? Tiba² je minta break'
- Sayang💖

'saya taknak buat awak sedih lg, dengan kesibukan saya skrg ni. saya selalu takde masa untuk awak. Awak selalu nangis sbb saya, saya nak awak happy.'
- aku

'and i choose u to be my happiness'
- Sayang💖

Ayat tu buat aku terkedu. Jujur, ni adalah keputusan yang paling teruk aku pernah buat. Minta putus dengan orang yang paling aku sayang. Aku sangat sayangkan dia tapi aku tidak mampu mengungkapkan perasaan tu. Aku cuma ingin yang terbaik untuk dia. Aku tidak mahu melihat dia menangis disebabkan aku lagi.

Notification phone aku berbunyi lagi.

'saya sayang awak, sangat. Please jangan buat saya mcm ni' - Sayang💖

'Saya minta maaf' - aku

Malam itu, aku mencari tempat untuk menangis semahu-mahunya. Betapa remuknya hati aku untuk melepaskan orang yang aku sayang pergi macam tu je. Sejujurnya aku tak sanggup untuk berpisah dengannya. Sebab aku dah terlalu sayangkan dia. Maafkan aku, sayang😭

Setelah habis air mata dikeluarkan, aku balik ke bilik semula. Bilik berada dalam keadaan gelap apabila aku masuk. Aku nampak hana tengah tidur di bahagian ruang tengah bilik. Aku abaikan dia dan terus mengambil tuala untuk mandi. Dalam bilik air, air mata aku mengalir lagi, pedih rasa hati ni. Berbelah bahagi.

Selesai mandi dan solat, aku terus membaringkan diri di atas lantai sambil memikirkan keputusan yang aku buat. Dan Akhirnya aku terlelap.

********************************
Author POV
Keesokan harinya, hana terjaga lebih awal daripada misya dan dia mula bermain dengan rambut dan muka misya. Tiba², "eh panasnya badan misya" hana segera bangun dan menyelongkar barangan yang dimilikinya, untuk mencari cool fever. Apabila dia dah menjumpainya, dia segera meletakkan cool fever di dahi misya. "get well soon" kata hana.

Misya POV
Setelah beberapa jam, aku tersedar dan merasakan ada sesuatu yang melekat di dahinya. 'cool fever' desisku. Aku melihat ke arah hana yang sibuk membuat kerja, langsung tidak memandang aku. Aku bangun dan terus mengambil tuala untuk mandi. Kepalaku masih berdenyut dan mata juga berpinar-pinar.

Setelah selesai mandi, aku membaringkan diri di atas katil. Hana datang ke arahku dan duduk di sebelahku. "demam lagi?" hana bertanya. Aku hanya mengangguk seraya berkata "pening kepala, macam nak pecah". Hana segera mengurut kepala aku, dan aku hanya membiarkan kerana kesakitan yang dialami.

Rambut hana yang panjang itu dijatuhkan ke sebelah kanan, membuatkan keayuannya semakin terserlah. Bau syampu Safi Shayla yang digunakan oleh hana menusuk hidung aku. 'wangi', aku tersenyum sendirian. "kenapa?" hana bertanya. "takde pe, takyah urut la, makin sakit" aku memberikan alasan. Aku tidak mahu tersuka pada hana sebab aku baru sahaja lepas putus dengan Ira.

"saya ada belikan makanan, makan sekarang pastu makan ubat, ok?"

Aku mengangguk malas, ubat erghh, paling tidak disukaiii. Aku bangkit dan duduk di meja study untuk makan, aku hanya makan beberapa suap kerana tiada selera. Selesai makan ubat, aku terus baring di atas katil. Kepala masih berat.

"ok lah, rest. Nanti kalau sakit lagi, kita pergi klinik keyh? Kalau nak pape, panggil je saya" - Hana

Aku hanya mengangguk, badan aku terasa lemah dan sakit. Tidak pernah aku demam sebegini. Kuatnya penangan kau, wahai ira sayang. Penangan ubat akhirnya membuat aku terlena.

"misya, bangun. Dah asar dah. Bangun solat ok?" - Hana

Aku tersedar dan menggeliat. Sakit kepalaku sudah beransur pulih. Dan aku mula berasa segar. Apabila teringatkan ira, aku ingin menangis lagi tapi aku menahan air mataku di hadapan Hana. 'Malu la kalau hana tengok aku nangis' desis hati aku.

"kamu okey tak? Kenapa macam sedih ni. Kepala sakit lagi ke?" hana bertanya kepadaku sambil tangannya mencubit pipi pau aku.

"Okey je la, takde pe pun. Dah sihat dah ni. Segarrrrr gittew" - aku

"Hahaha, nakal la kamu ni. Haih, comel je tau" - Hana

Aku hanya tersenyum macam kerang busuk. Yela, org dh puji kan takkan nak tolak tepi pujian tu😆

"Suka la tu saya ckp kamu comel. Eeee, ngadee ea" - Hana

"Mana ada, tak cakap pape pun" - aku

"eleh😂" - Hana

Aku segera turun dari katil dan keluar dari bilik. 'Kenapa hati aku berdegup kencang bila hana usik aku? Takkan aku suka hana? Tak mungkin'. Aku segera membasuh mukaku berulang kali. Terlintas juga di fikiran aku ketika itu, 'macam mana Ira agaknya sekarang? Hmmm'


Writer notes:

Cerita ni dah lama sebenarnya dikarang, cuma tak habis karang. Dan cerita ni juga baru nk publish. Harap reader suka la baca cerita ni. Maaf la, sy baru shj mula menceburi bidang ni. Saje² menulis untuk menghilangkan kebosanan.

Hurt, the feelings that never fade away and always coming to me like a best friend. Never go away even I push it harder. So, hope u guys enjoy this story. Thanks for support me😊

Hurt Where stories live. Discover now