Bab 25

2K 88 6
                                    

Ingatanku semakin pulih. Begitu juga dengan luka di kepala dan perutku. Aku juga sudah boleh drive kereta tetapi hanya untuk ke kampus. Sekiranya aku ingin ke tempat lain, Hana mestilah menemaniku atas permintaan mamaku. Setelah sebulan hana berada di rumahku, hubungan mama dan hana menjadi akrab sehinggakan mama menganggap yang hana ni anak angkat dia. Aku hanya mampu mengiyakan sahaja. 

Selama sebulan itu jugalah, aku tidur bersama dengan hana. Setiap malam aku akan tidur membelakangkan dia. Kadangkala aku tersedar di tengah malam kerana pergerakan kecil di sebelahku. Kadang-kadang juga hana memelukku ketika tengah tidur. Dapat kurasakan hembusan nafasnya di belakang tengkuk. Walaupun geli, aku tahankan juga. Hmm, aku rindukan dia...

Aku memandang langit yang kebiruan, air mineral yang dibawa, ku teguk perlahan. Aku memandang beberapa orang yang sedang jogging di trek. Hari ni aku keluar tanpa hana sebab aku tak sanggup lagi ingin menatap muka orang yang aku cinta itu. One day nanti, dia akan jadi milik orang lain dan aku pula masih terkapai-kapai di sini, aku lemas dalam lautan cinta hana.

"huarggghhhhh" sergah seseorang. 

Secara spontan aku menyimbah air pada orang yang  membuatku terkejut itu.

"aaaaaa, basahhh laa bongokkkk" marah Kristy.

"Hahaha, kan dah mendapat. Sape suh kau buat aku terkejutt" kataku.

"Hahaha. sori ah weh. kau tu ha, jauh sangat mengelamunnya. Fikirkan hana erk?" kristy mengusikku sambil mengelap mukanya yang kebasahan. Hari ni aku sengaja mengajak Kristy keluar jogging kerana mama tidak benarkan aku keluar seorang diri dan aku pula tidak mahu mengajak hana.

"Asal lak aku nak fikir pasal dia. buang masa aku ja" aku menidakkan perkara tu walaupun itulah hakikatnya.

"elehh, takyah nak tipu ah. Kau mana ada pakwe, so sape lagi kau nk fikir kalau bukan hana. mesti korang gaduh lagi kan?" soal Kristy.

"Takde la. tak gaduh pun. just aku teringatkan semua kenangan kitorang and kenapa kitorang end up jadi macam strangers sebelum aku kena tembak dulu" aku mengeluh.

Setelah aku sedar daripada koma, aku fikir orang yang aku suka ialah ika dan bukannya hana. Ternyata aku silap, hana is the only one that I love untill now. She's also the one that I hated so much becoz of her attitude thats so annoying, always make me hurt and hurt again.

"WEIII. KAU NI PEHAL. AKU CAKAP NGAN KAU NI!!" Kristy menjerit di sebelah telingaku.

"WOI. PEKAK LA AKU" aku membalas kembali.

Kristy terus ketawa hinggakan muka dia menjadi kemerah-merahan.

"lucu dohhh muka kau. tulah, termenung lagi. hahahaha. weiii, bagitau la aku apa masalah kau? mana la tahu aku boleh bantu? hm?" secara tiba-tiba Kristy bertukar serius.

"you know what?" aku bertanya pada Kristy sambil mengangkat sebelah keningku.

"apo?" 

"Being serious does not suit you at all" ujarku seraya ketawa kecil.

"Ceshh. Nampak je aku camni au tapi aku ni pendengar yang setia. haa, cepat cerita kat aku" Kristy menghulurkan telinga kanannya.

Aku terus menjentik telinga itu dan melarikan diri.

"Woii, jahatt kauuu" Kristy segera mengejarku.

Aku berlari meninggalkan Kristy. Sambil berlari, aku gelakkan Kristy yang jauh ketinggalan di belakang. 

Bukkk

"aduhhh. Eh sorii2" kataku tanpa memandang siapa orang yang aku langgar. Aku mengibas-ngibas baju di bahagian belakang. Kedengaran Kristy mentertawakan aku dengan galak. 

"Kenapa keluar tanpa saya?" soal insan yang aku langgar. Apabila mendengar suara itu, aku segera mengangkat kepalaku. "Hana" aku menyebut namanya.

Mukanya jelas menunjukkan riak marah dan juga risau? Sukar untuk aku tafsirkn. 

"Hai hana" tegur Kristy yang sudahpun berdiri di sebelahku. Mataku masih lagi menatap hana yang kelihatan sangat cantik pada hari itu. Kristy menyiku lenganku, menyedarkanku dari lamunan. 

"eh, em. sori tak sengaja terlanggar tadi, bye" kataku spontan dan aku terus menarik tangan Kristy untuk pergi dari situ. 

"Misya..." panggil hana. Aku menghentikan langkahku. Begitu juga dengan Kristy sebelum dia tiba-tiba berbisik kepadaku "Misya, aku rasa better kau settlekan hal kau ngan hana hari ni juga. Jangan lari lagi dari masalah. This is the right time. Solve it".

"Weh, korang sembang la dulu. Aku nak sambung jogging" kata kristy seraya melangkah pergi.

"tapi..." aku cuba untuk menghalang kristy.

"Thanks" ucap hana pada kristy. Dia terus menarik tanganku ke satu bangku yang agak jauh daripada orang ramai.

Aku dan hana melabuhkan punggung di atas bangku. Suasana menjadi awkward. Aku hanya mendiamkan diri.

"Kenapa keluar tanpa saya?" Hana mengulang soalannya tadi.

"saje" jawabku.

"Your mom ask me to take care of you. So if you want to go out, u need to tell me. Lagipun tempat yg kamu datang ni bukannya dekat. Jauh." katanya.

"I can take care of myself. No need to worry" balasku ringkas.

Hana mengeluh. "Whats wrong now? Apa lagi masalah kamu?" soal hana.

Aku diam. Terngiang-ngiang suara kristy yang meminta aku untuk menyelesaikan semua ni.

"hey. Kamu okey tak?" hana menyentuh tanganku dengan lembut.

Aku melarikan tanganku. Aku mengumpul kekuatan. Nafasku tarik sedalam-dalamnya.

"Hana, I have something to tell you. Its been a long time already. I love you hana. I really² love you. Saya jealous bila tengok awak dengan orang lain. Saya tak minta pun perasaan ni sebenarnya, ia hadir dengan sendiri. And seriously saya kecewa dan terluka sangat bila dapat tahu yang awak dah berpunya. Its really hurt. Sebab tu saya menjauhkan diri daripada awak. So that sy takkan makan hati lagi" dalam satu nafas, aku menghabiskan ayatku. Aku tidak memandang wajah hana langsung.

Hana hanya mendiamkan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibirnya. Aku memalingkan wajahku ke arahnya. "saya tak minta awak balas perasaan ni. Kehadiran awak dalam hidup saya juga telah mencukupi. Dapat juga saya rasakan perasaan bahagia tu walaupun seketika" tambahku lagi.

Aku melemparkan senyuman pada hana. Hana tidak membalas senyumanku sebaliknya dia mula berdiri. Aku hanya memandangnya yang kelihatan ingin pergi meninggalkan aku. Belum sempat hana mengorak langkah. Aku menarik tangan dia dan memeluknya untuk kali yang terakhir.

Hana tidak menolak dan tidak juga membalas pelukanku. Dia hanya membatukan diri. "Thanks Hana sebab hadir dalam hidup saya dan buat saya happy. I'm lucky for having you as my roommate. I'll love you forever. Goodbye hana" bisikku pada hana.

Pelukanku leraikan. Perlahan-lahan aku berpusing dan berjalan meninggalkan hana. Air mata yang ku tahan daripada tadi mula mengalir. Aku mempercepatkan langkahku dan bersembunyi di sebalik sebuah pokok yang rendang. Aku jatuh terduduk, tangisanku semakin deras. Aku menyembamkan muka ke lenganku.

Its hurt... Really² hurt... My heart break into pieces...

TBC...

#Sedihh😭

Hurt Where stories live. Discover now