Bab 27

2K 73 3
                                    

Misya POV

Aku termenung di atas sofa, teringatkan hari di mana aku confess pada hana. Dan aku juga telah melakukan perkara yang paling bodoh dalam hidupku. Hari yang amat melelahkan jiwa dan ragaku...

Flashback~~~

Aku memasuki rumah dalam keadaan tidak bermaya. Kenangan bersama hana kembali menjengah di fikiranku. Aku jatuh melutut di ruang tamu, air mata laju menuruni pipiku. Sakit yang ku rasakan pada kali ini sudah tak tertahan lagi. Aku segera bangkit dan berjalan menuju ke dapur rumahku. Pisau pemotong sayurku ambil dan diletakkan pada pergelangan tanganku. Aku menekan pisau itu sehingga darah mulai mengalir keluar daripada tanganku.

'Sekiranya aku menarik pisau ini, pasti riwayatku akan tamat dan kesakitan ini akan berakhir' desis hatiku. Sekali lagi, kenangan bersama hana terpapar di pandangan mataku. Aku tersenyum sendirian. Jika ada orang yang melihatku, pasti mereka akan menuduh aku mempunyai sakit mental.

"Goodbye hana" aku menekan pisau lebih kuat. Namun, belum sempat aku menariknya, tanganku direntap kuat oleh seseorang. Pisau yang ku pegang tercampak ke tempat lain. 

"kau dah gila ke!?"  jerkah seseorang sambil memegang kolar bajuku. Aku menolak tangannya perlahan. Aku tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melawan insan yang berada di hadapanku ini. Mataku kabur disebabkan oleh air mata yang bertakung di kelopak mata. 

Aku terduduk di atas lantai. Air mata semakin deras mengalir ibarat hujan lebat yang tidak diketahui bila hentinya. Aku menekup mukaku dengan kedua-dua tangan. Darah memenuhi muka dan bajuku. Aku menangis terisak-isak. Cinta terlarang ini amat menyakitkanku. 

"Misya, kau dah kenapa!? Kenapa kau sampai nak bunuh diri ni!! Kau dah gilaa ke!!??" dia menggoncangkan tubuhku. Aku menurunkan tanganku dan melihat gerangan manusia yang berada di hadapanku. "ika,, aku minta maaf. aku..." pandanganku menjadi semakin kabur dan akhirnya gelap mula memenuhi ruang mataku.

Perkara terakhir yang ku dengar sebelum pandanganku kelam ialah jeritan ika yang memanggil namaku berkali-kali. Aku juga terdengar derapan kaki beberapa orang sedang menuju ke arah kami. Air mataku menitis buat ke terakhir kalinya.

Flashback end~~~

Drrt Drrt Drrt Drrtt

Lamunanku terganggu dengan getaran daripada telefon bimbitku. Aku mengambil telefon dan terpapar nombor yang tidak dikenali. Aku tidak mengendahkan panggilan itu. Telefon itu ku campak kembali ke atas katil. Aku bangkit dan berjalan ke arah pintu balkoni. Pintu itu ku buka, terbentang pemandangan yang begitu cantik dan menenangkan di pandangan mataku.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya perlahan-lahan. Udara pagi di Switzerland Interlaken ini betul-betul memberikan kesegaran kepada tubuhku. Serta merta badanku menjadi bertenaga, minda dan hatiku juga menjadi lapang. Hmmm.

Ya, Switzerland. Jauh kan aku melarikan diri? Betapa kecewanya hatiku sehinggakan aku membawa diri sebegini jauh daripada semua orang. Keberadaanku ini pula tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Kristy, Ika dan keluargaku sahaja. 

Ika, salah seorang anak angkat mama yang sama umur denganku. Dia juga belajar di kolej yang sama denganku. Aku hanya mengetahui kewujudan dia ketika aku berada di hospital akibat ditembak oleh Ad. Ternyata dia mengenaliku sejak hari pertama mendaftar di kampus. Beberapa kali dia menegurku tapi aku hanya membalasnya ala kadar. Siapa sangka dia akan masuk ke dalam kisah hidupku yang memeritkan ini. 

Aku mengeluh...

Hari ini genap sebulan aku berada di negara orang. Hati aku yang terluka mulai sembuh perlahan-lahan. Mama telah membeli rumah agam di Interlaken ini agar makanan dan pakaianku terjaga. Malah mama juga telah mengupah beberapa orang pembantu rumah dan driver untuk membawa aku kemana-mana. Mama langsung tidak membenarkan aku untuk memandu kereta sendiri kerana dia risaukan keselamatan diriku ini. 

Hurt Where stories live. Discover now