Misya POV
Dalam perjalanan ke lapangan terbang, aku meminta Charlie untuk berhenti di sebuah kedai coklat yang halal. Aku pasti yang Ika akan marah aku nanti apabila aku sampai di airport. Lebih baik aku bersediaa. Kebiasaannya dia mood dia akan terus okey apabila mendapat coklat. Harap berjaya gak la kali ni. Fuhhh!!
Sesampainya di lapangan terbang, aku segera call ika untuk bertanyakan keberadaannya. "Hello, haa, mana?" soalku.
"Dah sampai? Ingatkan nak biar aku tidur sini" perlinya.
"Boleh ja, okey la. Aku balik semula la" gurauku.
"KAU BALIKK, AKU CALL MAMAAA!!" katanya mengugut. Aku ketawa kecil sambil membalas "uwuu, tacoddnyaa titeww".
"Manaa kau, kereta kat mane!?" Soalnya dengan nada marah. Dari dalam kereta, aku melihat kelibat ika yang mundar mandir di hadapan pintu gate. Aku dengan sengajanya menutup panggilan. Dapatku lihat riak wajah ika yang semakin merah, menahan marah barangkali.
Aku membuka pintu kereta dan perlahan-lahan keluar sambil memandang ke arah ika. Dia masih lagi belum nampak aku kerana kedudukan keretaku yang agak tersorok. Aku menyusun langkah dengan teratur ke arah ika. Coklat yang dibeli, ku sembunyikan di belakang badanku. Terasa getaran di bahagian belakang poketku. Aku mengabaikan phoneku yang bergetar itu.
"Ehem" tegurku.
Ika memalingkan wajahnya. Mukanya cemberut dan masam. Aku mengukir senyuman pada ika tetapi yang dibalasnya ialah jelingan maut. "Alololo, marah erkkk?" tanyaku mengusik.
Ika berpeluk tubuh. Dia mengabaikan soalanku. Dengan perlahan-lahan, aku mengeluarkan coklat yang dibeli. "nah, tanda maaf sebab ambil kau lambat" ujarku. Dia memandang sekilas ke arah coklat itu sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain. Aku menggarukan kepala.
"Wehh, aku minta maaf. Jalan jammed tadi. Tu yang lambat." pujukku lagi. Aku menarik tangan ika dan mengusapnya perlahan. "Sorii naa, naa, naa" aku membuat muka comel. Ika hanya memandangku tanpa sepatah katapun.
"I'm sorry miss misya but we need to go now." tegur charlie. Aku memandangnya seraya mengangguk. "Take the luggage" arahku. Ika masih lagi mengabaikanku. Dia segera mengikuti charlie yang membawa pergi luggagenya. Aku mengikuti ika dari belakang. 'Cantik' desis hatiku.
Ika terus masuk ke dalam kereta dan menutup pintu. Hampir sahaja aku terkepit tangan apabila dia menarik pintu dengan laju. Teruk betull marahnya ni.
"Do you want to go anywhere before going back home, miss?" tanya charlie.
"No" balasku ringkas.
Charlie menganggukkan kepala lalu berjalan ke arah pintu seat driver. Aku pula membuka pintu di bahagian belakang. Kelihatan ika yang membuang pandangan ke luar tingkap. Aku memandang ika sambil otakku ligat berfikir cara untuk memujuk ika. Tetiba aku mendapat satu idea gila iaitu mencium pipi ika. Biasanya dalam drama atau movie, tips ni menjadi. Orang yang dicium pastinya akan cool down dan tidak marah lagi.
Tanpa berfikir lebih panjang, aku dengan perlahan-lahan mendekatkan wajahku ke wajah ika. Nasib tidak menyebelahiku apabila ika tiba-tiba memalingkan wajahnya ke arahku. Mataku terbeliak kerana terkejut. Bibirku dan bibir ika bertemu selama 2 saat namun dirasakan masa seperti terhenti. Aku segera menjarakkan diri dan pandanganku ditalakan ke luar tingkap. Aku tidak lagi berani untuk memandang ika.
Keadaan menjadi sunyi sepi di dalam kereta itu. 'Mesti ikaa bertambah marah nanti ni. Bodohnyaa lahaii akuu' kutukku pada diri sendiri. 'nanti la pujukk dia balik' fikirku. Aku menyandarkan badanku dan cuba untuk melelapkan mata. Akhirnya aku terlena jua.
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...