Misya POV
Aku melihat tanganku, terdapat kesan jerutan akibat daripada tali yang mengikatku. Disebabkan aku meronta-ronta untuk lepaskan diri, kesan tu semakin dalam. Aku mengeluh.
Selepas aku memujuk Ad untuk membuka ikatan pada tangan dan kakiku, dia tidak terus membuka ikatan pada tanganku. Sebaliknya dia hanya meleraikan ikatan pada kakiku. Nampaknya Ad tidak mudah terpedaya dengan pujukanku.
Walau bagaimanapun, Ad seperti sudah mula mempercayaiku. Hari ini aku akan mencuba lagi.
Klakk
"Assalamualaikum sayangg. Ad ada bawa makanan ni, jom makan" katanya seraya melabuhkan punggung di sebelahku.
Aku menggelengkan kepala. "Ad, sy tknak makan sebab tangan sy sakit sgt. Sy tak tahan" aduku.
Ad memandangku dengan perasaan kasihan. "sakit sangat ke sayang?" soalnya.
Aku mengangguk. Air mataku dipaksa keluar untuk menjayakan lagi lakonanku.
"Okeylah kalau mcm tu. Ad akan buka ikatan ni keyh. Lepastu kita makan sama², ok?"
Aku mengangguk berkali-kali. Senyuman terpancar di bibirku. Tanpa berlengah, Ad membuka ikatan pada tanganku.
"Thankss Ad" ucapku padanya.
"jom makan?" ajak Ad.
"okeyyyy" leretku manja.
*************
Ad telah keluar daripada bilik setengah jam yang lepas. Aku mula memikirkan cara untuk keluar daripada bilik ini. Aku cuba mencari sekiranya terdapat kunci spare di dalam bilik tersebut. Namun, hampa.
Aku melihat-lihat sekeliling bilik itu, mungkin terdapat benda-benda yang boleh digunakan. Sedang aku mencari-cari, aku terpandang telefon bimbit yang terselit di bawah timbunan tali. Aku segera mengambilnya dan menekan butang on dan skrinnya menyala. Aku melompat kegirangan.
Tiada password.
Yesss!!!
Tanpa menunggu lebih lama, aku segera menekan nombor telefon bimbitku sendiri.
Tutt Tutt, Tutt Tutt
Deringan ketiga barulah ada orang mengangkatnya.
"Hello, Assalamualaikum, sape ni?" Soal insan di sebalik telefon.
Aku kenal suara ini. Ini suara Hana!
"Hanaa, Misya nih. Hanaa, Misya kena culik oleh Ad. Hana ingat tak yang Misya pernah cerita hari tu?" soalku. Aku tidak boleh berlama-lama kerana aku tidak tahu bila Ad akan kembali ke kamar ini.
"Ya Allah, Misyaaaaaaa! Kamu okey tak? Kamu dekat mana sekarang?" Jerit Hana disusuli dengan soalan yang bertubi-tubi.
"Hana dah agak dahh, memang Ad yang culik Misya. Kurang ajar si Ad. Misyaa, sekarang ni cepat beritahu Hana, Misya kat mana?" Sambung Hana.
"Sy sendiri pun tidak tahu di mana sy berada sekarang ini. Tetapi yang pastinya, sy terkurung di dalam sebuah bilik kosong. Lokasi bilik ini pula, sy tidak pasti" kataku. Keluhan dilepaskan dengan berat.
"Ok, takpaa. Misya jangan off panggilan ini ya. Hana akan minta diorang semua untuk cari Misya. Hana selalu nampak Ad berada dalam asrama. Jadi, pendapat Hana kuat mengatakan bahawa Misya dikurung dalam kawasan asrama ini sahaja" hujah Hana diikuti dengan persetujuan mereka yang berada bersamanya.
"Sofi, tolong panggilkan Kristy dan yang lain. Minta diorang datang ke sini sekarang juga. Beritahu mereka juga yang kita telah mengetahui lokasi Misya" kata Hana pada Sofi.
"Hana, kita perlu beritahu warden tak?" soal seseorang yang berada di situ.
"hmmm, buat masa sekarang. Sy rasa lebih baik kita diamkan dahulu. Sekiranya kita beritahu warden, warden akan segera memberitahu hal ini kepada polis. Itu tidak boleh sebab nanti Ad juga akan tahu yang Misya call kita" Hana menegaskan.
Aku hanya menjadi pendengar. Bukan masanya untuk aku menyampuk kerana Hana lebih mengetahui dan matang fikirannya.
Klakkk
Pintu dibuka. Aku segera berpaling ke arah pintu. Berdirinya satu figura yang aku takuti. Telefon bimbit segera ku sembunyikan. "Sayang cakap ngn sape tadi?" soalnya sinis. Aku terkesima.
"Aku tanya kau ni. Kau borak dengan sape tadi?" Ad menolak aku ke dinding. Riak mukanya jelas menunjukkan yang dia tengah marah. Aku menggeletar ketakutan.
"Ma,, mana ada sy bercakap dengan sape-sape" balasku gugup.
"Masih lagi kau nak tipu aku ya Misya. Kau ingat aku tak tahu ke yang kau call Hana" katanya.
Aku terkejut. How? Ad tahu?
"Terkejut? Macam mana aku tahu? Ehhh, aku tak bodoh la nak buka ikatan kau tetapi tak awasi kau" marah Ad. "Kau nampak kamera tu? Setiap gerak geri kau, aku rakam. Setiap masa aku perhatikan kau". Ad memegang kepalanya. "Aku percayakan kau. Aku sayangkan kau. Susah sangat ke kau nak fahamm? HAHHH?" herdik Ad.
Ad menumbuk almari di sebelahku. Dia mula mengamuk. Katil-katil ditendang dan meja diterbalikkan. Aku ketakutan. Namun begitu, aku ternampak peluang untuk aku melarikan diri. Aku menggagahkan diri aku untuk berlari keluar daripada bilik tersebut.
Apabila berada di luar bilik itu, aku segera berlari menuruni tangga namun aku tersilap langkah sehingga aku terjatuh dan kepalaku terhantuk pada bucu tangga. Aku cuba untuk bangkit dan terus berlari dalam keadaan darah di kepalaku yang bercucuran.
Langkahku yang lemah tidak dapat menandingi langkah Ad yang semakin laju mengejarku. Akhirnya Ad berjaya menangkapku dan badanku ditolak ke dinding. Aku jatuh terduduk. Darah semakin banyak mengalir dari kepalaku.
Ad mengeluarkan sepucuk pistol daripada belakang badannya. "Hishhhh, kalau kau tak lari daripada aku, tak mengelak daripada aku. Benda ini takkan berlakuu. Kau bodohhhh. BODOHHHH!!!" Ad menjadi semakin tidak keruan.
Tiba-tiba pintu di belakang Ad terbuka. Terjegul muka Kristy, Shazzy dan Hana. Ad segera mendekatkan dirinya padaku. Pistol diacukan ke arahku dan mereka berulang kali.
"Ad! awak dah gila ke? Apa awak buat ni?" soal Kristy dalam nada marah.
"Dah la Ad, awak dah tak boleh lari kemana-mana lagi dah. Polis dah kepung kawasan ini" kata Shazzy pula.
"Ahhhh. Korang semua diamm!!" Ad menarik aku berdiri dan mula berjalan menjauhi mereka.
Kepalaku sakit yang mencucuk-cucuk. Kakiku juga sudah tidak berdaya lagi. Aku tak mampu nak berjalan lagi.
"Ad, lepaskan Misya. Sy mohon sangat" pujuk Hana.
Ad memandang Hana dengan tajam. "Ini semua sebab kau. Sebab kauu, Misya tak suka akuu. Semuanya sebab kau!" kata Ad pada Hana.
Hana tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya memandang ke arahku dengan sayu. Aku mengukir senyuman kepadanya.
"Kalau aku tak dapat Misya, kau pun tak akan dapat dia" sambung Ad seraya menolakku ke dinding. Pistolnya diacukan ke arahku dan tembakan dilepaskan.
Bammmm
Kedengaran mereka menjerit namaku sebelum aku jatuh, terbaring dan pandanganku menjadi kelam. Gelap!!
Hana, aku sayang kau sangat²...
To Be Continue...
#OkeyyyTakkkk???
#MisyaAlwaysHurt
#JanganLupaVoteDanKomen
#HurtGoingToEndSoon
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...