Bab 22

1.9K 78 6
                                    

DI LUAR BILIK MISYA (HOSPITAL)

"Doc, kenapa dengan anak kami?" soal mama sejurus pintu bilik Misya ditutup.

"haah doc, dia macam tak ingat je apa yg berlaku. Takkan anak kami hilang ingatan doc?" tanya papa pula.

"Tuan, Puan masih ingat apa yang saya katakan selepas selesai pembedahan 2 minggu yang lalu?" - Doc

"Ingat doc" kata mama seraya berpaut pada lengan papa. Lututnya terasa lemah apabila teringat kembali perbualan dengan doc.

Throwbackk~~

Kelihatan seorang doktor lelaki berjalan keluar daripada bilik pembedahan.

"Doc, macam mana dengan anak saya?" soal mama Misya. Mukanya sembab kerana banyak menangis.

Doc mengukir senyuman kepada pasangan suami isteri itu seraya berkata "anak tuan dan puan sangat kuat orangnya. Sekarang ini dia berada dalam keadaan yang stabil cuma dia belum sedar sahaja lagi, kami telah berjaya keluarkan peluru daripada perutnya. Dia juga tidak mempunyai kecederaan dalaman yang parah" hujah doc panjang lebar.

"Alhamdulillahh doc. Terima kasihh sangat²" ucap mama.

"jadi anak kami akan okey kan doc?" soal papa misya pula.

"yeah, she will be okey but ma'am, i also got a bad news" riak muka doc berubah menjadi lebih serius.

"What do u mean?"

"hentakan di kepala anak tuan puan sangat kuat dan berkemungkinan dia akan hilang ingatan apabila dia sedar nanti" - doc

Kaki mama terasa longlai, mama jatuh terjelepuk di koridor hospital.

"dia akan hilang semua ingatan dia ke doc? Anak saya?" tanya papa.

"mungkin ya dan mungkin tidak. Pemeriksaan lanjut akan dibuat apabila dia sedar nanti" ujar doc.

"harap puan banyak bersabar dan banyakkan berdoa ya puan. Saya pergi dulu" sambungnya lagi seraya berlalu dari situ.

"terima kasih doc" ucap papa.

Mama menangis teresak-esak. Papa duduk di sebelah mama dan cuba tenangkan mama.

"pa, anak kita takkan kenal kita la nanti kan pa? Mama tak sanggup la pa" tangisan mama semakin kuat kedengaran.

"ma, doc cakap tadi tu semua kemungkinan je, misya akan okey sayang, dia akan okey" pujuk papa.

Mama mengangguk-angguk sambil mengesat air matanya.

Throwback end~~~

"jadi tuan, puan. Ini adalah kesan yang saya maksudkan. Misya telah mengalami amnesia kecil. Maksudnya dia tidak akan ingat beberapa hal dari beberapa minggu yang lalu, atau tahun yang lalu" terang doc.

"oh begitu kah doc. Jadi sebab itu la dia ingat kami tapi tidak ingat apa yang berlaku pada dia?" soal papa dengan tenang.

"iya tuan, itulah maksud saya. Selain daripada amnesia, misya tidak apa-apa. Kecederaannya akan sembuh dalam masa beberapa bulan" doc mempamerkan giginya yang teratur.

Riak muka mama mula kembali tenang dan senyuman mula terukir di bibirnya. "terima kasih doc" ucap mama dan papa.

"sama² tuan, puan"

TBC...

#pendek ja kali ni.
#okey ka cerita ni?
#bosan tak?
#nakendingdah, sikit ja lagi.

Hurt Where stories live. Discover now