"Kenapa Hana berubah? Apa silap saya sampaikan Hana buat saya macam ni?" Aku menyoal hana. Air mataku deras mengalir.
"This is me. Heartless". Hana membalas dengan riak muka yang tiada perasaan.
"Why?" soalku lagi.
"ehh, boleh tak jangan persoalkan lagi. stress laa" marah hana.
"saya takkan stop selagi saya tak dapat jawapannya" kataku.
"Jawapan ape yg kamu nak? Ape lagi yang kamu harapkan? Ramai lagi kan yang lain yang boleh beri kamu perhatian. Kenapa saya juga yang kamu harapkan?" Hanya menyerangku bertalu-talu.
Aku terdiam. 'semuanya sebab aku suka kau. aku sayang kau lebih daripada seorang kawan dan roomate' nuraniku berkata.
Tanpa berlengah, aku terus melangkah keluar daripada bilik.
"lari la tu. hati tisu betul"
Deggg, makin sakit hati aku bila dengar ayat tu.
'AKU BENCI HANA'
Aku terjaga daripada tidurku. hmm, mimpi ni berulang lagi. Aku mengeluh. "Apa yang sebenarnya berlaku antara aku dan Hana? Kenapa aku sepertinya sangat sukakan dia" soalku pada diriku sendiri. Pening bila fikirkan soalan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya.
krukkk krukkk
Perutku berbunyi menandakan aku perlukan makanan. Jam sudah menunjukkan jam 8 malam. 'patutlah aku rasa lapar sangat. Dah malam rupanya.' desis hatiku. Tanpa menunggu lebih lama, aku terus menapak keluar daripada bilik. Langkah kaki diatur menuju ke dapur rumahku.
"Mamaaa... maaaaaaa..." panggilku. Mama tidak menjawab panggilanku. Haluanku ubah ke bilik mama dan papa. Aku mengetuk pintu bilik diorang. "mama, papa" panggilku. Tiada sahutan kedengaran. Aku cuba membuka pintu tetapi berkunci. 'mana mama ngan papa ni, biasanya waktu-waktu camni, diorang kat ruang tamu tapi kosong ja ni semua. hmm'.
Tiba-tiba hatiku terdetik untuk terus pergi ke dapur. Aku segera berjalan ke dapur sambil mataku melilau-lilau di sekeliling rumah. Tiada kelibat mama dan papa di mana-mana.
krukkk krukkkk
Perutku semakin kuat berbunyi. 'nantilah fikir, baik aku makan dulu'. Aku melihat-lihat apa yang boleh dimakan di dapur. Kebanyakannya barang dapur sudah habis. Aku mengeluh.
"Mamaaaaaa, hishhh mana semua orang ni!!" jeritkuu.
"ehh, ape jerit-jerit ni" tegur seseorang di belakangku. Aku segera memutarkan badanku ke belakang.
"kau,,,kau buat apa dalam rumah aku? Macam mana kau masuk?" soalku tersekat-sekat.
"saya masuk ikut pintu la. Apa la misya ni" katanya sambil tergelak kecil. Aku kebingungan.
"Mama kamu call saya tadi. Minta saya datang sini and stay sini sampai kamu sembuh" jelas hana apabila melihat mukaku yang kebingungan. "and saya dah letakkan barang saya dalam bilik kamu petang tadi, masa kamu tengah tidur" sambungnya lagi.
"ma..." belum sempat aku habiskan soalanku.
"mama ngan papa awak keluar, ada urusan" jawabnya.
"ohhhh" aku mengangguk perlahan. Jadi, tinggal kami berdua sahaja la dalam rumah ni. hmmm, ni yang aku tak suka ni. Untuk kesekian kalinya, perutku berbunyi lagi. Kali ni lebih kuat hinggakan hana juga mendengarnya. Dia tergelak kecil.
"Pergi lah siap. Kita keluar makan" katanya.
Aku memandang ke arahnya dan membalas "Hmmm, ok". Aku segera berpaling dan berjalan meninggalkan hana sendirian di dapur.
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...