Bab 29

1.9K 78 3
                                    

Beberapa jam telah berlalu dan aku masih lagi tekun membaca buku yang bertajuk 'the silent girls' itu. Jalan ceritanya yang menarik telah membuatkan aku tenggelam dalam kisah tersebut. Semakin lama aku membaca, semakin menarik isi kandungannya. Walaupun aku ni tidaklah mahir sangat bab-bab vocab english but at least aku faham la keseluruhan cerita dalam buku itu. Certain perkataan je yang aku tidak tahu and usually aku akan dapat assume maksud perkataan tu bila baca fully ayatnya.

Knock knock~~

"Miss, Sorry for bother you. Do you want to have lunch at home or you're going outside?" soal pembantu rumahku.

Aku menjatuhkan headphone ke leherku. "Hmm, wait for a sec" kataku.

Aku menutup buku dan menyimpannya kembali di atas meja. Langkahku atur ke bilik ika. 

Tokkk Tokkk~~~

"ika, aku ni... aku masuk erk" aku memegang tombol pintu.

"kejappp!!! Jangan buka lagi pintu tuuu". Kedengaran seperti ika sedang kalut berlari ke arah pintu dan mengunci pintu.

"huhhh huhhh, nak apa?" soalnya di sebalik pintu. Aku cuba untuk membuka pintu tetapi tidak boleh kerana ika telah menguncinya.

"Kau buat ape doe dalam tu? Siap kunci pintu bagaii. haaaaaaa. kau..."

"DAH!! Kau takyah nak fikir bukan-bukan. Aku baru lepas mandi ni and aku berkemban ja. Sebab tu la aku kunci pintu. Kau nak apa datang bilik aku?" jelasnya.

"alaaa, kalau tahu tadi, aku redah masuk ja. Melepasssssss" usikku.

"Eeeeeeeeee, bongokkkkk! Kau sejak duduk sini jadi pervert eaaaa. Aku bagitau mama" ugutnya yang masih lagi berada di sebalik pintu.

'sikit-sikit nak bagitau mama, dasar kaki ngadu' desis hatiku.

"Bukaaa laaaaa. Nak masukkkkk" semakin galak usikanku. Aku mengetuk pintu bilik ika berulang kali. 

"TAKNAKKKKKKKKKKK!!" jerit ika. Aku ketawa terbahak-bahak di hadapan pintu bilik ika. Pembantu rumahku yang terkejut dengan jeritan ika meluru ke arahku.

"Miss, are your friend okey?"

"yeah, dont worry. She's just playing some scream game apps" aku memberitahu dia. Dia hanya menggangguk.

"So miss, did you make a decision? because we want to make a preparation" soalnya.

"we'll be going out. So, no need to cook lunch for us. Just finish all the housework." aku memberikan arahan.

"Noted miss" kata pembantu rumahku seraya mengundurkan diri.

Aku memalingkan wajahku menghadap bilik ika yang masih lagi kemas tertutup. "Ika, siap la. Kita makan kat luar." arahku.

"okey" sahut ika dari dalam biliknya.

*****************************************

Selesai makan tengahari, aku mengajak ika berjalan-jalan di kawasan pantai. Setiap kali aku terfikirkan hana, kepalaku menjadi kusut dan bunyi lautlah yang akan menenangkan aku. Aku mengambil tempat di atas tunggul kayu yang sudah patah. Pandanganku jauh menerobos ke dalam laut yang dalam. Aku melepaskan keluhan berat. Beberapa kali aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya. Mataku dipejam dan telingaku fokus mendengar deruan ombak yang menghempas pantai. Sedikit demi sedikit kekusutan di otakku mulai terlerai dan hatiku kembali tenang.

"ehem, kau okey?". Suara ika menyedarkanku daripada lamunan. Aku membuka mata perlahan-lahan dan memandang ika yang berada di sebelahku. Aku mengukirkan senyuman manis.

"Aku okey. hmmm so best tak pergi pantai ni?" soalku. Setahu aku, ika juga sangat sukakan pantai sehinggakan dia sanggup keluar seorang diri hanya untuk pergi ke pantai dan melihat matahari terbenam. How brave is she...

Hurt Where stories live. Discover now