Bab 34

1.4K 68 12
                                    

Author POV

Mina mengusap kepala Misya, bibirnya tidak lekang daripada senyuman. 'Tidur pun comel' bisik hatinya. "Misya, saya dah anggap awak macam adik saya tau. Even kita baru ja kenal semalam. Saya taknak tengok awak menangis macam semalam lagi. Hati saya yang sakit bila tengok awak macam tu" bisik Mina di telinga Misya.

"I promise you misya. I'll protect you no matter what happen. Saya nak tebus balik kesilapan saya dulu. Saya taknak apa yang berlaku kat adik saya, berlaku kat awak. Saya janji akan jaga awak" tambahnya lagi diikuti dengan ciuman pada dahi Misya.

Mina meninggikan suhu penghawa dingin. Cuaca pada malam ini begitu sejuk dan misya akan jatuh sakit sekiranya dia tidur dengan suhu yang rendah. "Mornite sayang" bisiknya sambil membaiki comforter misya. 

*********************************

Misya POV

Tidur lena aku terganggu apabila aku merasakan tangan seseorang mengusap kepalaku. Usapan itu membuatkan aku rasa tenang walhal aku langsung tidak mengetahui tangan siapakah itu. Namun, aku dapat meneka pemiliknya apabila dia mula berbisik di telingaku.

'Mina' detik hatiku.

Aku mendengar dengan teliti bait-bait kata yang disampaikan oleh mina. Aku dapat rasakan yang mina betul-betul rasa bersalah terhadap kematian adiknya. Dia sanggup berjanji untuk menjagaku sedangkan dia masih lagi belum mengenaliku sepenuhnya. Aku dapat rasakan betapa sayangnya dia pada adiknya. 

Apabila aku mendengar pintu bilikku ditutup, aku terus membuka mata. Fikiranku bercelaru sama ada aku boleh percayakan mina atau tidak. Aku tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Namun, aku juga dapat rasakan yang mina sememangnya ikhlas denganku.

Aku buntu dan keliru. Aku mengambil keputusan untuk berfikir tentang hal itu pada esok hari sahaja kerana aku benar-benar mengantuk sekarang ini. Aku menutup mata dan terus masuk ke alam mimpi.

A few hours laters~~~~~~

Untuk kesekian kalinya, telefon bimbitku bergetar lagi. Setahu aku, telefon itu telah kehabisan bateri pada malam tadi. Mungkin mina mengecas dan menghidupkannya. Aku menghulurkan tanganku untuk mencapai telefon bimbit yang terletak di hujung katil itu. Rasa mengantuk begitu menguasai diriku bahkan mata aku serasa berat seperti dihempap batu. 

Aku menekan butang angkat tanpa melihat siapa pemanggilnya.

"MISYA!!" jerit sang pemanggil.

"hm" - aku

"Awak kat mana? Saya cari awak merata tau kat asrama ni." Suaranya seperti ingin menangis.

"Saya kat rumah kawan ni. Something happen last night. Sorry babe" balasku.

"I know. Hana dah cerita kat saya apa yang berlaku semalam. But how could you hilang tanpa jejak macam tu ja. Awak tahu tak saya ni dah macam apa dah, cari awak sana sini. Jantung saya macam nak luruh tau bila hana beritahu yang awak tak balik dari semalam. Even awak marah macam mana sekalipun, tak boleh ke kalau awak whatsaps saya sepatah? Saya risau tahu tak! Dah la saya call banyak kali masuk voice mail" marahnya.

Aku tersenyum mendengar bebelan ika. Mataku juga mulai ringan dan rasa ngantuk turut hilang. "Im sorry babe. Saya sakit hati sangat semalam. Thats why saya keluar asrama. Phone pula habis bateri, tu yang saya tak dapat contact awak. Saya minta maaf okey?" pujukku.

Hurt Where stories live. Discover now