Bab 6

3K 110 0
                                    

Misya POV

Next month dah start exam, lepas tu cuti sem. Yeahhh. Boleh rehat² la kat umah nanti. Seronokknyaaaa!!

Tapi...

Mesti aku akan rindukan Hana sangat², sebulan kot tak kan dapat tengok muka dia, senyuman dia, semua la pasal dia. Eh, macam angau lak aku ni. Haish. Semakin lama aku mengenali Hana, perasaan sayang semakin kuat pada dia. Aku pun tak pasti sama ada sebagai kawan ataupun lebih.

"oit, menung ape tu?" sapa Hana yang sedang membuat nota di meja belajarnya. Aku menoleh ke arah dia. Mukanya aku perhatikan. Mata, hidung dan seterusnya bibir yang merah merekah bak delima. Sumpah, aku tak kuatt.

"ape pandang²?" - Hana.

Aku terkejut, segera ku palingkan wajahku ke arah lain. Bila dh cool sikit. Aku menjawab "takleh ke kalau nak pandang, salah?"

"tak salah pun, sy tahu sy cantik dan comel" Hana membuat muka comelnya dengan meletakkan tangan di bawah dagunya. Matanya dikelip-kelipkan berkali². Aku hanya tergelak.
'ye, kau cantik Hana, sangat², sbb tu juga aku suka kau' aku hanya mampu tuturkan ayat tersebut di dalam hati sahaja. "Perasannyaaa. Tak lawa pun. Werkkk" kata ku mengusik.

"elehh, kalau tak lawa. Kenapa asyik nak pandang sini?" - Hana

Aku tergamam dengan soalan tu. Tanpa menjawab soalan dia, aku terus membuka laptop dan memasang cerita menarik.

"citer pe? Nak tengok juga" sampuk Hana.

"tak payah la. Gi study nuh. Tkyah la kacau org nk layan drama"

Dia terus menarik kerusinya dan meletakkannya di tepi aku. Mouseku dipegang dan cerita yang aku pasang itu ditutupnya. "alaaaa, org baru nak tengok cerita tuu" aku mengeluh.

"tak payah la, tak best. Kita tengok la cerita lain ea. Detective conan ke? Best tuuu". Hana menunjukkan lesung pipit kepunyaannya. Haih, makin cair aku melihatnya. "ikut laaa, org tengok je la" Sejujurnya aku sangat suka kalau Hana baring atau duduk di sebelah ku. Apatah lagi dia selalu sahaja menempelkan badannya ke badanku. Ia membuat jantung aku bagai nak pecah.

Detective conan ni cerita kegemaran Hana. Semua episod DC ni dia ada. Siap hafal lagi lagu cerita ni. Katanya dia suka tengok conan sebab conan hensem dan bijak. Haa, lagi satu sebab dia suka cerita ni ialah tak melaghokan. Banyak input yg dia dapat bila tengok citer tu. Aku tak berapa faham sebenarnya input yang dimaksudkan, tapi aku mengiyakan sahaja la.

"Misyaaaa~~~" panggil Hana.

"yep"

"Pintu berkunci tak?"

Aku menoleh ke arah pintu bilik tapi tak dapat nak dipastikan sama ada berkunci ataupun tidak. "tak tahu, kenapa?"

"hmmm, takde pe la. Sambung la tengok cerita" aku memandang pelik ke arah Hana. Dah kenapa dia ni, tiberrrr.

Tengah syok duk melayan movie conan. Phone Hana berbunyi pula. Dia segera melangkah ke katilnya dan menjawab panggilan tersebut. Dari ekor mataku, aku dapat melihat yang Hana memandangku sebelum keluar daripada bilik. Aku curious tapi aku pendamkan sahaja.

Terasa bahuku disentuh. Aku segera menanggalkan headphone yang dipakai. "Taknak tidur ke? Dah jam 1 pagi daaa ni" tanya Hana. Aku tak perasan bila dia masuk bilik sebab aku pakai headphone, terlampau khusyuk tengok cerita sehinggakan tak sedar yang hari dah lewat malam. Aku terus menutup laptop dan pergi ke tandas untuk membasuh kaki dan menggosok gigi. Rutin harian sebelum tidur.

Apabila aku masuk ke bilik. Hana telah siap berbaring di ruang tengah bilik. Aku baring di atas katil sambil bermain phone. "taknak tidur bawah ke malam ni?" tanyanya.

Hurt Where stories live. Discover now