Misya POV
Aku memeluk tubuhku yang kesejukan kerana cuaca pagi ini yang begitu dingin. Mataku pula terarah ke laut yang terbentang luas di hadapanku. Aku menghirup udara segar sambil memejamkan mataku. Terasa lapang minda dan hatiku ketika ini.
Tahun ini benar-benar banyak dugaan yang menimpaku. Kesemua kejadian itu pula sangat memberikan kesan padaku. Aku terluka fizikal dan mental bahkan nyawaku juga menjadi taruhan. Aku kehilangan banyak perkara namun itu semua telah berjaya diganti dengan kehadiran dia yang selama ini aku tunggu-tunggu. Dialah-
"Morning sayang~~".
Terasa tangannya melingkar di perutku. Aku memegang tangannya dan mengusapnya perlahan.
"Awal bangun" katanya yang meletakkan dagunya di atas bahuku.
"hmmm, saja nak ambil angin pagi" balasku.
"Are u okey though? nampak jauh ja mengelamun tadi"
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata "Im fine baby. Just teringatkan apa yang berlaku. You know banyak benda yang terjadi kat saya and em, kita".
"Aww, its okey la sayang. Its in the past already and also you have me here. I'll make you forget all of the bad memories" dia mencium pipiku.
Bibirku terus mengukir senyuman. Aku berpusing, menghadap dia. Badanku disandarkan pada pagar balkoni. Aku memeluk hana seketatnya dan aku cium bau jasmine yang melekat pada tubuh hana. Ianya tidak pernah gagal untuk menenangkanku.
"Hana. Can we-" bicaraku terganggu dengan jeritan rakan-rakanku dari bawah. Aku segera melepaskan pelukanku dan memandang kristy, shazzy & shae yang lengkap berfesyen.
"HEYYOOO! Sudah-sudah la tu berpeluknya. Spend la masa dengan kitorang pula" jerit kristy.
"Entahhh. Dah la aku tak pernah jejak kaki kat Hawai ni. Misya, jom laaa kita keluar jalan-jalan. Sambung malam nanti la nak berasmaradana tu" shazzy pula menjerit.
"yaaa, kejap laa. Bagi la kami masa sekejap je then kami turun" aku membalas.
"Cehh, menyempat. Kalau tak turun dalam masa 10 minit, kitorang serang bilik kau" ugut kristy.
"yaaaa. nak turun dah ni" kataku dengan nada geram. Kacau betul!
Hana ketawa melihat reaksiku. "Jom la babe. Kesian diorang tunggu kita. Nanti malam kita sambung okey?" pujuknya. Aku mencebik.
**********************************
Aku memandu kereta membelah jalan raya yang agak sibuk ini. Hari sudahpun menginjak ke waktu petang dan tempat yang aku tuju ini adalah destinasi terakhir kami sebelum pulang ke banglo milikku.
Suasana dalam kereta sangatlah bising dengan telatah kristy dan shazzy yang tidak habis-habis bergaduh. Shae pula lebih memilih untuk melayan perasaan dengan memakai headphone di kepalanya. Aku tahu dia pasti sedang fikirkan tentang mina.
Bercakap pasal mina, aku masih lagi tidak dapat menghubunginya selepas dia kembali ke Jepun. Entah macam mana keadaannya sekarang ini. Aku harap dia akan pulang ke sini secepatnya kerana aku amat merinduinya.
"Babe" hana memanggilku.
"hm"
"Penat? Nak saya drive pula?" soalnya. Aku menggelengkan kepala dan memberikannya segaris senyuman.
"Okey. Kalau penat beritahu tau and your friend tahu tak ni kita nak pergi pantai dia ni?" - hana
"Yeah. Dia tahu and she will be there too" - aku
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...