Misya's POV
Hubungan adlina dan aku menjadi semakin akrab. Kitorang selalu keluar berdua ke mana-mana. Perkara ini telah menyebabkan aku sering keluar dari bilik dan perasaan aku pada Hana juga semakin memudar. Walaupun masih ada sedikit rasa cinta itu, aku yakin bahawa satu hari nanti, aku akan dapat move on sepenuhnya. Time will heal everything.
Walau bagaimanapun, aku tetap cuba untuk menjaga hubungan aku dengan Hana. Bagiku, roommate perlulah berbaik dan suasana akan menjadi tidak seronok sekiranya bermasam muka. Lagipun aku tak suka suasana yg suram dan sunyi di dalam bilik.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, aku tidur di bilik ad. Sesaje nak teman dia. Aku hanya balik pada masa tertentu sahaja ke bilik. Beberapa malam terakhir sebelum cuti tamat. Aku berborak dengan Hana.
"Hana, malam ni sy nak tidur kt bilik la. Lama dh tk tido kat bilik" kataku kepada Hana yang khusyuk bermain phone.
"kenapa nak tidur kt bilik? Bukan dh ada bilik lain ke?" katanya separa menyindir. Aku hanya tersengih macam kerang wangi.
"Alaaa, biar la. Bilik sy gak kan" - aku
"laaa, mengaku rupanya ni bilik dia. Ingatkan dh lupa jalan balik bilik" - Hana.
Dahi aku berkerut. Hana ni kenapa? Macam marah pun ada. "Hana kenapa?" tanyaku.
"kenapa apa? Betul la apa sy cakap kan" - Hana
"hmmm, takpa lah. Org tidur bilik ad je la mlm ni." balasku sambil bangun dari katil.
Hana memegang tangan aku. "Tidur la sini malam ni" ujar Hana. "Taknak, werkkk" aku membalas dendam. Hahaha. Namun ketawa aku terhenti apabila melihat dia memuncungkan mulut. Halah², nak merajuk la ni. Haih, ni yg lemah ni. "Yela², sy tidur kt bilik" kataku. "tapi sy nak keluar kejap. Pergi bilik ad" sambungku lagi.
Hana hanya mengangguk dan sambung bermain phonenya. Entah apa yg menarik sangat di phonenya tu. Aku hanya menggelengkan kepala.
************************************
Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Aku masih lagi berada di bilik ad. Bersembang segala macam perkara. Disebabkan malam semakin larut, aku meminta untuk kembali ke bilik. Namun ad memujuk aku untuk tidur dengannya. Aku merasa serba salah. "Sori ad, sy dah janji ngn someone. Untuk tidur di bilik malam ni". Aku mengusap kepalanya perlahan. "malam esok keyh, sy tidur sini lagi" pujukku.
Ad hanya mengangguk lemah. 'okey la tu, pandai² la aku pujuk dia besok' getus hatiku. "saya balik dulu naa" ujarku.
"okey. Jangan lebih². Tidur je eh" pesan Ad. Aku sedikit blurr dan kurang mengerti apa yg cuba ad sampaikan. Tetapi aku mengiyakan sahaja apa yg dikatakannya.
Langkahku disusun laju ke arah bilik. Pintuku buka. Terpampang jelas muka Hana yg lena diulit mimpi. Aku segera masuk dan membaringkan tubuhku di sebelahnya. Katil kami dirapatkan selepas kejadian yang tak diingini telah berlaku di asrama ini.
Throwback....
"weyyy, perverttt. Aaaaaaaaaa". Kedengaran suara jeritan dari aras 4. Aku terkejut. 'pervert?'. Siapa pula ni. Aku dan Hana saling berpandangan. Hana segera bangun dan mengunci pintu.
Kami terus membuka group whatsaps asrama.
Kepada semua pelajar asrama. Mohon kunci pintu bilik masing² ya waktu tidur pada waktu malam. Telah kedapatan seorang lelaki melancap di tangga aras 4. Jadi sy mohon sangat kepada semua untuk jaga keselamatan. Jangan berpakaian terlalu seksi dan pergi ke mana² pun mestilah berteman. Jangan pergi berseorangan.
- Exco AsramaHana mengeluh. "kita rapatkan katil, jom, sy takut" pintanya. Dalam hati aku, aku menolak keras permintaannya. Haih. 'bila dah rapat katil, macam² boleh jadi'. Tetapi aku membalas juga dengan anggukan kecil.
Done throwback~~~
Aku berbaring menghadap Hana. Tangannya berada di pinggir katil aku. Perlahan-lahan aku menggerakkan tanganku, untuk memegang tangan Hana. Namun, aku menariknya kembali kerana aku takut Hana marah. End up, aku hanya meletakkan tanganku di sebelah tangannya. Sedikit bersentuhan dengan tangan dia.
Tiba² Hana bergerak. Aku terkejut dan cepat² melarikan tangan aku. Mataku dipejam. Dapat aku rasakan Hana mengubah posisi tidurnya menghadap ke arah aku. Aku menjadi tidak keruan. Aku insomnia.
Hampir 15 minit aku cuba untuk melelapkan diri tetapi tetap mata aku segar. Sekali lagi aku meletakkan tanganku di sebelah tangan Hana. Secara tiba² tangan ku digenggam oleh Hana. Dia menggosok tanganku menggunakan ibu jarinya. Aku terkedu. Aku cuba untuk meleraikan pegangan itu tetapi Hana semakin erat memegang tanganku.
Dia memandang ke arahku seraya berkata "tidurlah" sambil menggosok lembut tanganku. Jantung aku mengepam laju. Unexpected situation. Dan aku tidak percaya yang Hana akan memegang tanganku dalam keadaan dia dan aku sedar.
Disebabkan tangan kami bertaut, aku terpaksa memusingkan tubuhku menghadap Hana. Hal ini adalah untuk mencari keselesaan dan posisi tidur yang sesuai. Namun, pada masa yang sama, genggaman tangan itu juga berjaya membuat aku berasa selamat dan selesa. Biarlah untuk seketika, aku ingin merasa bahagia. Aku memerhatikan Hana tidur dan akhirnya aku pun turut terlelap.
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...