Misya POV
Selepas kejadian pada malam itu, aku sekali lagi mula menjauhkan diri daripada Ad. Pintu bilikku juga sering dikunci kerana aku takut dia akan menerjah masuk. Kerapkali aku mendengar ketukan di luar bilikku ketika Hana tiada di bilik. Aku tidak mengendahkannya. Aku berharap yg Ad akan mula putus asa dan tidak lagi mengejarku.
"misya" panggil Hana.
"ya?" balasku.
"nak tanya sikit boleh?" - Hana
"hm, tanyalah" - aku
"kenapa kamu selalu kunci pintu?" - Hana
Aku terkedu tapi aku tidak cepat menggelabah.
"saje nak privacy" - aku
Hana terdiam selepas mendengar jawapanku. Maaf Hana, aku terpaksa berbohong.
"hm, ok. Btw sy nk bagitau yg ptg td kunci bilik sy trjatuh and sy belum jumpa lg. Boleh tk kamu jgn kunci pintu esok?" - Hana
"hilang kt mane? Mcm mane boleh hilang? Dh habis cari?" soalku bertubi-tubi. Aku cuak. Macam mana kalau Ad yg jumpa kunci tu.
I'm doomed...
Aku segera berdiri dan melangkah keluar daripada bilik. Langkahku diatur ke tandas. Aku menbasuh mukaku berkali-kali. Selesai membasuh muka, aku berjalan ke arah tangga hujung aras. Aku duduk termenung di tangga itu. Air mataku gugur. Semakin lama semakin deras air mataku mengalir.
Aku takut...
***********************************
Hana POVSejak akhir² ini, aku sering melihat misya termenung. Dia juga seolah-olah berubah. Dia bukan lagi misya yg dahulu, yg peramah dan banyak bercakap. Kadang² aku pelik dan ingin bertanya kepada dia. Tetapi aku lebih memendam rasa sebab aku tidak mahu dikatakan menyibuk tentang hal dia. 'Hm, misya ada masalah ka?' hati kecilku berkata.
"HANAAAAAA!!!". Aku terkejut dan segera berpaling ke arah pemilik suara. "Ya Allah Sofi, terkejut sy. Nasib takde sakit jantung, kalau tak. Haihh" kataku sambil mengurut dadaku.
"itulah, sy panggil kamu tak dengar. Dah banyak kali kot sy panggil, habis suara sy yg lunak ni" adu Sofi.
"halah², kenapa panggil? Sori, berangan jap tadi" - aku
"Eleh, tahu la dh bahagia. Pakwe hang suruh hang buka ws. Dia ws aku tadi, minta bgtau hang suh buka ws" - Sofi
"oooo, okokkk. Thanksss" - aku
Aku segera menyeluk saku beg sandangku. Phoneku dibuka dan ternyata banyak notifications daripada si dia. Aplikasi ws ku buka dan ws nya ku baca satu persatu. Namun aku tidak membalas chat tersebut malahan aku menutup aplikasi whatsapp itu.
Call log aku buka dan nombor si dia ditekan. 3 kali berdering, si dia mengangkat telefon.
"assalamualaikum" - aku
"waalaikummusalam, kenapa tk balas chat?" - si dia.
"kamu dh mandi? Dh makan?" - aku. Soalannya tidak aku endahkan.
"belum..."
Ketika aku syok on call dengan si dia. Misya melangkah masuk ke ruang kamar. Mukanya kusut dan matanya sembap macam baru lepas nangis. Sempat aku melihat dia menegur Sofi dan senyuman yg dilemparkan juga macam dibuat-buat.
Misya kenapa?
************************************
Adlina POVBarang di atas meja study, ku humban semua ke lantai. "Kau tunggu je nanti Misya, aku akan dapatkan kau walau bagaimanapun caranya".
Tokkk tokkk
'sape pulak yg datang ni' getus hatiku. Aku berjalan ke arah pintu dan membukanya. Berdiri insan yg tak dikenali di hadapanku.
"ya, ada apa?" soalku.
"hai, sori ganggu. Sy dengar macam bunyi bising² tadi. Itu yg sy datang sini sekaligus kwn² sy juga minta sampaikan pesanan" hurainya panjang.
"apa?" balasku acuh tak acuh. Menyemak je perempuan ni, dah la tak cantikk. Cantik lagi Misya.
"diorg minta awk diam sikit. Sebab mengganggu diorg nak study" katanya.
Hatiku panas. Belum sempat perempuan tu menyambung kata-katanya. Aku terlebih dahulu menghempas pintu. "Ini semua sebab kau Misya, kalau bukan sebab kau, aku takkan jadi macam ni" bisikku perlahan.
Aku mengukir senyuman sinis. Aku tahu apa yang perlu dilakukan. Siap kau misya! You'll be mine honey. Only mine!
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...