Bab 17

2.3K 78 2
                                    

Misya POV

Aku menjadi semakin lega selepas meluahkan semuanya pada Hana. Dia juga begitu khusyuk dan fokus pada ceritaku. Aku merasa senang dan gembira. Perhatian yg jarang aku dapat daripada Hana. Namun begitu, dalam hati aku, terdapat sedikit kegusaran.

"Hana, kamu jgn salah anggap pula pd sy" kataku memecahkan kesunyian.

"eh, taklah. Sy tgh fikir kenapa si Ad, kwn awk tu jadi mcm tu?" - Hana

Aku turut berfikir. Selama ini aku tidak pernah fikirkan hal itu. Dalam fikiran aku, Ad seorang yang psycho dan aku takut dengan dia.

"kamu tak pernah tanya dia ka?" soal Hana.

Aku hanya mengeluh. Macam mana aku nak tanya kalau Ad tak pernah beri aku peluang. Dia selalu melakukan perkara yang menakutkan aku.

"Hey, Misya. Kamu okey tak?" tanya Hana sambil tangannya memegang bahuku.

Aku tersentak. "Ha? Ok je. Kenapa?".

"takdelah, kamu tiba² termenung. Jadi sy risau" - Hana

Aku cuba untuk menutup kerisauan aku dengan mengukir senyuman pada Hana. Dan dia turut membalasnya.

"Ha...." belum sempat aku habis memanggil Hana. Telefon bimbit Hana berbunyi. Terpampang nama boyfriendnya, Hafiz.

Hana mengangkat panggilan tersebut. "awk, kejap ya" kata Hana pada si pemanggil.

"kamu nak cakap ape?" Hana bertanya kepadaku.

Aku hanya menggeleng seraya berkata "takde pelah. Oncall lah, sy nak keluar. And dah habis oncall, bagitahu". Aku tak betah berada di dalam bilik. Hatiku masih lagi sakit apabila melihat Hana bersweet² dengan Hafiz. Biarlah aku membawa diri.

"Misya" panggil Hana ketika aku memegang tombol pintu bilik. "will u be okay?".

Aku mengangguk lalu membuka pintu dan keluar daripada bilik. Sementara menunggu Hana menghabiskan oncallnya. Aku mengorak langkah ke bilik kristy. Lama sudah aku tidak berkunjung ke bilik dia.

Sesampainya aku di hadapan bilik Kristy, aku tidak mengetuk pintu tersebut tetapi aku membuka pintunya perlahan-lahan. Aku melihat-lihat di sekeliling bilik Kristy. Kelibat Kristy tiada pula di dalam bilik.

"huwarghhhhhhh" jerit seseorang di telingaku. Aku terperanjat dan hampir ingin menjerit. Segera aku memandang si pemilik suara iaitu Kristy.

"HAHAHAHAHA, weyyy, kau patut tengok muka kau bila terkejut tadi doeee. Sumpahh lawakkkk" ujar kristy sambil memegang perutnya.

"jahat eaa kau, takpaaa. Ni hari kauuu. Lain kali siap la kauuuu" balasku geramm.

"adoiii, senak perut aku gelakkk" Kristy menghabiskan sisa tawanya.

Aku memandang ke arah Kristy dengan menunjukkan riak muka acah² marah.

"janganlah marahh titeww. Titeww gurau jeeee" sambung Kristy sambil muka comelnya ditunjukkan.

Aku tergelak kerana mukanya itu. "Haih, ingat comel la tu ha?" aku memerlinya.

"hellooo, aku ni cantik au plus comel lagi" katanya sambil mengerdip-ngerdipkan matanya. Aku tergelak dengan telatah Kristy.

Kristy melangkah masuk ke dalam bilik diikuti dengan aku. Aku mula bersembang dengan Kristy sehingga larut malam.

************************************

Cuti selama seminggu ini amat membosankan. Assignment yang banyak telah berkurang tetapi masih lagi berbaki empat hari cuti. Aku tidak merancang ingin kemana-mana kerana ingin menjimatkan duit.

Hana terlebih dahulu meninggalkan aku. Awal pagi tadi dia telah keluar berjalan-jalan ke merata tempat. Katanya mahu buat food hunting. Mungkin akan balik pada waktu malam. Aku sedikit risau kerana berseorangan.

Tokk tokk tokk

Aku memandang pintu bilikku. Sedaya upaya aku cuba untuk mendiamkan diri supaya insan di luar bilik itu tidak mengetahui bahawa aku berada di dalam bilik.

Setelah beberapa minit, derapan kaki kedengaran menandakan insan itu telah berlalu dari bilikku. Aku menghembus nafas lega.

Tingg~~

Notification whatsappku berbunyi.

Misya, datang bilik jap.
Sekarang!
- Kristy

Kenapa?
- aku

Datang jaa. Ada nak
bagitahu something
- Kristy

Okkk. Jap
- aku

Aku tidak memikirkan perkara yang pelik kerana Kristy pernah juga menghantar ws sebegini kepadaku. Tanpa berlengah lagi, aku terus menapak keluar daripada bilik dan bergerak ke bilik Kristy.

Belum sempat aku memegang tombol pintu bilik Kristy, mulutku ditekup oleh seseorang dan aku rebah, tidak sedarkan diri.

Hurt Where stories live. Discover now