Misya POV
Aku melangkah masuk ke dalam kawasan asrama dengan langkah yang berat. Pelbagai perkara bermain di mindaku ketika ini. Aku tidak tahu sama ada aku mampu menahan amarah apabila berhadapan dengan ika nanti. Aku menekan butang lif. Sementara menunggu lif tiba, aku mengeluarkan telefon pintarku.
Ting~~
Pintu lif terbuka. Aku masuk ke dalam lif tanpa memandang siapa yang berada di dalamnya.
"Hai, Misya kan?" tegur seseorang di sebelahku.
Aku mengangkat kepala dan melihat seseorang yang tidak aku kenali tetapi wajahnya seperti aku pernah lihat.
"Ya. emm. kenapa ya?" soalku lembut. Aku memutarkan badanku ke arahnya. Dahiku berkerut menunjukkan bahawa aku masih lagi tidak dapat menangkap siapakah yang berada di hadapanku ini.
"Saya Jun. Kawan ika. Ika pernah tunjuk gambar misya kat saya. Tu yang saya tegur. Takut juga salah orang tadi, nasib betul" jelasnya diselangi gelak tawa.
Seusai mendengar nama itu, riak wajahku mulai berubah. Api amarah yang baru sahaja mengecil terus membesar kembali. Terasa membahang mukaku kerana menahan amarah namun cepat-cepat aku tutupi dengan sebuah senyuman.
"Ohh. Hai juga. Ika ada tunjuk gambar saya? hm, segan laa saya camni" aku berpura-pura malu, tidak mahu dia berasa pelik apabila melihat wajahku yang kemerahan.
"Eh jangan la segan. Buat biasa ja la. hahaha" - Jun
Ting~~
Lif berhenti di arasku. Aku memberikan anggukan kecil kepada Jun sebelum melangkah keluar daripada lif. Namun langkahku menjadi perlahan apabila aku melihat hana yang baru sahaja keluar dari bilik. Tangannya penuh dengan periuk dan pinggan. 'Mungkin dia baru lepas makan' hatiku terdetik. Dia memandangku, jelas terpapar riak terkejut di wajahnya.
Aku membatu. Tidak tahu sama ada mahu terus berjalan ke hadapan ataupun mengundur jauh daripadanya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk teruskan berjalan dan mengabaikan hana yang berdiri seperti tugu di hadapan bilik itu.
"Misya" panggil hana perlahan.
"Later" balasku pendek kerana api kemarahan masih lagi menyala di dalam hatiku. Apabila aku tengah marah, sesiapa yang mengangguku akan ditengking dan aku tidak mahu hal itu berlaku pada hana.
Aku melempar badanku di atas katil. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam satu hari ini, membuatkan aku menjadi penat. Selain fizikal, mental aku juga sangat penat dan perlukan rehat. Oleh itu, aku tidak mahu diganggu buat sementara waktu. Aku mematikan telefon pintarku dan menulis nota kecil kepada hana.
'Tolong kunci pintu dan jangan benarkan sesiapa masuk
even ika sekalipun. I need to rest for a while. Please...'- misya
Aku menyelitkan nota itu di bawah telefon pintar milik hana. Aku kemudiannya memakai earphone dan memasang lagu kegemaranku. Aku menutup wajahku dengan hoodie yang ku pakai kerana cahaya matahari yang begitu terang telah memenuhi ruang bilik. Aku tidak mahu menutup langsir kerana hana masih lagi belum habis mengemas tempat memasaknya tadi. Bau masakan juga masih lagi berlegar di ruangan kamar.
Malas berfikir lebih lanjut, aku terus menyelesakan diri dan memejamkan mataku. Aku tidak tahu apa yang aku rasakan kini. Aku marah dan kecewa pada ika kerana mempermainkanku tetapi dalam masa yang sama aku juga berasa lega kerana aku tidak lagi perlu memikirkan alasan untuk putus dengannya sekiranya aku tidak mampu untuk jatuh cinta padanya.
'Hana' sebutku di dalam hati. 'Susahnya aku nak lupakan kau. 3 tahun berlalu dan perasaan aku pada kau masih lagi sama. Kekadang aku merasakan seperti orang bodoh kerana mencintai orang yang tidak mencintaiku. Bahkan, aku masih lagi berharap sampai sekarang yang kau akan membalas cintaku. Bodohkan aku?' Aku melepaskan keluhan berat. Aku penat dengan hal yang dinamakan cinta ini.
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...