Misya POV
Silauan cahaya menyinggah di mataku diikuti dengan suara jeritan seseorang yang memanggil doktor. Aku mengerdipkan mataku beberapa kali untuk menjelaskan lagi pandanganku.
Syiling putih ku pandang lama sebelum mataku beralih ke arah sepasang suami isteri yang berada di hujung kakiku.
'Mama, papa' panggilku di dalam hati.
Doktor yang masuk segera menyuluh mataku dengan lampunya sendiri. Senyuman lebar diukirkan kepadaku. Aku cuba untuk membalasnya.
Kedengaran ucapan syukur yang diluahkan berkali-kali. Aku memandang ke arah mama dan papaku. "Maa, papa" panggilku.
Mama dan papa segera mendekatiku. Tanganku digenggam oleh mama. "ya sayang, Alhamdulillah anak mama dah sedar" mama menyeka air matanya yang jatuh membasahi pipi.
"Apa yang berlaku ni mama? Kenapa Misya ada di hospital?" soalku.
"Misya tidak ingatkah apa yang berlaku?" tanya mama.
Aku mengerutkan dahiku lalu menggeleng perlahan.
Mama memandang ke arah papa.
"Ma, misya accident ke? Berapa lama dah misya tak sedar ni mama?"
"2 minggu sayang" balas mama ringkas.
"Misya bukan accident sayang, misya... " belum sempat mama habiskan ayat.
"Tuan, puan. Sy minta maaf kerana mengganggu tetapi anak puan perlukan rehat yang secukupnya. Jadi, biarlah dia berehat dahulu ya puan" kata Dr yang bertugas pada ketika itu.
Mama dan papa mengangguk. " Anak mama berehat la ya? Mama pergi dulu ya. Mama sayang kamu sangat" ujar mama sambil mengusap pipiku perlahan. Aku membalas dengan anggukan kecil sebelum aku kembali terlelap.
*********************************
Hana POVDrrtt drrtt, Drrt drrt
Aku memandang ke arah phoneku. Tertera nama 'mama misya'. Aku segera mengangkat panggilan itu.
"Hello Assalamualaikum ma" - Hana
"Waalaikummusalam Hana, mama nak bagitau, Misya dah sedar" kedengaran suara mama yang kegembiraan. Kalimah Alhamdulillah tidak lekang daripada bibirnya.
"Ye ke mama? Hana nak pergi sana mama, Hana nak jumpa Misya" balasku. Air mataku mengalir perlahan-lahan. Sungguh aku rindu dia.
"Dr tak benarkan lagi sekarang ni sayang. Hana datang esok ya. Sebab Dr cakap Misya perlukan rehat yang secukupnya" pujuk mama.
"Okey mama, baik. Sampaikan salam Hana pada Misya. Esok Hana melawat Misya ya mama. Bye assalamualaikum" kataku seraya meletakkan telefon.
Aku segera keluar daripada balik dan berlari ke arah bilik Kristy. Diorg perlu tahu yang Misya dah sedar.
Tokk tokk.
"Masukk" kedengaran suara dari dalam bilik.
Aku membuka pintu perlahan-lahan, kelihatan Kristy dan Shazzy sedang baring di atas katil.
"Kenapa Hana?" tanya Kristy.
"Misya dah sedar" ujarku.
Mereka bingkas bangun dari perbaringan. Mata mereka membesar. "Serius laaaa? Alhamdulillahh, jom melawat dia" ajak Shazzy.
"Alhamdulillah Ya Allah. Jom kita pergi sekarang la" tambah Kristy.
"Eh², mama cakap tadi, Dr tak benarkan sesiapa kacau Misya sekarang. Dia perlukan rehat yang secukupnya" terangku.
"alaa, bila la boleh jumpa dia. Aku rindu dia sangat² dah ni. Hmm" keluh Kristy.
"Esok kita boleh pergi tengok dia. Takyah la nak sedih sangat naaaa" aku memujuk Kristy.
Kristy kembali senyum, menunjukkan barisam giginya yang teratur. Jelas terpancar riak kegembiraan di muka mereka berdua apabila mendengar berita tentang Misya.
Sungguh, kami rindukan Misya. 2 minggu tanpa dia di asrama, terasa sunyi sekali. Sebelum ni, dia lah yang menghiburkan kami dan apabila dia tiada, kami rasa sangat kehilangan.
Kejadian yang berlaku pada Misya telah menyebabkan kami semua trauma. Bilik yang dijadikan tempat kurungan Misya telah dikunci dan tiada siapa dibenarkan pergi ke situ lagi. Ad juga telah ditahan oleh pihak polis atas cubaan membunuh. Dia dipenjarakan selama 5 tahun.
"Hanaa".
Aku tersentak. "Ya?" aku memandang ke arah Shazzy dan Kristy.
"kau menung apa?" tanya Shazzy.
"takdelah, just teringat kejadian tu ja. Hmm"
"aku pun still lagi teringat, especially kejadian kat tangga tu" - Kristy.
Shazzy mula menangis. "Aku takut sangat masa tu, aku takut Misya mati"
"yee. Aku pun fikirkan benda yang sama masa tu"- Kristy."Dah la tu, benda dah lepas. Sekarang ni kita fokus pada Misya keyh korang? Lagipun dia dah sedae sekarang." aku cuba mengalihkan topik.
"tula, aku bersyukur sangat dia dah sedar, 2 minggu ni aku asyik fikirkan pasal Misya ja. Aku risau" kata Kristy.
Wajah Kristy ku pandang, jelas riak keikhlasan di mukanya itu. Betapa dia maksudkan apa yang dikatakannya.
'Aku lagi risau pada dia. More than you guys' bisik hati kecilku.
TBC...
#StayTunedGuys.
#I'mback
#Hurt
YOU ARE READING
Hurt
RomanceFall in love with the wrong person at the wrong time. Or Maybe she is the right person but only we fall in love at the wrong time... "kenapa berubah?" - misya "why persoalkan, its up to me if i want to change." - hana "you'll be mine, Misya. Only m...