Bab 30

2.2K 75 7
                                    

2 WEEKS LATER~~~

Misya POV

Aku melihat sekeliling bilikku, cuba untuk memastikan semua barangku yang penting telah diambil dan disimpan di dalam beg. Aku hanya membawa balik barang-barang yang penting sahaja sebab aku tahu yang nanti aku akan kembali lagi ke rumah ini.

"Misya, dah siap?" tegur ika dari luar bilik. Aku menganggukkan kepalaku perlahan. Terasa berat hati ini untuk pulang ke Malaysia. Namun dalam masa yang sama, aku tetap berasa teruja kerana akan dapat berjumpa dengan mama, kristy dan shazzy. Betapa rindunya aku pada mereka.

"Hey, are you okey?" ika menyentuh bahu kananku. Aku memusingkan badan ke arah ika lalu memeluknya. "Ika... kalau aku balik, mesti akan berjumpa dengan dia. Aku tak kuat" aduku. Ika membalas pelukanku dan mengusap kepalaku. "Jangan risau key, aku kan ada. And kau dh pun move on kan sikit-sikit daripada dia?" soal ika.

"hmm, sikit laa" ujarku. Sejujurnya, kehadiran ika selama 2 minggu di Switzerland ini telah membuatkan hatiku beransur-ansur pulih namun belum sepenuhnya. Begitu kuat penangan hana sehinggakan aku mengambil masa yang terlalu lama untuk move on daripadanya.

"Misya, aku akan pastikan kau pulih sepenuhnya. Aku akan cuba sedaya upaya untuk curi hati kau supaya hana tidak lagi bertakhta di hati kau. Please bagi aku peluang" rayu ika.

Aku meleraikan pelukan dan mataku menatap mata ika, cuba untuk mencari keikhlasan terhadap kata-katanya tadi. "ika..." namanya ku sebut perlahan.

"ya misya, aku tahu kau takut aku terluka tapi hati aku dah pilih kau. And aku tetap dengan keputusan aku. Aku tahu berat untuk kau terima sebab kau baru lepas broken tapi aku sanggup tunggu kau. Ambillah masa kau, aku takkan paksa or desak kau." ika meletakkan tangannya di pipiku. Dia mengukirkan senyuman manis kepadaku.

Aku memegang tangan ika dan menciumnya. "Thanks ika" tuturku perlahan namun cukup untuk didengari oleh ika. Aku teringatkan hari di mana ika mengatakan hal yang sama kepadaku.

Throwbackk~~

Aku mula melangkah tanpa menoleh ke belakang sedikitpun. Namun langkahku terhenti apabila seseorang memelukku dari belakang. "aku tak kisah pun kau bengkok. In fact aku lagi suka bila tahu kau sukakan perempuan" kata ika. Aku yang terkejut dengan apa yang diperkatakan segera memalingkan badanku ke belakang.

"Apa maksud kau?" dahiku berkerut menunggu jawapan daripada ika.

"Sebenarnya, a-aku da-dah lama suka kau tapi aku sembunyikan perasaan ni sebab aku takut kau tak boleh terima yang aku ni tak straight" ujar ika.

Aku melepaskan keluhan berat. "Ika, aku bukan taknak terima kau tapi kau pun tahu kan yang hati aku masih lagi belum pulih. Hati aku ni masih lagi terukir nama hana. Aku taknak kau terluka ika". Aku memeluk ika tanpa ika membalas pelukanku. Mungkin dia kecewa dengan jawapanku.

"Thanks sebab sukakan aku. Aku minta maaf sebab tak mampu nak balas cinta kau" aku berbisik di telinga ika. Setelah beberapa minit ika mendiamkan diri, dia mula berkata "misya, masih terlalu awal untuk kau berikan jawapan. Aku akan cuba sedaya upayaku untuk pulihkan hati kau dan selepas itu barulah kau berikan jawapan, boleh?" pujuk ika.

Hurt Where stories live. Discover now