Bab 26

1.9K 73 6
                                    

"Misya, aku tahu kau sukakan hana and aku tak pandang kau serong pun. Aku okey ja kawan ngan kau" kata Kristy ketika dalam perjalanan balik daripada jogging.

"aku minta maaf. aku pun tak minta perasaan ni weh. tapi dia datang sendiri" kataku. Air mata mula bergenang di kelopak mataku. Aku memandang sayu ke arah Kristy. Hatiku terasa begitu sakit sekali dan aku juga merasakan seolah-olah sebahagian daripada semangat hidupku hilang begitu saja.

"Aku faham perasaan kau babe. Dont worry, aku ada untuk kau keyh? Cuma aku minta kau jangan ikutkan perasaan sangat tau. Kau baru ja sembuh, aku taknak tengok kau sakit lagi." - Kristy.

"Aku okey ja. Sakit sikit ja, biasa la kan kecewa sikit-sikit." Aku cuba untuk berlagak tenang. Sesampainya di rumah, Kristy memelukku lama, cuba untuk menyalurkan kekuatan kepadaku. Aku membalas pelukannya. "Thanks a lot Kristy. You're my bff and I love you" bisikku padanya.

"I know and I love you too. So dont be sad, I'm here for you. If hana hurt you again, tell me okey? I'll kick her ass" Kristy berseloroh padaku. Aku hanya ketawa kecil.

"Look misya, dont do something dumb coz of this things" pesan kristy. Aku memandangnya sekilas lalu menundukkan pandangan. "Please, jangan menghilang" tambahnya lagi. Aku hanya mampu mengangguk. "Promise me?" Kristy menghulurkan jari kelingkingnya. Aku memandang wajah kristy yang kelihatan sangat ikhlas. Aku mengeluh, baru sahaja aku bercadang untuk menghilangkan diri untuk sementara waktu bagi menenangkan hatiku.

"Kristy, aku..." 

"aku faham. Kau boleh ambil masa kau tapi kau kena inform aku mana kau pergi so that aku tahu keadaan kau, aku taknak biarkan kau hilang macam tu ja, boleh?" soalnya.

"hmmm, tapi kau janji takkan bagitau orang lain?" aku membalas pertanyaannya kembali.

"ya, aku janji. nih" ujarnya yang masih lagi tidak menurunkan jari kelingkingnya. Aku menyambut jari itu dan segera memeluk kristy. Aku bersyukur sangat sebab dikurniakan kawan yang baik seperti kristy.

*********************************

AUTHOR POV

A few days later...

"kristy, mana misya?" soal shazzy setelah beberapa hari misya tidak munculkan diri di kampus. 

"Entah" kristy menjongketkan bahunya. 

"Kau tak risau ke?" soal shazzy lagi.

"nak risau apa?" - Kristy.

"haish, kau ni pelik la. takkan kau tak risau kat kawan baik kita? Dia tak datang kelas dah 3 hari kot. ke kau ada tahu pape ni?" shazzy mula memusingkan badannya ke arah kristy. Serangan tiba-tiba itu telah membuatkan kristy menjadi tidak keruan namun cuba untuk dikawalnya. Dia sudah berjanji tidak mahu memberitahu sesiapa pun tentang keberadaan misya.

"memang la aku risau tapi dia dah besar la . So aku rasa di boleh jaga diri dia. Maybe dia ada hal kat umah sebab tu lah dia tak datang" jawab kristy. 

"kau ni kan, memang tak pandai menipu kan? Cepat laaa, aku tahu kau ade hide something ni. tak pernah-pernah pun kau cakap macam ni bila aku sebut pasal misya. Biasanya kau la yang paling risau" desak shazzy.

Kristy melemparkan senyum kelat pada shazzy. Desakan demi desakan yang telah diberikan oleh shazzy telah menyebabkan kristy mengalah. Akhirnya dia memberitahu pada shazzy tentang keberadaan misya dan sebab kenapa misya bertindak sedemikian. Namun, kristy tidak pula menyebut nama insan yang melukakan hati misya. Biarlah shazzy menganggap bahawa manusia yang mengecewakan misya adalah lelaki.

"tulah, aku dan cakap. Misya ni senang sangat beri hati pada orang, kan dah kecewa macam ni..." shazzy terus membebel dengan panjangnya. Kristy hanya memekakkan telinga.

"ha, kau bebel la sorang-sorang. Aku nak tido, ngantuk" kata kristy seraya meletakkan kepala di atas meja.

"wey jangan la tidur. hmmm, kau taknak pergi kafe ke? Aku lapar laaaa" rengek shazzy.

"hisyy, banyak cekadak la dia ni. Awal-awal tadi aku ajak pergi kafe, taknak lah busy la. Dah, aku malas, nak tido" - kristy

"hmmm, pleaseee, pleaseeeee. kau teman aku, nanti aku belanja kau aiskrim. nak?" shazzy mengumpan kristy.

"taknak"

"nak laaaa"

"taknak"

"alaa, nakkkkk laaaa. okey, kau cakap je nak ape. aku belanja" shazzy mencuba lagi.

"okey deal" kristy segera bangkit daripada tempat duduknya.

"ewah-ewah, laju je kau erk" - shazzy

Kristy berjalan keluar daripada kelas, namun langkahnya terhenti apabila melihat hana dan rakan-rakannya yang sedang bergelak ketawa. Dia memerhatikan hana yang sepertinya tidak kisah tentang misya. Kristy berasa agak terkilan dengan tindakan hana. Walaupun bukan dia yang merasainya tetapi tempiasnya juga terkena pada dia.

Shazzy yang turut terhenti di hadapan kelas juga melihat ke arah yang sama. Dia ingin melihat siapa yang diperhatikan oleh kristy. 'hana?' desis hatinya. Dia memandang wajah kristy yang ketat. Tiba-tiba hana memanggil dia dan kristy sambil melambai-lambaikan tangannya. Shazzy membalas lambaian tersebut tetapi tidak kristy. Kristy hanya memandang ke arah hana tanpa riak. 

Shazzy menyentuh lembut bahu kristy. Tindakannya itu telah membuatkan kristy terkejut "eh jom. ingatkan tak keluar lagi" kata kristy. 

"dah lama dah aku terpacak kat sini" balas shazzy.

"okey jom"

"jom"

Hana hanya memandang kepergian dua orang itu. Dia melepaskan keluhan yang berat. "hana, kenapa tak masuk kelas lagi?" Sofi menegur hana.

"takde ape. masuk la" kata hana seraya melangkah masuk ke dalam kelasnya.

TBC...

#Hurtgoingtoendsoon

Hurt Where stories live. Discover now