Hari ni aku dapat berita yang agak mengejut bagi aku. Kakak aku ajak aku pergi majlis kawan dia. Katanya dia nak aku bergaul dengan orang. Memang aku tolak mentah mentah. Tapi mummy ku ugut halau aku dari rumah kalau aku tak ikut kakak aku. Memandangkan aku tak nak tambah masalah family, aku ikut.
Aku pakai pakaian super simple. Dress hitam paras lutut yang fully kosong tidak bercorak. Cuma ada manik kecil kecil macam diamond bahagian atas. Beg aku tak bawa sebab aku malas and tak suka pegang. So aku cuma bawa fon.
"Kau ni bukan tak lawa Lyn cuma kau malas!" pujian disatukan bersama sindiran.
Aku malas nak bertekak, jadi aku diam. Seperti biasa muka beku aku tayang.
Kami sampai di sebuah hotel. Boleh tahan ramai tetamu. Yang aku boleh sure mereka semua bekerjaya besar macam kakak aku. Tak aku tak peduli. Aku selesa dengan diri aku yang sekarang. Bagi aku tak perlu kerja besar besar jadi orang level atas. Semua tu bukan perkara wajib.
Bosan nau majlis ni. Aku baca pada skrin dekat pentas utama. Tertulis dekat skrin tu Majlis Perasmian Hotel. Ya ampun lagi malas lah aku. Sumpah aku tak suka majlis macam ni.
Mataku tak sengaja pandang orang yang baru sampai didepan meja berhadapan dengan aku. Tiga orang lelaki. Dua daripada tiga orang itu aku kenal. Baru dua hari lepas aku jumpa. Patutlah nampak macam familiar. Aku ni bukan jenis yang mudah melupakan orang. Susah bebenor nak buang dari otak.
Mereka bertiga segak berpakaian tuxedo hitam. Tidak lama selepas itu seorang perempuan datang lalu memeluk lelaki yang aku tolong time di super market hari tu. Aku assume itu girlfriend dia.
Mataku melilau sekeliling lagi. Aku terpandang seorang lelaki yang mencurigakan. Dia pandang ke atas dan aku turut mengikut arah pandangannya. Ada seorang lelaki yang memakai mask yang sedang tunggu diatas. Macam tengah tunggu arahan lelaki dibawah ini.
Okey aku dah boleh agak ada something yang akan berlaku dalam majlis ni nanti. Lelaki yang dibawah ni hensem. Tak nampak rupa orang jahat tapi itulah. Kita tak boleh judge orang dari rupa. Hati dorang kita tak tahu macam mana.
Sudahnya aku buat tak tahu. Mataku tak sengaja bertemu dengan lelaki itu. Sejak bila dia pandang ke arah aku. Tapi aku buat tak tahu. Telefon dibuka, dan aku mula meneroka internet. Aku buka laman web rasmi hotel ni. Saja aku nak cari tahu pasal hotel ni sementara menunggu majlis start. Kakakku pulak rancak berbual dengan kawannya kat sebelah aku.
Bunyi mic kedengaran. Majlis dah nak mula. Aku still tak letak fon. Biarlah orang nak cakap aku tak hormat sekalipun. Bukannya aku ada kena mengena dengan hotel ni pun. Kata kata pembukaan sangat panjang. Aku tak tahu macam mana orang dalam hall ni boleh angkat kepala tengok founder hotel ni bercakap. Tak sakit leher ke.
"Jadi tanpa membuang masa mari kita lihat gambar gambar tempat menarik dalam hotel ni" kata founder itu.
Aku letak fon atas meja. Macam menarik. Nak juga tahu apa yang istimewa hotel ni. Semua tetamu mengarah mata mereka ke arah skrin besar. Dan benda tak expect pun berlaku. Muncul gambar seorang perempuan yang berpakaian tak senonoh bersama seorang lelaki di skrin besar itu.
Dalam dewan ni sudah kecoh. Wait perempuan ni. Kini semua mata tertumpu pada meja depan aku. Ya perempuan itu perempuan yang bersama lelaki yang aku tolong hari tu. Muka perempuan itu sudah lain.
Memandangkan aku perempuan, aku tahu macam mana dia rasa. Dalam orang orang tengah berbisik sesama sendiri, aku ambil fon terus keluar. Aku berdiri di sebalik dinding. Aku buka fon aku. Let's see apa yang aku boleh buat untuk tolong perempuan itu.
...
YOU ARE READING
Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUK
Action"Oh jadi awak fikir sayalah yang buat semua ni? Sangat cerdik awak. Otak letak kat mana, kat lutut!" "Hey pempuan! Kau jangan cabar kesabaran aku. Aku nak kau delete apa yang kau buat tadi. Aku tahu otak kau ni Tuhan dah terlebih bagi, tapi kau bodo...