💜 17

1.2K 204 11
                                    

Sejak kejadian itu aku tak pernah jumpa mereka berdua lagi. Memandangkan aku sendiri lebih suka mereput dekat rumah atau lebih tepat dalam bilik aku, so aku memang tak ambil tahu langsung pasal mereka.

Tapi hari ni seperti biasa. Stok makanan aku sudah habis. So aku perlu keluar dan aku harap aku tak berjumpa dengan mereka berdua.

Setelah siap semua, aku mengambil kad debit aku lalu dibawa masuk kedalam poket hoodie. Yes aku cuma bawa itu je. Senang and simple. Tapi payah nak bawa dompet apatah lagi sling bagi yang merimaskan aku.

Sampai di M Market, aku mengambil troli lalu membeli makanan yang aku suka. Hampir 15 minit aku round satu market tu dan bila sudah agak penuh satu troli, aku stop. Aku melangkah ke kaunter untuk bayar.

Selepas bayar aku terus pulang ke rumah. Ingin cepat cepat sebelum jumpa makhluk yang tak diingini. Dan akhirnya aku sampai di depan pintu lif. Button ditekan. Tapi tidak lama selepas itu, badanku melayang.

Seseorang menekup mulutku dari belakang dan membawa aku masuk kedalam kereta. Barang barang yang aku beli tadi semuanya berterabur.

"Brian!"

Hanya itu yang aku sebut sebelum aku nampak dia angkat tangan pukul aku dan setelah itu semuanya gelap.

"Ailyn!"

Junkyu terus mengambil telefonnya.

"Cap! Ailyn kena culik!"

Selepas mendapat arahan, dia terus menghidupkan keretanya lalu mengikut kereta yang membawa Ailyn.

Tidak lama selepas itu kereta itu hilang dari pandangan. Stereng kereta dipukul dengan kuat. Rambut hitam nya diraup ke belakang.

"Sial kau Brian!" kata Junkyu dengan penuh kemarahan.

Telefon dibuka. Dia cuba hack location Ailyn. Tapi tak berjaya kerana Brian semestinya off telefon Ailyn. Confirm dia kena marah dengan captain nanti. Kepalanya lagi serabut fikirkan benda itu.

Hyunsuk memang amanahkan Ailyn untuk dia. Katanya takut perempuan itu lari kemana kemana. Dan bila itu terjadi, kerja mereka lagi bertambah.
Tapi baru saja tadi dia mess up everything.

Tidak lama selepas itu cermin keretanya diketuk dari luar. Dengan muka stres dia turunkan cermin kereta.

"How's?"

"Sorry cap. Aku terlepas mereka. Aku tak tahu mana mereka bawa Ailyn pergi"

Junkyu boleh nampak muka captain nya yang tengah tahan marah. Bila bila masa boleh meletup.

"Kau tidur ke tadi?" ada nada marah disitu.

"Sorry cap! Aku pergi beli air tadi. Aku keluar je Ailyn dah dibawa masuk dalam kereta"

"Shit!"

"Aku nak kau cari Ailyn sampai dapat. Do whatever you want. Yang penting Ailyn selamat!"

Junkyu hanya mampu mengangguk. Kereta dipandu dengan kelajuan tinggi.

"I hope you safe Ailyn" keluh Hyunsuk.

Dia gagal jaga perempuan itu. Dan sekarang dia menyesal sangat. Dia sedar sedikit sebanyak dia dah mula sayangkan perempuan itu even perempuan itu selalu marahkan dia.

...

Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUKWhere stories live. Discover now