💜 25

1.1K 201 9
                                    

Hari yang paling stres untuk aku. Selepas reda marah, aku ke kafe untuk basahkan tekak. Hazelnut white coffee menjadi pilihan. Time ni kalau minum air tu boleh hilang segala stres even sekejap.

Selepas dapat minuman itu, aku melangkah ke bilik team Hyunsuk semula. Hopefully hati aku kuat nak hadap mereka semua. Sebaik saja pintu ditolak, semua mata pandang aku. Tapi aku buat tak kisah. Aku melangkah ke arah mejaku. Mereka semua masih belum beranjak dari meja meeting.

"So final decision?!"

Aku dengar suara Raysha yang sengaja dikuatkan supaya aku dengar.

Aku curi curi pandang ke arah mereka. Semua angkat tangan kecuali Junkyu. Dan tiba tiba Junkyu bangun lalu menepuk meja dengan kuat.

"What the hell all of this! Tak kan sesenang tu korang percaya pempuan ni. Hey! Come on lah!" marah Junkyu.

Aku pandang Hyunsuk. Dia masih diam. Sejujurnya aku kecewa dengan dia. Dah banyak kali dia buat aku macam ni. Dia susah nak percayakan aku.

"Sabar bro" kata Jihoon.

"Fine! Kalau korang nak juga Ailyn keluar dari team ni, go ahead. And aku pun akan keluar jugak!"

Bukan Hyunsuk saja yang terkejut, aku jugak terkejut. Sampai macam tu sekali dia sanggup buat.

"Bagi aku Ailyn partner kerja yang best of the best. Susah nak jumpa orang yang share the same brain dengan aku"

Tanpa menunggu aku terus bangun. Cekalkan hati.

"Fine! Saya akan keluar..."

Aku pandang Raysha yang tengah senyum sinis.

"...lepas saya bersihkan nama saya disini. Saya akan buktikan yang orang lain dalang disebalik semua ni..."

Aku nampak Raysha macam tertelan anak tebuan. Muka dia cuak habis.

"...not ME!"

Terdiam semua bila aku cakap macam tu. Yes aku akan buktikan pada mereka yang aku bukan orang yang mereka cari. The hell all of this!

"Oh don't worry! Saya akan cari bukti as fast as posibble sebab saya sendiri pun semak duduk sini"

Aku kasi senyum fake pada mereka. Hyunsuk tengah pandang aku. Aku tahu separuh hati dia masih percayakan aku tapi aku sumpah aku cakap aku kecewa sangat dengan dia.

Argh! Bodoh kau Ailyn! Kenapa kau still nak tolong orang? Dorang tak pernah hargai kau pun. Tak cukup dengan tu, dorang fitnah kau Ailyn. Lepas ni dah boleh stop kot jadi baik.

Telefon dihadapan Hyunsuk berbunyi menarik perhatian semua orang. Hyunsuk sangat serius sekarang. Muka dia risau semacam.

"All is deteriorating" kata Hyunsuk.

Semua menunduk kebawah. Muka stres habis. Cuma si Raysha yang duduk dengan tenang. Hish! Geram aku tengok dia. Macam nak cekik cekik biar mampos terus!

"Memandangkan keadaan darurat, kita tak boleh buang Ailyn. We need her"

Mataku bertemu dengan Hyunsuk. Dia betul betul maksudkan apa yang dia cakap. Aku tahu melalui matanya itu.

"So semua boleh sambung kerja" arah Hyunsuk.

Tanpa menunggu semua bangun lalu ke meja masing masing termasuk aku. Aku perlu cepat cepat cari bukti supaya aku boleh keluar dari neraka jahanam ni.

"Ailyn we need to talk" kata Hyunsuk sambil melangkah keluar.

Aku mengikutnya. Sempat aku jeling si Raysha. Suka aku tengok muka sakit hati dia tu.

Kini kami tiba disebuah tempat atau lebih tepatnya rooftop. Dari sini boleh nampak seluruh kawasan kem. Ada jugak army yang tengah berlatih. Seronok tengok pemandangan macam ni. Bukan selalu.

"I'm sorry"

Dah agak dah. Itu yang akan keluar dari mulutnya.

"No biggie. Dah terbiasa. Do whatever you want. Saya dah lali dengan semua tu"

"Shit!"

Sangat perlahan tapi aku tetap dengar. Maybe dia marah dengan diri dia sendiri.

"I know awak bukan orangnya. But I can't do anything since dia anak bos saya"

Aku masih pandang ke depan. Tangan disilang didepan dada.

"Apa apa jelah awak. Benda dah lepas"

Yes aku sangat simple. Even aku still kecewa dengan dia tapi hati aku terubat sikit bila dengar dia minta maaf. At least dia masih fikirkan perasaan aku.

"But saya tak nak jadi orang baik lagi. I mean suka tolong orang. I don't wanna be that kind of human anymore"

Aku dengar dia mengeluh. Ya perbuatan dia meninggalkan kesan luka pada aku.

...

Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUKWhere stories live. Discover now