💜 10

1.3K 215 11
                                    

Aku dengan Aunty Rosie sampai di tempat dimana Hyunsuk dengan baby comel aku berada. Haih! Aku rindu budak tu sangat sangat but now Hyunsuk tengah pegang. Aku nak bersuara mintak baby tu memang taklah. Tak kuasa aku nak mula bercakap dengan dia.

"Hyunsuk tolong sis ambil barang dalam kereta Lyn"

Hyunsuk cuma mengangguk lalu baby comel beralih dukungan. Aunty Rosie yang pegang. Sebaik saja dia blah, aku terus ambil baby comel dari dukungan Aunty Rosie. Pipi dia aku cium cium.

"Hish! Lyn ni. Apa buat macam tu. Kesian budak tu"

Aku buat muka tak bersalah.

"Rindu sangatlah dengan baby ni" jawabku.

Aunty Rosie menggeleng kepala.

"Itulah. Selalu selalulah datang sini"

Aku mencebik.

"Aunty tahu kan Lyn macam mana"

"Iye aunty tahu"

"Dah ada nama belum baby ni?" soalku.

Last aku datang hari tu, aunty cakap belum ada nama. Yelah usia dia baru 8 bulan pastu kena tinggal dengan mak kandung pulak. Whoever leave the baby, you're hella trash!

"Dah. Hyunsuk yang bagi. Namanya Mellyn. Katanya dia suka sangat nama tu. So dia letak nama tu"

Hish! Perlu ke letak nama nak iras iras aku. Tapi dia bukan tahu pun nama sebenar kau. Maybe kebetulan.

"Nice name" balasku.

"Mel belum makan. Jomlah bagi dia makan dulu" kata aunty.

"Budak budak lain?" soalku.

"Mereka dah makan tadi. Hyunsuk yang belikan mereka pizza"

Aku cuma mengangguk ngangguk. Kami duduk disebuah meja. Aunty pergi ambil makanan Mellyn.

"Baby! Our name almost same. Happy nya!"

Aku cium pipi Mellyn. Budak itu tersenyum. Dan bila dia senyum, aku turut tersenyum.

"Aunty kalau Lyn bahasakan diri Lyn dengan mummy boleh?"

"Suka hati kamulah!" jerit Aunty Rosie dari dapur.

"Yeay baby! Start from now I'm your mummy"

Tidak lama selepas itu Aunty datang bersama makanan Mellyn. Aku nak sebut apa pun tak tahu makanan ni. Yang penting semuanya hancur dengan sebati. Senang untuk Mel makan.

"Aunty mix dengan ubi kentang. First tu aunty just cuba and Mel suka and boleh terima"

Lega aku dengar. Setengah baby tak sesuai makanan berkhasiat macam ni.

Memandangkan Mel duduk dekat aku, aunty yang suapkan. Berselera sungguh Mel makan. Seronok aku tengok.

"Mama! Mama! Ricky jatuh. Pastu lutut dia berdarah"

Seorang budak perempuan datang. Aunty mula cemas.

"Iye? Jom kita pergi sekarang. Lyn boleh tolong aunty suapkan Mel?"

Aku mengangguk. Aunty terus pergi bersama budak itu. Haih! Budak budak. Seronok sangat main sampai terjatuh luka semua.

"Meh mummy suapkan"

Dengan senang hati aku mengambil sudu lalu suap kedalam mulut Mel. Tapi agak susah sebab Mel duduk diatas ribaku. Dan aku juga perlu berjaga jaga supaya dia tak jatuh. Now mulut dia comot.

Sudu aku letakkan semula. Tisu basah diambil lalu aku mengelap mulutnya yang comot. Belum sempat aku nak ambil sudu semula, ada orang lain duduk di hadapan aku.

"Biar saya tolong"

Dia ambil Mel dari atas riba aku, lalu diletakkan diatas ribanya. Aku terpaku. Hish! Perlu ke dia muncul depan aku.

Tanpa banyak bunyi, aku mula suapkan Mel. Mel pula seronok je aku tengok.

"Selera betul anak daddy makan"

Baam! Sudah! Sejak bila pulak si Mel ni anak dia. Argh! Bencilah!

"Anak kau?" soalku.

Sejak kejadian dia tampar aku, panggilan aku dengan dia sangat kasar. Even dia tua setahun dari aku. Tiada hormat langsung aku kepadanya.

"Soon. Saya nak adopt dia"

Aku yang mendengarnya rasa macam hati ni dirobek robek. Kenapa dia perlu terus sakitkan hati aku. Jujur aku cakap aku semakin benci dia.

"Tapi saya busy. Walau macam mana pun, Mel tetap akan stay sini dengan sis"

Aku sedikit lega mendengarnya. Tapi still aku tak suka.

"Why?" soal dia.

Aku yang termenung tadi, tersedar semula.

"Hah?" soalku balik.

"Muka awak tu. Macam ada something wrong bila saya cakap saya nak adopt Mellyn"

Aku menggeleng kepala.

"Tak ada apalah" tipu ku.

Aku sambung menyuap Mellyn.

...

Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUKWhere stories live. Discover now