Hari ini dimana hari yang aku perlu melawat rumah anak anak yatim. Semua barang sudah siap. Tinggal nak bawa pergi je. Yes aku drive sendiri. Even family aku tak tahu yang aku boleh memandu kereta and siap ada lesen memandu lagi.
Aku menuju ke rumah anak yatim yang pertama. Boleh tahan jauh. Dan aku sengaja pergi yang jauh dulu sebab nanti bila nak balik rumah, boleh buat satu jalan. Jimat masa. Aku sayang dengan masa aku. Dan aku ada set masa aku sendiri.
"Ailyn!"
Owner rumah anak yatim ini menyapaku dengan gembira. Rindu aku dengan owner ni. Aku dah anggap macam family sendiri dah owner ni.
"Hai aunty!" sapa ku dengan senyuman tipis.
"Baru baru ni kamu dah datang, kenapa susah susah datang lagi?" soal aunty.
"Apa salahnya aunty. Lyn ada rezeki lebih. Lagipun Lyn tak tahu nak buat apa duit banyak banyak. Dah berlambak dalam bank tu"
Bukan nak riak tapi itu hakikatnya. Jujur aku cakap aku tak selesa bila duit terlampau banyak. Dan aku tak suka simpan banyak banyak. Maybe Tuhan bagi sign untuk aku tolong orang yang memerlukan.
"Haih! Dah lah cantik, baik pulak tu" puji aunty.
Aku hanya mampu senyum. Tak suka dengar pujian sebenarnya. Tapi tulah, aunty ni tua daripada aku. Tak kan lah aku nak tegur cakap aku tak suka dia puji aku. Itu kurang ajo namanya.
"Tapi Lyn tak boleh lama lama kat sini. Lyn perlu pergi tempat lain pulak. Terimalah buah tangan daripada Lyn. Ini je yang Lyn mampu"
Aku keluarkan beberapa beg besar dari kereta. Dalam beg ni penuh dengan barang.
Tanpa menunggu aunty terus peluk tubuh aku. Selalu macam ni. Dia selalu terharu walaupun aku sering datang sini.
"Terima kasih Lyn. Aunty doakan Lyn selalu murah rezeki"
"Doakan juga Lyn dapat pasangan yang baik. Itu yang penting"
Aunty ketawa. Aku turut senyum.
"Iye sayang. Sekali lagi terima kasih"
Oh god! Aku hampir lupa. Zip beg dibuka. Sampul yang berwarna coklat aku keluarkan dan diletakkan diatas tangan aunty.
"Ambil lah. Lyn hadiahkan dekat rumah anak yatim ni"
Kali ni jatuh air mata dia.
"Sikit je aunty"
Dia menggeleng kepalanya.
"Ini terlalu banyak Lyn"
"Takpe aunty. Janji budak budak tu selesa tinggal sini. Hati aunty baik sangat. Lyn respect sebab aunty berjaya jaga budak budak tu. Jadi Lyn cuma bantu aunty apa yang Lyn mampu"
Dia mengangguk lalu memeluk tubuhku sekali lagi.
"Terima kasih Lyn"
Aku mengangguk. Pintu kereta dibuka. Aku berlalu dari situ.
Selepas selesai empat buah rumah anak yatim, kini tinggal lah lagi sebuah. Rumah anak yatim ni paling dekat dengan rumah aku. Dan ada seorang budak yang comel. Comel sangat!
"Aunty Rosie!"
Dia melambai tangan ke arahku. Tubuhku di peluk olehnya.
"Lamanya Lyn tak datang sini"
Aku cuma senyum.
"Hihi sorry aunty. Aunty tahu kan Lyn macam mana"
"Iye aunty tahu. Kenal sangat dengan Lyn yang lebih suka duduk rumah"
Aku cuma senyum. Tapi cuma sekejap sebelum mataku terpandang seorang lelaki yang tengah main dengan budak comel aku.
"Aunty tu siapa?" soalku.
Aunty Rosie ikut arah pandangan aku. Kemudian dia senyum.
"Adik aunty. Katanya cuma nak singgah sekejap"
Aku mengangguk ngangguk. Hish! Kenapa perlu jumpa dia lagi. Semak betullah!
"Lyn kenal ke?" soal aunty Rosie.
Dengan cepat aku menggeleng.
"Tak. Tak kenal pun"
I'm sorry aunty. Lyn terpaksa tipu aunty.
"Jomlah masuk"
"Tapi ni barang barang semua?" soalku.
"Biar. Nanti aunty suruh adik aunty tu datang ambil"
Aku mengangguk faham. Kami melangkah masuk kedalam. Waduh! Malasnya nak bersemuka dengan dia. Rasa sakit hati ni belum hilang lagi tau.
...
YOU ARE READING
Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUK
Action"Oh jadi awak fikir sayalah yang buat semua ni? Sangat cerdik awak. Otak letak kat mana, kat lutut!" "Hey pempuan! Kau jangan cabar kesabaran aku. Aku nak kau delete apa yang kau buat tadi. Aku tahu otak kau ni Tuhan dah terlebih bagi, tapi kau bodo...