💜 01

3.4K 267 33
                                    

Seperti biasa, setiap kali stock makanan dah habis, aku akan keluar dari rumah. Namaku Ailyn. Sedap dipanggil tapi tak sedap dipandang. Itulah yang mummy aku selalu cakap. Jangan tanya mana daddyku. Parents ku dah lama berpisah. Daddyku tak ambil tahu langsung pasal family kami.

Aku ni jenis yang tak suka bergaul dengan orang lain. Atau maksud lainnya aku dengan dunia aku sendiri.

Dan sebab inilah mummyku tak suka dengan aku. Mummyku tak cuba untuk faham dengan diriku. Aku selalu dibandingkan dengan kakak dan adik lelakiku. Kakakku seorang pegawai polis manakala adikku pilot to be. While me, being a pro hacker.

Aku suka cuba benda baru sebenarnya. Banyak benda yang aku belum habis teroka dalam internet tu. Macam macam sangat. Dan setiap kali aku dapat benda baru, aku akan belajar. Contohnya, macam mana dorang hasilkan apps tu, and apa yang membuatkan apps tu popular, macam mana dorang naikkan nama apps tu. Semua tu ada cara dia tersendiri.

Aku suka semua benda tu. Maybe aku ni suka overthinking. Fikir benda diluar kotak. Contohnya, macam orang dah sedia kegunaan satu benda tu dengan satu sistem, tapi aku lebih suka dengan cara aku sendiri. Macam benda ni sebenarnya boleh jadi mudah lagi. So aku akan cari jalan macam mana untuk lebih mudahkan aku untuk guna benda tu.

Maka bermulalah kerjaya aku sebagai hacker. Boleh dikatakan hacker yang berjaya. Perkhidmatan aku hanya atas talian. Dan hanya orang tertentu boleh contact aku. Bank negara yang terbesar juga pernah guna perkhidmatan aku. Data mereka kena curi dan mereka minta tolong aku dapatkan semua data mereka.

Dan semestinya ada bayaran. Mereka hanya perlu transfer duit pada aku. Tak perlu nak jumpa dengan aku ajak makan malam sebagai tanda terima kasih. No tak perlu. Aku tak suka semua tu.

"Bulan ni, baru hari ni Manda nampak muka dia mummy" sindir kakakku Amanda.

"Itulah tu. Asyik terperuk dalam bilik je. Tak berdunia dengan orang langsung"

Aku dah tak rasa apa apa dah. Hati ni dah kosong. Biarlah dorang nak cakap apa sekalipun.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni Ailyn"

Aku buat tak tahu. Lagu yang dipasang dekat telinga, dikuatkan volume nya.

Aku terus keluar. Well hari ni agak ramai orang. Maybe hujung minggu. Tapi destinasi ku cuma satu. M Market yang memang tak jauh dari rumah aku. Jalan kaki 5 minit dah sampai. Sebaik saja masuk kedalam market itu, aku ambil satu troli.

Aku ke bahagian makanan ringan. Pelbagai jenis makanan ringan aku ambil. Hampir penuh satu troli. Aku makan juga makanan yang mummyku masak. Itupun lepas dia keluar pergi kerja. Untuk menahan perut sementara mummyku pergi kerja, aku akan makan makanan ringan ni.

Selepas berpuas hati, aku ke kaunter bayaran. Dekat kaunter cuma ada aku dengan seorang lelaki. Lelaki depan aku ni nampak macam tengah cari dompet nya.

Aku mengeluh. Melambatkan kerja aku betul. Masa aku seperti emas. Sangat berharga.

"Bayar sekali dengan lelaki ni"

Aku kasi debit card aku. Selepas selesai bayar semua, aku keluar dari market itu. Tekak tiba tiba rasa nak makan milk chocolate shake dekat kafe seberang sana. Sangat sedap! Aku selalu beli situ.

"Hai cik!"

Lelaki tadi. Aku ingat dia dah pergi. Rupanya tak.

"If awak nak cakap terima kasih or nak bayar balik duit saya, simpanlah semua tu. Saya tak nak cash"

Memang pun. Aku tak suka simpan cash. Sebab majoriti semua tempat boleh bayar pakai debit. Lagipun aku tak selalu keluar rumah.

"Mana boleh macam tu. Banyak barang saya yang awak tolong bayarkan tadi"

Aku diam. Muka dia sikit pun aku tak pandang.

"Okey kalau macam tu saya transfer duit sekarang. Give your account number"

"I said no!"

Aku terus blah dari situ. Aku perlu balik letak semua barang ni dulu. Lepas tu baru boleh pergi kafe seberang sana. Memang taklah nak bawa semua barang ni pergi sana. Berat nau!

...

Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUKWhere stories live. Discover now