Pistol diacu betul betul di tepi kepala Hyunsuk. Aku terus menangis bila Brian cakap macam tu pada Hyunsuk. Adakah ini kali terakhir aku berjumpa dengan Hyunsuk?
Senyum sinis Brian makin menjadi jadi. Aku hanya mampu tutup mata. Aku tak kuat untuk melihat semua itu. Telinga ditutup rapat rapat.
Tidak lama selepas itu riuh rendah kedengaran. Aku buka mata. Kini pistol bertukar tangan. Giliran Hyunsuk mengambil alih.
"Not that easy dude"
Brian cuma senyum sinis. Aku terpandang lelaki yang berdiri di belakang Brian. Pistol dia mengarah pada Hyunsuk. Aku terus bangun dan berlari ke arah Hyunsuk.
"Hyunsuk watch out!" kataku dengan kuat.
Niatku untuk menarik dia ke tepi untuk mengelak dari peluru tapi aku rasa something menembus kulitku di bahagian belakang. Rasa sakit sangat.
"Ailyn!"
Aku dengar suara Hyunsuk memanggil namaku dengan kuat. Tapi aku tak mampu nak jawab. Rasa macam tenagaku sudah habis semua.
"You a piece of shit!"
Hyunsuk menerkam musuhnya. Dia memukul tanpa belas kasihan. Tidak lama selepas itu, team dia datang menyerbu bilik itu. Mark yang melihat kawannya itu tidak berhenti memukul musuh mereka, terus dia tarik ke tepi.
"Hold on Cap! Kita tak boleh bunuh Brian!" kata Mark dengan kuat.
"Ailyn mana Ailyn. Please we need to bring her to the hospital very soon!"
"Junkyu dengan Jihoon dah bawa masuk dalam ambulan" jawab Mark.
"Kau setel sini. Aku nak pergi hospital"
Mark hanya mampu mengangguk. Hyunsuk pula berlari keluar ke arah ambulan.
Mereka menunggu dengan gelisah di luar emergency room. Masing masing risau dengan keadaan Ailyn. Terutama sekali Hyunsuk. Dia tak boleh duduk dengan tenang.
"Junkyu kau dah call belum family Ailyn?"
Junkyu menggeleng kepalanya.
"Bukan aku tak nak tapi Ailyn ada problem sikit dengan family dia. Aku rasa dia pun akan cakap benda yang sama pada kita nanti"
Hyunsuk mengeluarkan nafas beratnya. Mukanya diraup beberapa kali. Dia tak sangka hidup Ailyn sampai macam ni sekali. Tapi mesti ada sebab dan dia akan tanya pada Ailyn nanti.
Tidak lama selepas itu doktor keluar. Hyunsuk terus bangun menerpa doktor yang bertanggungjawab atas Ailyn.
"Kami berjaya selamatkan Cik Ailyn. Dan sekejap lagi dia akan dipindahkan ke bilik biasa dan akan menerima rawatan lanjut"
Hyunsuk cuma mengangguk. Dalam hati berasa lega sebab Ailyn selamat. Dia tak sangka yang Ailyn sanggup selamatkan dia sampai macam tu sekali. Dia perlu balas budi baik kepada perempuan itu kelak.
"Korang setelkan lelaki jahanam tu. Aku stay sini jaga Ailyn" arah Hyunsuk kepada teamnya.
"Bereh cap!" jawab Mark.
Mereka berlalu dari situ meninggalkan Hyunsuk. Dia duduk di bangku semula. Rasa bersalah dalam diri dia semakin menjadi jadi. Sepatutnya dia yang rasa peluru tu bukan perempuan sebaik Ailyn.
...
YOU ARE READING
Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUK
Action"Oh jadi awak fikir sayalah yang buat semua ni? Sangat cerdik awak. Otak letak kat mana, kat lutut!" "Hey pempuan! Kau jangan cabar kesabaran aku. Aku nak kau delete apa yang kau buat tadi. Aku tahu otak kau ni Tuhan dah terlebih bagi, tapi kau bodo...