💜 16

1.2K 202 6
                                    

Something bergetar mengejutkan aku daripada tidur. Ya itulah jam yang aku set di telefonku semalam. Hari ni aku plan bangun awal sebab aku ada kerja nak buat iaitu kemas kemas bilik aku.

Usai mandi aku terus on aircond dengan kipas angin. Dan selepas itu aku start mengemas. Bermula dari rak buku aku. Cuci segala habuk. Tidak lama selepas itu aku dengar pintu rumah tertutup. Ini bermakna mummy ku sudah pergi kerja.

So aku boleh have fun sikit. Aku on bluetooth dan connect pada soundbar. Aku mainkan lagu lagu favourite aku. Macam ni baru semangat nak buat kerja.

Kejadian itu hanya berlangsung seketika kerana aku mendengar loceng rumahku berbunyi. Aduh! Siapa pulak yang ganggu ni. Time aku have fun ada je orang yang tak puas hati.

Dengan hati yang panas aku melangkah ke pintu rumah. Tanpa menunggu aku membuka. Muncul lah orang yang paling aku tak expect. Tangan sudah menolak pintu kembali tapi tangan orang ini lebih laju menahan supaya pintu ini tidak tertutup.

Argh! Rasa macam nak potong tangan sendiri sebab gatal pergi buka pintu. Mood yang elok tadi terus hilang entah kemana. Yang ada cuma rasa benci.

"So this is your home..."

Ayat dia tergantung. Aku tahu ada sambungan sebab sekarang dia tengah pandang aku dengan muka sombong plus gembira.

"...Ailyn Miller..."

Aku kawal mukaku. Tak nak terkantoi yang aku tuan punya nama yang dia sebut tadi.

"Bullshit!"

Boleh tahan kuat aku maki dia. Tubuh dia aku tolak ke tepi. Aku keluar dari rumah setapak. Dan tekaanku benar bila aku nampak Junkyu tengah berdiri elok di sebelah dinding rumahku.

"What the hell of this Kim Junkyu! Kau cakap sampai hujung minggu ni. But now what a piece of shit you and your boss doing here?!"

Aku keluarkan separuh amarahku. Aku tak boleh terima yang Junkyu bagitahu si captain ni yang aku orangnya.

"Stop Ailyn. Saya yang paksa dia bagitahu"

Aku pandang Junkyu. Dia cuma mengangkat bahu tanda dia tak bersalah. Hish! Aku rasa macam nak cabik cabik mulut dia.

"And you Mr. Captain. Kalau kau nak tanya benda yang sama or merayu untuk aku join team kau,...aku rasa lebih baik kau balik. Buang masa kau datang sini cakap dengan aku"

Dia merengus. Aku nampak muka dia berubah kecewa. Wait kecewa? Bullshit! Rasanya tak payah nak kecewa dengan aku.

"Kau cakap kau nak consider lagi. Apa semua ni Lyn?"

"We are not that close. So don't fucking call me 'Lyn'. Bare with that"

"Bullshit ah semua tu. Kau dah janji dengan aku hari tu. Aku tak sangka kau perempuan teruk macam ni"

Hyunsuk pandang Junkyu. Mungkin tak sangka yang Junkyu akan kutuk aku macam tu.

Aku tayang senyum sinis.

"Told ya before! Aku memang seteruk teruk perempuan. Aku suka aniaya orang lain. Suka ambil kesempatan. Jahat. Semuanya aku. So aku harap ini kali terakhir kau dengan your cap datang jumpa aku. Kalau kau muak tengok perempuan teruk macam aku, well aku lagi muak tengok kau berdua!"

Bersama dengan itu aku masuk kedalam lalu menghempas pintu dengan kuat. Disebabkan mereka emosi aku tak stabil pagi ini. Mood nak kemas bilik tadi pun dah hilang.

...

Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUKWhere stories live. Discover now