💜 27

1.2K 209 17
                                    

Hari ni kami akan jalankan misi yang kedua. Aku bersama Junkyu dan Jihoon akan ambil semula system army daripada Haiden. Kata Hyunsuk, sejak Raysha kena tangkap, Haiden bersembunyi di suatu tempat dan menambahkan bodyguard nya.

Dan hari ni juga, Haiden akan menjual system army pada orang luar. Tak makan masa yang lama untuk kami ambil semula system itu. Cumanya masa yang kami ambil untuk sampai sana. Sama ada cepat atau lambat. Harap harap semua dipermudahkan.

Si Raysha pula akan dihukum atas perbuatannya. Daddy nya sangat malu bila Hyunsuk cerita perkara sebenar pada orang atasan. Kata Hyunsuk, pada masa itu jugak dia kena penampar dengan daddynya. Puas hati aku dengar Hyunsuk cerita macam tu.

Sekarang kami tengah berkumpul didalam bilik persiapan. Baru hari ini aku diberi uniform yang lengkap. Terus hati jadi lain. Rasa dia lain macam bila pakai uniform ni. Tak sangka hacker tepi jalan macam aku pun layak pakai seragam hebat ini.

"Good luck everyone! If we stick to our strategy, we will be successful" kata Hyunsuk dengan tegas dan yakin.

Sejujurnya aku suka tengok sisi dia yang satu ini. Nampak handsome dan berkeyakinan. Nampak yang dia memang ditakdirkan untuk menjadi pemimpin yang berpangkat captain.

Selepas mendengar kata kata Hyunsuk, kami semua bergerak untuk bersiap siap. Kata Hyunsuk musuh mereka kali ni sangat kuat. Katanya Haiden bukan calang calang orang. Haiden bekas army dan dia semestinya tahu segala strategi army.

"Ailyn"

Hyunsuk melangkah ke arahku. Tiba tiba jadi berdebar menunggu apa yang dia nak bagitahu.

"I'm sorry"

Lagi? Argh! Bosanlah dengar benda yang sama. Aku pandang ke arah lain. Pekakkan telinga.

"Saya tahu awak bosan dengar maaf saya. It just saya takut ini kali terakhir saya ucap kata kata itu pada awak. Saya tahu kesalahan saya sangat besar pada awak. So saya tak nak sia siakan kesempatan untuk minta maaf pada awak selagi saya bernyawa"

Huwaaa! Drama apakah ini! Shit! Kenapa perlu karang ayat yang sedih macam ni. Dia cakap seolah olah ajal dia dah dekat. No no! Please.

"Nonsense!" hanya itu respon terbaik aku takat ini walaupun mataku dah panas. Tunggu masa nak mengalir turun je air terjun mata ini.

"Saya serius Ailyn"

Dia pandang mataku dalam dalam.

Kami semua tiba di lokasi tepat pada masa yang kami sudah plan. Seperti yang Hyunsuk cakap, sangat banyak bodyguard yang sedang berjaga jaga. Dari sini boleh nampak ada lebih kurang enam orang tengah berjaga di luar pintu pagar.

"Junkyu...Jihoon. Please look after her and keep her safe at all times"

Junkyu dan Jihoon mengangguk. Hyunsuk cakap walau apa pun jadi, aku kena tetap bersama mereka berdua.

Selepas semua 100% bersedia, kami semua turun. Aku sangat gemuruh sekarang. Takut aku tengok badan bodyguard si Haiden yang sangat besar itu.

Seperti yang dirancang, Hyunsuk, Mark dan Changbin menumpas keenam bodyguard itu secara diam diam. Kami berjaya masuk kedalam kawasan mansion Haiden. Bapak besar gila!

Dan saat ini juga kami perlu berpecah. Mark dan Changbin menarik perhatian bodyguard bodyguard itu supaya semua datang kepada mereka. Aku, Junkyu dan Jihoon berlari masuk kedalam mansion Haiden. Kami berjaya masuk tanpa ada orang yang tahu.

"Hey koala! Kalau si Haiden tu ada dalam bilik tu macam mana?" soal Jihoon kepada Junkyu.

"Kita bunuhlah wahai panda oi" jawab Junkyu pulak.

"Kau lupa ke anjir. Kita tak boleh bunuh Haiden. Kita kena tangkap dia hidup hidup"

Well dorang cakap macam aku tak wujud dekat sini.

"Ye tak ye jugak en"

"Kalau macam tu kita patahkan kaki dan tangan dia. Settle!" giliran aku menyampuk.

"Pandai kau Lyn. Aku suka idea kau!" kata Jihoon.

"Okey jom gerak" kata Junkyu.

Kami bertiga menuju ke bilik utama Haiden. Tiba disitu, Jihoon cuba membuka pintu. Tidak berkunci dan itu memudahkan kami masuk. Kami melangkah masuk dan tiada seorang pun dalam bilik ini.

Dan tiba tiba bunyi picu ditarik.

"Gotcha!"

Haiden!

Kami pusing belakang dengan perlahan. Ada tiga orang termasuk Haiden tengah arahkan pistol ke arah kami bertiga.

"You chose the incorrect route doggies" kata Haiden bersama senyuman sinis.

"Bullshit!" automatik mulutku terbuka untuk mengutuk dia.

Gila kau tak geram. Dia doggies kan aku dengan Junkyu dan Jihoon. Anjir tu dia!

"Oh sweetie. You're so gorgeous! But not your shitty lips"

Wah! Darah dan menggelegak dalam badanku. Tunggu masa nak meletup je ni.

"Oh really? What about my shitty legs"

Bersama dengan itu aku tendang kepunyaan dia.

"Wo! Savage!" kata Junkyu dan Jihoon dengan serentak.

"Oups! Sorry!" kataku selamba.

Bersama dengan itu jugak, perperangan sudah mula. Junkyu dan Jihoon berlawan dengan dua orang lelaki tadi. Haiden pulak masih longlai dekat bawah. Rasanya aku tendang sikit je.

Tanpa menunggu aku berlalu ke komputer Haiden. Aku mulakan kerjaku. Dan semakin lama, ada beberapa anak buah Haiden masuk. Junkyu dan Jihoon tak menyerah. Mereka berlawan sehabis yang mungkin.

Sampailah aku dengar Hyunsuk jerit namaku. Automatik kepalaku toleh ke arahnya. Entah sejak bila dia datang. Dia berlari ke arahku sangat pantas dan bila dia tiba didepanku, bunyi tembakan dilepaskan. Hyunsuk jatuh kedalam pelukkanku. Benda ini berlaku dan sekelip mata.

No dia tak maksudkan apa yang dia cakap tadi kan. Please dia tak boleh mati. Dia tak boleh pergi saat aku mula jatuh hati pada dia.

...

Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUKWhere stories live. Discover now