💜 20

1.2K 207 12
                                    

Dengan perlahan aku buka mataku. Benda pertama aku nampak siling putih. Lepas tu bau hospital menusuk hidungku. Terus aku dapat teka dimana aku sekarang. Aku cuba ingat apa yang jadi pada aku semalam. Kenapa aku boleh end up ada di hospital sekarang.

Dan tiba tiba pintu terbuka. Wajah lelaki yang aku kenal melangkah ke arahku.

"Ailyn! Finally awak sedar. Kejap saya panggilkan doktor"

Aku tak jawab mahupun memberi respon. Dia terus keluar semula. Tidak lama selepas itu doktor datang untuk buat check up.

Sebaik saja selesai, Hyunsuk melabuhkan punggungmu diatas kerusi sebelah katilku.

"Ailyn first of all saya nak minta maaf. Disebabkan saya awak jadi macam ni"

Sikit pun aku tak pandang muka dia. Aku cuma pandang siling. Dan dari ekor mataku, aku dapat tahu yang dia sedang mengeluh.

"The bullet was meant for me, but you're going to take it"

"I wish I could go back in time"

Suara penuh penyesalan menyapa telingaku. Aku tahu dia maksudkan apa yang dia cakap. Aku tahu semua itu lahir dari hati dia. Tapi aku still tak boleh maafkan dia.

"Saya lapar"

Itu ayat pertama yang keluar dari mulutku. Muka dia nampak macam terpinga pinga.

"Hah?"

Dia pandang aku. Lama otak dia loading.

"Oh lapar! Sekejap saya pergi ambil makanan. Awak nak apa apa selain makanan hospital?"

Well orang dah offer kot. Rugi kalau tak terima. Time nilah masa yang sesuai untuk aku balas perbuatan dia pada aku dulu.

"Donut! Saya nak set yang ada pelbagai perisa tu"

Dia macam tak boleh brain lagi apa yang aku pesan. Nampak sangat tak pernah beli donut.

"Anything for you"

Lambat lambat dia jawab jugak.

Lepas Hyunsuk keluar, aku ambil telefonku. Tiada panggilan dari mummyku mahupun kakakku. Rasanya dah sehari aku tak balik rumah dan mereka tak risau langsung pasal aku.

Haih! Benci betul mereka dengan aku. Ada beberapa notifikasi lain. Semuanya datang dari emel. Kerjaku semakin bertambah lepas ni. Telefon diletakkan di sebelah.

Terkenang nasib badan. Kenapalah aku suka berlagak jadi baik Ailyn. Orang tak pernah appreciate pun. Sampai kena peluru macam ni pun kau still bercakap baik. Ingat Ailyn. You are not an angel! Kau tu manusia biasa ada hati dan perasaan.

20 minit selepas itu, nurse datang hantar makananku. Wah! Ada sup. Haraplah tak tawar. Tidak lama selepas itu, Hyunsuk muncul bersama satu beg kertas. Nurse yang datang hantar makananku sudahpun keluar.

"Here you go. Your donut!"

Dia letak diatas meja. Aku cuba untuk bangun. Wah! Siksanya nak bangun. Hyunsuk yang melihat aku struggle nak bangun terus datang tolong.

"Thank you" kataku dengan ikhlas.

"Sama sama"

Dia senyum.

Kotak donut aku buka. Wah! Sedapnya! Tanpa menunggu aku terus masukkan kedalam mulutku.

"You should eat makanan yang hospital sediakan dulu"

Aku tayang mata helang pada dia. Suka hati aku ah nak makan mana dulu.

"Fine I'm sorry"

Dia mengalah.

"Donut is my favourite"

Dia cuma mengangguk ngangguk.

"I see. The way you eat showed everything"

Bapak serius ah!

"Ekhm!" aku berdehem. Tiber akward.

Eh sejak bila kau tahu erti kata malu ni Ailyn.

"Well tadi ramai customer sebenarnya. So saya terpaksa beratur and tunggu agak lama. Untuk awak semuanya...-"

"I want to be part of your team"

Aku potong percakapan dia. Dia pula pandang aku tanpa berkelip. Aku tahu dia masih belum percaya apa yang aku cakap.

...

Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUKWhere stories live. Discover now