Puas aku shopping hari ni. Boleh tahan banyak aku shopping. Saja aku mereput lama lama dekat mall tu sebab aku tak nak bersemuka dengan Ayden. Hampir pukul 7 malam. Aku berjalan menuju ke lif.
Dan tiba tiba ada orang tekup mulut aku. Dia bawa aku ke tempat parking kereta. Masalah apa pulak ni. Sumpah aku takut. Time time macam ni susah nak ada orang dekat sini. Semua dah selamat masuk dalam rumah masing masing.
"Brian!" tenkingku sebaik saja dia lepas mulutku.
"Hola enemy!"
Aku mula ketakutan. Kenangan lama terus muncul kembali. Aku tak boleh lupa kali terakhir dia pukul aku.
"K...kau nak apa?" soalku cuba untuk tidak takut dengannya.
Dia senyum sinis. Kakinya melangkah setapak dia hadapanku. Aku automatik undur ke belakang.
"Berapa kali aku cakap jangan ganggu kerja aku. Kenapa kau degil!"
Brian merupakan musuh terbesarku. Dia ni devil. Dia guna kepandaian dia untuk tolong orang yang sama spesies dengan dia. Dan dia tahu aku selalu hack kerja jahatnya.
"Kau kena sedar Brian! Apa yang kau buat tu salah! Silap haribulan negara kita tak aman disebabkan kau!"
Terus dia layangkan tapak tangan besar dia pada pipi aku. Darah mengalir pada hujung bibirku. Ini kali kedua dia pukul aku. Trauma yang sebelum ni pun belum hilang, sudah dapat yang baru.
Automatik kakiku melangkah ke belakang menjauh dari dia.
"Last warning! Jangan ganggu kerja aku!"
Kali ni dia tendang perutku. Rambutku ditarik dengan kasar. Sekali lagi pipiku ditampar. Sumpah sakit sangat. Lagi lagi perutku.
"Hoi setan terlepas dari neraka!"
Brian memandang lelaki yang menyerunya itu. Kata kata makian keluar dari mulutnya sebelum dia melangkah pergi. Thanks to the person.
"Tahu pun takut"
Lelaki ini berpakaian serba hitam. Jeans, t-shirt, dan juga jaket kulit semuanya warna hitam. Tubuh dia tinggi bak model.
"Kau boleh bangun tak ni?" soal dia.
Aku menggeleng kepala. Perutku rasa sakit sangat. Kalau cuba jugak berjalan, mungkin aku perlu berjalan sambil tunduk ke bawah pegang perut. Kuat Brian tendang aku tadi.
"Sini aku tolong"
Dia mendukungku. Agak malu tapi aku tahan. Sekarang ni aku sakit sangat.
"Aku tak nak balik rumah"
Gila kau nak balik. Konfem kena soal dengan mummy aku.
"Tahu. Ni aku bawa kau balik rumah aku. Kau tak kisah kan?"
Aku menggeleng kepala. Aku masih menahan sakit.
Sampai di rumahnya, dia rebahkan aku diatas sofa.
"Kau tunggu kejap. Aku pergi ambil ubat"
Aku cuma mengangguk. Tapi muka lelaki ni macam familiar. Aku pernah jumpa dia ke sebelum ni?
Tidak lama selepas itu dia datang bersama kotak yang dipenuhi dengan ubat ubatan. Segala jenis ubat ada dalam tu.
"I'm sorry first. Kita pernah jumpa ke sebelum ni?"
"Ailyn Miller"
Dia sebut nama penuhku. Terkejut aku dibuatnya. Sebab aku bukan public figure. Tak ramai yang kenal aku.
Dia start cuci luka di hujung bibirku.
"Siapa je yang tak kenal kau. Satu sekolah kenal kau. Perempuan sombong yang tak bergaul dengan orang langsung"
Look. Everyone cakap benda yang sama. Dorang selalu cakap aku sombong. Maybe muka main peranan. Aku tak senyum mahupun ambil kisah pasal sekeliling.
"Tapi saya tak sombong"
"I know"
Wait jadi bermakna kami satu sekolah dulu.
"Kita sekelas dulu. Aku Junkyu"
Hold up! Hold up! Aku dah rasa tak sedap hati. Adakah dia orang yang sama dengan Junkyu team Hyunsuk.
"Aku rasa kau dah tengok profile aku yang komander aku hantar bersama surat untuk kau tanda tangan"
Bullshit! Aku perlu balik sekarang.
...
YOU ARE READING
Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUK
Action"Oh jadi awak fikir sayalah yang buat semua ni? Sangat cerdik awak. Otak letak kat mana, kat lutut!" "Hey pempuan! Kau jangan cabar kesabaran aku. Aku nak kau delete apa yang kau buat tadi. Aku tahu otak kau ni Tuhan dah terlebih bagi, tapi kau bodo...