Semalam jugak aku dengan Junkyu cuba untuk hack lokasi musuh kami. Dan kami berjaya. Selesai plan semua benda, kami bertolak ke lokasi. Aku turut serta jugak tapi aku cuma duduk didalam kereta bersama Junkyu. Kami bersedia untuk ambil sistem army semula.
Didalam kereta ini penuh dengan kelengkapan komputer. Untuk orang seperti aku, ini semua pengalaman baru untukku. Dan ini semua sangat menarik.
Team Hyunsuk yang lain standby. Aku terpandang Hyunsuk. Dia sangat serius malam ni. Tiber jadi takut tengok muka dia. Tapi aku gagahkan jugak untuk niatku yang satu ini.
Selepas selesai dan menerima arahan Hyunsuk, mereka keluar dari van mewah ini.
"Hyunsuk!"
Aku tahan dia sebelum dia keluar. Junkyu disebelah sudah mulakan kerjanya. Earphone yang lengkap bersama mic dipasang pada kepala.
"Good luck!"
Muka dia yang serius tadi berubah tenang sedikit.
"Thank you and please take care of yourself here"
Aku cuma mengangguk. Sengaja aku pandang si Raysha. Mesti dia tengah kutuk aku dalam hati dia kan. Hyunsuk melangkah keluar dari van. Aku pula get ready dengan kerja aku. Earphone dipasang pada telinga.
"Aku dah dapat signal komputer dalam sana" kata Junkyu.
So this is my turn. Let me show you the real Ailyn Miller. Seorang pro hacker. Let's get back our system.
"Okey serahkan pada aku"
Junkyu senyum puas hati.
"Ekhm! Aku still hidup kot kat sini. Share lah dengan aku sekali"
Aku dengan Junkyu buat tak tahu pada si Raysha. Tak ada function pun dia dekat sini.
Team Hyunsuk sampai di sebuah bangunan sederhana besar. Bangunan ni sangat lawa. Maybe ini tempat utama mereka buat kerja jahat.
"Cap! Kau rasa dorang ada ke kat dalam?" soal Changbin.
"Ada atau tak itu lain cerita. Sekarang ni kita perlu masuk aktifkan fail yang Ailyn suruh"
Mereka semua mengangguk.
Dengan penuh berhati hati mereka masuk kedalam bagunan itu. Tiada pengawal dibawah.
"Biar betul tak ada pengawal" kata Mark.
Changbin menepuk bahu Mark. Dia membuat isyarat mata pada Mark suruh pandang ke sebelah kanannya.
"Hella fuck! Besar siot badan mereka"
Mark melihat lelaki lelaki yang berseragam hitam. Nampak gaya macam bukan orang sini.
"Mark Changbin korang bereskan sini. Aku dengan Jihoon akan masuk dalam"
Mark dan Changbin melihat sesama sendiri. Hyunsuk sudah keluarkan arahan. Mereka tak boleh bangkang lagi. Hyunsuk dan Jihoon melangkah masuk kedalam.
"Hola everybody! Wait. You don't look like you're from around here, do you?"
Tanpa banyak bunyi lelaki itu angkat tangan untuk memukul Mark. Dan pergaduhan sudah pun bermula.
Jihoon cuba untuk menggodam password bilik utama ini. Dan dia berjaya. Pintu bilik itu dibuka.
"Bingo!" kata penghuni didalam itu.
Hyunsuk dan Jihoon berpandangan sesama sendiri.
"Haiden!" kata mereka serentak.
Haiden merupakan kawan lama mereka. Mereka selalu bersama sebelum Haiden buat keputusan untuk mengundur diri. Dia dan Hyunsuk pernah bergaduh besar.
Bunyi tepukan yang kuat dari Haiden kedengaran didalam bilik itu.
"Tahniah sudah sampai sini" sambung Haiden lagi.
"Kenapa kau buat semua ni Haiden? Tak cukup ke kau dah fitnah aku dulu"
Haiden senyum sinis.
"Ini balasan kau...Captain Hyunsuk!"
"Kalau kau undur diri time tu maybe pangkat aku lagi tinggi pada pangkat kau yang sekarang ni!"
Giliran Hyunsuk senyum sinis.
"Kau masih tak berubah Haiden. Still gila pangkat"
Jihoon terpandang jam tangan Haiden yang masanya sedang berjalan. Macam tengah countdown something. Tinggal lagi 40 saat.
"Cap! His watch"
Hyunsuk terus pandang jam tangan Haiden.
"Oh lupa pulak. Ni lifetime anak buah kau yang kau anggap macam adik sendiri tu dengan your dearest girl"
Jihoon teringatkan sesuatu.
"Bro ada bom dalam van kita! Keluar!" jerit Jihoon.
"Bullshit kau Haiden!" tengking Hyunsuk.
Mereka berdua terus keluar dari situ dan terus menuju ke van mereka. Sebaik saja mereka keluar dari bagunan itu, kedengaran bunyi sangat kuat. Van mereka sudah terbakar.
Lega hatinya melihat Junkyu dengan Ailyn sudah terbaring jauh dari van itu. Mereka terus berlari ke arah Junkyu dan Ailyn.
"Are you okay Ailyn?"
Perempuan itu cuma mengangguk.
"Damn! Sejak bila ada bom dalam van kita? Macam mana dorang tahu kita dekat sini? Shit!"
Aku pandang Raysha yang tengah senyum sinis. Senyum itu sangat banyak makna disebaliknya. Dan aku dah boleh agak dah. Mesti dia dalang disebalik semua ni.
...
YOU ARE READING
Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUK
Acción"Oh jadi awak fikir sayalah yang buat semua ni? Sangat cerdik awak. Otak letak kat mana, kat lutut!" "Hey pempuan! Kau jangan cabar kesabaran aku. Aku nak kau delete apa yang kau buat tadi. Aku tahu otak kau ni Tuhan dah terlebih bagi, tapi kau bodo...