💜 28

1.2K 200 7
                                    

Selepas kejadian itu, aku banyak berkurung diri didalam bilik. Ada juga sesekali mummyku datang ketuk pintu bilikku tapi aku buat tak tahu. Ya mummyku dah tahu semua benda termasuk kakakku.

Aku dah cuba sedaya upaya sembunyikan daripada mereka tetapi adikku Ayden bagitahu mereka. Aku pun tak tahu macam mana si Ayden boleh tahu semua benda. Kini keadaan berubah seperti dulu. Famili aku dah mula rapat dengan aku. Dan aku sangat happy.

Disinilah aku. Di hadapan sebuah bangunan. Sejujurnya aku masih sedih. Puncanya semua dari aku. Dia cuba selamatkan aku dan pada akhirnya dia tewas. Rasa bersalah dalam diri aku masih belum hilang.

"Be strong Lyn"

Junkyu muncul entah dari mana. Sebaik saja aku menapak masuk kedalam, aku nampak muka masing masing sedih. Lagi lagi Mark dan Changbin. Walaupun aku kenal mereka tak lama, tapi aku boleh tahu yang mereka sangat akrab Hyunsuk.

Dan aku telah buat sahabat baik mereka jadi macam ni. Aku rasa bersalah sangat pada mereka. Dari tempat aku berdiri, aku boleh nampak Hyunsuk masih terbaring diatas katil. Kata Junkyu dah dua minggu Hyunsuk koma.

"Siapa yang jaga Hyunsuk malam nanti?" soalku.

"Malam ni aku punya turn" kata Jihoon.

Aku mengangguk.

"Kalau macam tu saya minta izin nak jaga dia boleh?" soalku.

Aku berharap sangat mereka izin aku untuk jaga Hyunsuk. Mereka pandang sesama sendiri sebelum mengukir senyuman ke arahku.

"Of course you can sis! Lagipun kitorang memang ada kerja yang kena setel. Maklumlah captain tak ada" kata Mark.

Lagi aku rasa bersalah bila Mark cakap macam tu.

"Thank you so much" kataku dengan ikhlas.

"Kalau macam tu kami pergi dulu. We trust you sis!" kata Changbin pula.

Aku hanya senyum pada mereka. Semakin lama mereka hilang dari pandangku. Aku pusing ke belakang lalu melangkah masuk kedalam bilik Hyunsuk. Muka dia nampak tenang je dengan mata tertutupnya itu.

"Hai awak. Saya datang"

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Junkyu cakap dah dua minggu awak koma. Awak tak nak bangun lagi ke? Kalau awak nak saya minta maaf, awak kena bangun...

...please..."

Bersama dengan itu air mataku yang aku tahan dari tadi mengalir dengan laju. Tangan dia aku genggam dengan erat. Aku masih ingat lagi time kami sampai hospital. Doktor cakap Hyunsuk 50/50. Aku rasa lost sangat.

Selepas berjam jam dalam bilik operation, doktor keluar dan bagitahu kami semua yang Hyunsuk berjaya jalani masa kritikal dia. Aku sangat lega time tu walaupun doktor cakap kemungkinan Hyunsuk akan koma dalam jangka masa yang panjang.

"Orang cakap walaupun awak koma, awak boleh dengar apa yang saya cakap. So saya ada benda nak bagitahu awak"

Aku tarik nafas dalam dalam. Aku tahu Hyunsuk tak kan respon apa yang aku cakap sebentar lagi tapi aku tetap berdebar debar.

"Sebenarnya kan saya dah lama crush dekat awak. Time kita sekolah dulu. Maybe awak tak perasan saya wujud time tu. Jujur saya cakap sampai sekarang saya masih crush dekat awak"

"Dan bila kita ditakdirkan berjumpa lagi, saya happy sangat. Saya tahu sampai bila bila pun awak tak kan pernah tahu perasaan saya pada awak. So saya buat keputusan untuk mengelak dari awak setiap kali kita terserempak"

"Lepas kejadian awak tampar saya, saya lupakan terus perasaan saya pada awak. Saya menyesal sebab crush pada lelaki macam awak"

"Tapi takdir membawa kita bersama lagi. Saya terpaksa kerja satu bumbung dengan awak. Dan itu semua membuatkan perasaan suka kepada awak semakin bertambah"

Argh! Sakitnya hati bila ingat semua tu. Rasa macam nak cekik si Raysha.

"There is no way to avoid this feeling, and I despise it"

...

Mrs. Hacker | CHOI HYUNSUKWhere stories live. Discover now