"With this , I officiate the opening ceremony of the year camp of Academy Putra Highschool "
Pelajar-pelajar mula sibuk melakukan aktiviti-aktiviti . Ada yang sibuk mendirikan khemah , ada yang sedang mengangkat barang masuk ke khemah dan ada yang paling sibuk .
Gadis bernama Irene Sarah . Dia sedang berjuang mendirikan khemah seorang diri . Pasang sebelah ni , sebelah tu tercabut .
Sambung belah tu , belah ni tercabut . Dia mengeluh kasar . Penat tau !
Kalau khemah kecil , senang saja cari pemasangannya . Ini besar teruk untuk seorang !
"Kalau tak mampu buat , mulut terkunci ke nak minta tolong ? "
Satu suara kasar memanaskan telinganya . Dia mengerling ke arah suara itu .
Noah !
Lelaki tu berjalan menuju ke arahnya dengan tangan didalam kocek . Dia memandang khemah yang sedang Irene Sarah dirikan berulangkali .
Ni khemah ke apa ?
"Pro teruk kau ni . Sampai khemah over 'jadi' " sindir pedas Noah pada Irene . Gadis itu menjeling lalu meletakkan besi bahagian khemah itu ke bawah .
"Pandai sangatkan ? Buat la ! " bentak Irene tidak terlalu kasar . Cuma kedengaran nada tidak puas hati . Gadis itu memeluk tubuh tidak berganjak .
Tawa kecil Noah kedengaran begitu panas di telinganya . Eii geram !
Noah mula mencantumkan satu demi satu bahagian khemah . Tak sampai 10 minit khemah itu teguh berdiri . Noah mengelap peluh di dahi . Fuh .
Irene Sarah memandang Noah yang berpeluh itu dengan rasa bersalah. Dia menuju ke beg yang berada tidak jauh darinya . Lalu , air mineral yang masih sejuk dihulurkan kepada Noah .
"Nah , upah sebab tolong buatkan" ujar Irene Sarah . Dia tidak mahu lelaki itu mencop dirinya seorang yang tidak pandai berterima kasih . Ah , Noah . Aku bersin pun boleh jadi isu tau .
Noah memandang Irene Sarah bersilih ganti dengan air mineral yang dihulur . Noah menahan dirinya dari mengukir senyum .
Act gentle like a pro , bro .
Dia mengambil huluran itu .
"Thanks"
Penutup botol dibuka . Dia meneguk air hingga habis . Tergamam Irene Sarah memandang Noah dan botol kosong itu .
"Pasang khemah dekat padang mesir ke ? Sebotol terus habis" sindir Irene Sarah membuatkan Noah terlepas tawa kecilnya . Namun sempat ditahan .
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Gangstar
ActionMikael Rayyan , masih ingat tentang dia ? Anak buah lelaki bernama Eiden Rian . Ini kisah tentang dia . Tentang Mikael Rayyan yang bengis dan baran bukan lagi Mikael Rayyan yang 'kepala gila-gila' . Dia menjadi ketua menggantikan kedudukkan Eiden R...